sketsa perjalanan

Monday, February 28, 2011

impian

ingin melihat pelangi dalam rumah?pinjam sekejap gelang kristal isteri/emak/adek /atau kakak,tak kisahlah mahal atau murah.baring atau dongakkan kepala keatas.letak gelang kristal atas pelupuk mata.buka mata perlahan lahan.nah lihatkan warna warna pelangi dalam jelas dan tergaris indah.hayatilah keindahnanya dibawah tenang kipas berpusing dan cahaya lampu kalimantang.

,.teruja dengan ayat ayat hangtuah memujuk tuan puteri gunung ledang."seandainya saya berjumpa awak.tentu saja saya akan menakluki awak ."inilah peta yang dipegang oleh panglima perang.mengintai peluang dalam fantasi alam sedar.namun segalanya sekadar dogenggan hang tuah untuk menenangkan jiwanya.Sebenarnya dia terkecewa disaat tuan puteri menjelma sebagai nenek kebayan untuk meranap impiannya.


Saturday, February 26, 2011

salam fikir

teman.
.terima kasih slm sua kenal.dalam kemurungan waktu.bagai cahaya menerangi sudut sudut yang gelap.terbangun keceriaan.arus deras mengheret leka dan cuai yang  tersandung dalam waras gundah. mengubat demdam dendam  luka sekian lama.alasan sebelah pihak.

terima kasih menyalakan dian kala kegegelapan kegelapan .hadir sinar dalam olahan bicara mengundang semangat dan jati diri yang hampir terkubur.bagai kelip kelip yang menunjuk arah keluar.namun dalam kesedaran terpautnya jiwa lara kepada imagenasi yang tidak ada batasannya.tersungkur dalam kekeliruan .

terima kasih.kerana kesedaran terpalit kebenaran gerak hati .lambungan ombak seakan terhenti meniduri pantai yang sentiasa berubah,

akhir sekali,salam kegembiraan yang berterusan .

esok.

esok bangun lihat mentari.......
aku ingin cahayanya untuk mulakan sinar baru
yang tidak ku endahkan
yang ku sorok cahayanya dan hidup dalam kegegelapan
esok bangun ku hirup nafas segar
udara yang selama ini aku lemas dengan kenangan
pemberontakan yang tidak ada hujungnya
esok bangun lihat kau hilang disisi
yang ku jagai dalam noda noda waktu
dan aku lepaskan merpati yang terkurung
mencari bebas dan harga diri
yang terpalit dengan dosa kesiangan hari ini

Thursday, February 24, 2011

orang kita....

 anak3  tahun di hantar kelas melukis.Orang kita yang lain menjeling semacam.kenapa tak dihantar kelas mengaji?dalam kelas itu ramai bukan bangsa kita.kenapa mereka hantar anak mereka sedari kecil kekelas melukis.membazirkan?itulah kita tidak nampak.mereka merancang masa depan anak mereka .kelas kemahiran.melukis menguat dan menajamkan minda.lihat dalam peraduan melukis...siapa yang dapat tempat pertama....bukankah mengaji setakat ikraq mak bapa tak boleh ajar....melukis jarang mak bapa ada kepandaian..


lukisan menyenangkan jiwa.dan secara tak langsung mengasuh minda menjadi seorang yang kreatif.taklah hidup dalam kekosongan dan terlibat dalam gegaja sosial.sbb kemahiran ini mengadai masa.anak muda yang berkeliaran tanpa arah amat rugi hidupnya.lihatlah betapa ramai bangsa kita rosak kerana masa yang tidak dimanafaatkan.

 hantarlah anak anda yang masih kecil kekelas kemahiran.melukis,bermain piano atau alat muzik.atau kelas mencipta seramik.saya berminat melukis sejak kecil.mungkin kerana saya tiada kawan.atau tak ada nak kawan dengan saya.sekeliling saya ialah alam.saya berkawan dengan alam dan meresap dalam minda saya.apa yang saya lukis saya beri pada cikgu.dan cikgu akan menampal dalam bilek darjah.Bngga giler waktu tu...



 sayang bila besar saya tak tunaikan bakat saya.simpan jadi pekasam.tapi saya ajar anak saya melukis.dan memang nampak bakat mereka.cuma itu sekadar mengisi masa.
bukankah boleh manjana ekonomi suatu hari nanti.kreativi ini ramai diterokai oleh bangsa lain.bangsa kita?
apapuntak tau.sayangnya juga saya hanya pandai berkata kata disini.pelukis mulukut senja....

Wednesday, February 23, 2011

awak tahu?

"terasa"kalau gerak hati kuat.kita boleh tahu sesuatu.Biarpun tidak ada tanda yang khusus.bersembunyi dalam bayang kelam pun boleh terasa adanya kelibatan.
"terasa" kalau sesuatu itu disampaikan oleh angin pun kita boleh rasa derunya.Begitulah kuat gerak hati yang dianugerahkan Tuhan.ianya terlintas untuk kali pertama dan tanpa sempat bermain minda.pernah coba?
"terasa"ayat selamba itu hanya boleh difahami oleh orang tertentu sahaja kerana lintasan gerak hati.

tulis lagi.........

(panggilan dari seorang kawan.
urusan perniagaan.kami ditautkan dalam jalinan kawan.lama lama mesra.Mudah aje anggap saudara.sedangkan dia banyak mengaut modal tanpa sedar.kerana dia kawan,dia juga melihat aku sebagai kawan.akhirnya dia dapat mengemggam projek ribu ribu.rezeki menyebelahinya kerana aku pelanggannya.setelah sedar ada yang tidak kena.Bukan maknanya ditipu.tetapi kerana kenal sikap ambil mudah.sikap tak ape.akhirnya amarah terpendam.bagaimana nak luahkan tentang tidak puas hati ,yang memungkinkan akan jadi renggang atau pecah hati.belum ada jawapan.namun kena berdepan juga.......(pendaman 1)

mesej dari teman
sengaja diamkan mesej dari dia.kerana ragu dengan keputusanku nanti.mahu masuk atau tidak.Dia yang mula menceburkan diri dalam business beria ia mengajak aku menyertainya.Aku akui apapun produk kesihatan adalah baik.Tidak dinafikan.soalnya perlukah aku masuk untuk mengambil hatinya atau aku akan salahkan atas nama persahabatan .SeSeorang berpesan jangan membuat urusan perniagaan dengan kawan baik atau adek beradek.Kerana susah untuk mengawal rentak tarinya nanti.
duit boleh cari .namun ikatan berkerat rotan tidak akan menggembirakan untuk sepanjang hayat..
(pendaman 2)

persimpangan akal
senyum makin kurang .mata makin tajam.cakap sekadar amaran.Ini satu signal yang aku kena faham.Masa aku semakin tidak terbatas kepada kehendak peribadi dan atas nama perniagaan.Akad perjanjian senyap semasa bergelar'kepunyaannya'makin berkurang .Kerana terlalu ikutkan 'makan hati,'aku lalui dengan kecik hati.Walaupun tak terkurang amanah .dan pikul beban bersama.Hakikatnya makan dalam adalah jurang yang menjauhkan hubungan yang sepatutnya semakin mendekatkan disaat saat saling memerlukan.aku  mesti bertindak kembalikan kegembiraan .besarkan hati untuk mendapat hatinya kembali.membenihkan rasa cinta atas rasa kecintaan pada yang Esa.Dan JANGAN harap dia yang membalasnya.muga tidak terlambat.
(Pendaman 3)

Hukum karma
jangan salahkan sesiapa bila sesuatu terkena pada diri sendiri.melihat diri jauh jauh dan baru boleh simpulkan ia dugaan atau hukuman.kita tidak sedar selagi tidak disedarkan.makna pada perbuatan lampau akan terang maksudnya bila kita faham hadirnya kesukaran.didekkan pada anak anak remaja masa kini mesti juga dilhat
bagaimana situasi remaja kita dulu.walaupun tidak boleh disamakan dengan yang dulu dulu...adakah kita boleh katakan yang "aku tidak pernah melukai hati ibu,atau aku telah menggembirakan hatinya selama aku masih bergelar anaknya.Bagaiman luka yang disembunyika?
Pendaman 4)

restu
doa itu kata kata.yang lahir secara tenang atau marah.terasa aku telah didoakan dalam kemarahan.oleh sindiran berbisa,oleh hati yang kecewa.dan bagaimana mahu mengubah doa itu berada dalam situasi redha.seiklas hati...
(pendaman 5)

kita hanya boleh maju kalau kita menumpukan kepada sesuatu perkara yang kita berhajat.
bolehke membuat pengorbanan kepada perkara lain yang kita suka.....

Tuesday, February 22, 2011

nilai seorang kawan

dulu gurau gurau apapun tak apa.waktu lapang kita santai restoran sebelah.minum dan cerita cerita.semua duka lara kita kongsi.dan habis disitu seperti selesai minum kopi.Ada masa kamu belanja ada masa aku yang buka dompet .Kita tak berkira.satu hati.satu kepala.

namun aku sedar kita tak setuju tentang satu perkara.politik.aku cuba hindarkan dari bercakap tentangnya.Kita pernah sentap bila bertengkar pasalnya.Aku dikatakan egen penfitnah dan kata katamu seolah aku seorang yang
tak pernah kenal agama.Kenapa?

Begitu hinanya aku di mata dan hati kamu.Sedangkan kita sama saja.Aku mengucap ayat yang sama seperti kamu.Bezanya keranakamu menutup hati kamu kepada kebenaran lainnya.Kamu berkiblatkan satu media.satu arah dan satu matlamat pejuangan orang lain.Berkobar kobar kamu menyampaikan ceramah seolah aku tak pernah faham pasal agama.

hari ini.yang aku mampu hanya sekadar senyum.maknanya aku masih seperti dulu.namun aku jauhi kamu kerana aku sayangkan kamu juga.jangan libatkan dengan hal yang tidak menguntungkan diri kita langsung.Apa yang kita dapat?apakah pengunduran hubungan sesama ihsan membuat kita lebih teguh.Aku perhatikan sahaja tingkah lakumu.Yang sefahaman dengan kamu itulah kawan mu sekarang.Aku? tak apalah...bukankah aku ini jahil...
lupakan yang suatu masa dulu kita pernah berkongsi masalah suka duka 

sendiri itu maknanya
lebih banyak melihat diri sendiri.kebenaran bertapak dalam kesepian
cahaya menyelinap dalam titis air mata
sendiri itu mendamaikan
lebih baik begini sahaja



Monday, February 21, 2011

maideen lagi...

walaupun kepala berat.kaki terasa ada batu tersangkut,aku terpaksa juga mengadap muka beberapa bangla di maideen. aku kalah dengan sikap tangguh lagi.Bawang dah habis.Peti ais sudah kosong..Aku terpaksa memujuk pembantu peribadi untuk ikut serta.Pembagian tugas sudah aku kira kirakan dalam kereta.adek dengan kakak ambil barang barang kering.sudah disenaraikan.Abang ikut emak.jadi guard waktu emak bankinkan duit.Almaklum sekali bank in juta juta gitu...(juta dalam Rupiah)

Aku bertumpu dekat barang barang basah.ikan sayur daging dan lain lain yang basahnya.Ada bangla asik mop lantai.macam robot.kotor lap kotor lap.ada masanya aku terpaksa menyimpang jauh kerana kesiankan dia yang baru mengelap lantai.Nasib baik mukanya biasa biasa je.Kalau macam shah ruth khan.mungkin aku yang tolong mopkan....heheheh.

Tukang potong ikan .ayampun bangla juga.Fasih betul cakap melayunya.baik betul budi bahasanya.Agaknya dia betul betul ikut kamus bahasa melayu.aku cuba ingat kembali pertuturannya.
"ayam ini mahu potong ke"tanyanya bila aku menghulurkan dua ekor ayam.
"ye.potong 12."kata aku selamba.
"itu kepala mahu ke.kaki mau ke."aku rasa tersentak.nak gelak pun ada.agaknya bangla ni baru turun kapal kut.cakap ikut suka dia je'
"awak ambil kepala .kaki bagi saya"aku cuba bergurau dengan senyum senyum sedekah.nampaknya dia suka dengan senyum sedekah aku.Malas nak melayan sengihnya aku menuju kecounter penimbang.Pun bangla juga.
Realitinya dimaiden selain dari pusat membeli belah.ia juga tempat berkumpulnya berbagai bangsa disini.selain wajah wajah satu malaysia,kedapatan juga satu asia.cina memyar.india bangla siam indon.sebagai 60peratus pekerjanya.Kalau nak jumpa orang afrika.pakistan.arab.juga mat salelh boleh datang kemaiden terutamanya hari minggu.Maiden oh maiden....gaji casheir 1300.00...Rm..Namun entah nape .budak melayu sering saja bertukar ganti.Mungkin mereka pelajar.atau sering melompat lompat kerja.

dua troli bertemu disuatu tempat yang dijanjikan.muatan dua troli disatukan,disamping mengesan barang barang yang tidak diizinkan.Maklumlah yang membayarnya ialah maknya...
kepala masih berat.mata macam digantung gantung.terbayang sofa yang empuk.terlintas tilam yang lembut dengan dingin ekon membelai tubuh...
aku menyerahkan kunci kereta pada pembantu setiaku"'.mak tak larat lagi".Aku masuk ,merebahkan kusyen dan aku nampak seseorang.memandangku dari jauh.Macam kenal tapi dimana...............

Dimana...? aku menyimpan wajah itu dalam mata.dalam hati.dalam jiwa..........

Saturday, February 19, 2011

dipersinggahan sementara

ini separa cerpen....tidak ade kena mengena yang hidup atau yang mati atau yang nyawa nyawa ikan.....

                                                                          (1)
Tersesat.Alamat yang diberi ternyata salah.Aku sudah mati akal.tidak ada sesiapa yang aku kenal di daerah itu.Beberapa orang yang aku temui hanya menggeleng kepala bila aku ajukan alamat.Menyesal pun ada.mengapa aku harus setuju untuk datang ketempat ini.sejauh ini.Pendalaman pula.sekarang aku tidak tahu jalan keluarnya.Tiada petunjuk.Malangnya telephone bimbitku pula tidak menunjukkan adanya talian hayat.

Aku berhentikan kereta.Didepan ada sebuah rumah yang sederhana besarnya.Aku berharap dapat bertemu tuan punya rumah itu.Ternyata aku bernasib baik.Belum sempat aku memberi salam.seorang perempuan sebaya umurku menjengah wajah.Wajah yang jernih.menhulurkan senyuman ramah.seperti mengetahui tujuanku dia bertanyakan masalahku dan mengatakan alamat yang ada ditanganku itu sebenarnya tidak ujud sama sekali.Aku terkejut .Berdentum jantung ku seketika.aku menimbang nimbang akal.seakan masih terbayang wajah seorang makcik memberi aku alamat ini.Waktu itu aku sedang menikmati juadah digerai .

hmmmmm mcm tak jadi je....cansel...atau mungkin boleh difikir balek........

Wednesday, February 16, 2011

bila sakit itu indah

sakit itu indah.....keindahanya ialah aku belajar
luka itu indah.....kelukaan yang mengajar
rindu itu indah....kerinduan yang menyabar
begitulah hakikatnya bila aku akan berjauhan dengan sidia.....
esok dia meninggalkan segalanya disini,
dia mengajar,belajar dan segalanya tergumpal dalam satu kesabaran.
abahmu berbisik....esok dia tinggalkan kita
emakmu berkata....satu hari semua tinggalkan kita
abahmu berkata....waktu itu kita telah tua..
emakmu berbisek.....ye..siapa antara kita yang awal tiada..
emak dan abah diam.mengenang kenangan.
kamu anak yang baik dan ceria.

ramai kawan
dengan emak tempat kamu mengadu. dengan kamu emak juga mengadu.

pasti dua budak ni akan sakit merindu kamu.biarkan.....mereka rasa sakit itu..

satu hari keegoon budak ini akan tersingkap....


dia kehilangan teman berbaring....bilek besar itu akan buat dia rasa lebih sunyi.dengkuran akan dijadikan lagu sepi.nyanyian indah dalam kerinduan,,,,
mana mak ketika itu.....

berada disini..selagi kamu sudi.
BIRU SAGAku.

Tuesday, February 15, 2011

Diam lah

bertanya guru.
"Kenapa kamu mengambil ujian dan peperiksaan disokolah ini."
Murid diam.seolan mudah tapi susah nak pastikan jawapannya.melihat sama sendiri.masing masing cuba menjadi hero terpantas.Mata guru berpusing 180 darjah.mencari kelibat pemberi jawapan.

"ok jawapannya,amat mudah.kerana kamu semua diterima belajar disekolah ini.dan kamu layak mengambil ujian dan peperiksaan.,mudah kan?"ada pelajar menarik nafas dalam.seolan penipuan iQ.
"saya nak katakan.bahawa hidup kita juga melalui ujian ujian juga.Makin kita pandai makin tinggi ujiannya.Saya nak katakan jangan kita mengeluh kalau kita ditimpa ujian atau dugaan.kerana apa?
kerana kita diterima oleh penciptanya>kita masih dalam pemerhatianNya dan kita disediakan ganjaranya.

"Saya ingin katakan lagi disini,sekiranya kamu melepasi ujiannya dengan nikmat.bershukurlah.Dan pahala tetap ganjarannya dan kamu janganlah riak.Jangan sebarkan amal kebaikkan antara tuhan untuk diberitahu semesta alam.Malaikat mencatet setiap sifat riak kamu itu ndan kamu berdosa.Takutkan riak yang akan menhuni dan merosakkan amal baik yang lainnya.
Diamlah adalah lebih baik.Tuhan nilaikan diri kita bukan orang lain.Kerana itu JANGAN MUDAH TERGODA DENGAN ORANG YANG MEMUJI KEBAIKKAN DIRINYA...YAITU AMAL NYA DAN MEMANDANG ORANG LAIN TIDAK SEBAIK DIRINYA.Mereka bukan siapa siapa yang menentukan seseorang itu diterima Allah atau sebaleknya.."

Tiba  tiba aku dikejutkan oleh bunyi hon..kereta.Ah aku terleka pula.Aku berangan aku seorang guru .setelah aku bertemu kawan baikku,seorang guru besar...malam tadi.


                         yang merasakan ada kuasa pun ada masa hilang daya kuasanya juga.....


terleka..dari freda
11.20 am.jam terleka 10 45 am...

gerak gempita ...

selamba.pekakkan telinga.Amukkan mencari barang disaat terdesak.Awal pagi.bagaikan guruh berdemtum detum.kilat sambar menyambar.terpanah dihati.ini bukan kali pertama.acap kali.dan aku hanya selambakan.meneruskan kerja rutin diawal pagi.masak air ,bakar roti.letak jem.kaya.butter.dan sediakan cawan.

kunci aku sambar dirumah kunci didinding.buka pintu menuju kekereta.Aku hanya ada 10 minit untuk tidak terlambat.Kalau tidak nama ankku dicatet lagi dalam buku displin sekolah.Setakat ini aku belum diberi surat amaran sekolah lagi.

sepulangnya aku meletak beg sandang dikerusi.Terduduk seketika.mencari makna amukkan pagi tadi.Mencari diri sendiri.

Baru semalam hati aku cair setelah disiram kata,pengajaran hikmat dari penceramah maulidur rasul.Terpukau dengan budi bahasa ,tegas tapi lembut.rendah hati dan tawakkal.Dalam ruang duduk wanita yang dipisahkan kami hanya dapat menatap melalui tv.onlive dari sebelah.

betul.hati aku terikat dengan curahan ayat ayatnya.sekarang aku berdepan dengan situasi begitu.Marah jangan dilawan dengan marah.jadilah diri kamu itu air.Lama lama hatinya jadi sejuk...katanya..
peranan diri.tawakakal.....

Jangan buka aib orang.Sebab Allah menutup aib diri kita.Kerana Dia masih memberi peluang Taubat.Kalau Allah dah tutup hatinya.,Allah tidak lagi menjaga aibnya..Kenapa seseorang itu diaibkan dengan tercelanya.,,,JAWAPANNYA kerana dosa dosanya..........

sambil menghirup minuman panas,cereal peramping(senyum)hati aku kembali tenang.kipas berpusing mengikut hukumnya.sunyi dan sepi.aku perlu mengadai masa kedapur antara tugasan lain diluar..dalam kepala aku sedang mengingatkan kata kata penceramah malam tadi....satu persatu..ia benar benar ceramah yang bagus.tidak diselitkan dengan kuasa kuasa lain.kata katanya datang dari keiklasan hati nya yang dalam....
Adakah menceritakan keburukan orang lain mencerminkan hadirnya kebagusan nilaian diri kita.....


bayangkan penyejuk hati anda......melihat anda.memujuk anda.merayu anda.....aduhai.......

Sunday, February 13, 2011

cintaku beraleh arah

aku terpegun melihat demo oleh sale man china ni.Macam mudah je.Minat mendalam aku menghulurkan duit membelinya.Padahal aku sudah ada dua mesin jahit  yang berumur 20 tahun dan 15 tahun.Waktu itu aku memang menggila menjahit dan aku anggap ia adalah bisness kecil kecilan dirumah.Namun bila aku memperaktiknya aduhai..ia mengundang hati yang panas.berasap.Mahu je dihempuk mesin kecik ni.....Namun bukan maknanya tak boleh dipakai.boleh.....praktikalnya ringan dan mudah dibawa kemana saja.malah boleh disorokpun .Kalau nak kepuasan jangan suka yang kecik......RM 145.00.sekarang minat ku datang kembali.rupanya lebih tenang bila siap sehelai baju...

Kalau disamakan dengan lelaki...kereta ini bercirikan hansom .macho.gagah.berada.Aku hanya boleh pandang pandang.kalau masa boleh diputarkan 20 thn dulu.....mungkin sekarang aku berpeluang pakai kereta macam ni....Itupun kalau aku digorat oleh lelaki species ni....Berangan saje le...

.namun apakan daya....ini saja yang mampu...shukur alhamdulillah.....Banyak jasanya padaku...

Tahu siapa lelaki cina ni.Dialah jutawan yang mereka model(model kereta diatas) utuk otomobil.Asalnya satu lot kedai sahaja.sekarang sudah ada kilang.Tengok kecacatan tangannya,,namuntidak menghalang untuk berjaya.Seingat aku namanya yong.....itu sahaja..Aku gelarnya yong tau fu sbb dia bermula dari kecil kecillan.
dia ada seorang kakak.yang beragama islam.siap bertudung lagi.Bila diperkenalkan aku agak terkejut.Yong berkata.kita orang family satu malaysia.

Kami dijemput majlis makan makan sempena tahun baru cina.Catering ala monggul arab.Aku tertarik pada daging kambing panggang je.Lihat anakku .seronok dia dapat angpau dua keping not merah.aku pun dapat juga....hahaha..satu keping not merah...fist time dalam masa 20 tahun ni dapat duit raya....Gila gila...

Thursday, February 10, 2011

apa salahnya senyum

Pagi ini aku teringin membeli juadah diluar.Pastinya nasi lemak berempah.Setelah menurunkan anak  kesekolah aku meneruskan kewarung mek kelante.Tak dinafikan ramai mek mek kelante berniaga disini.Aku kagum dengan mereka.Dilihat ramai pelanggan berkerumun diwarung itu.Semestinya pelanggannya pun oghe kelante juga.Dilihat dari pelat mereka kecek sesama sendiri.Ini bukan kali pertama aku datang membeli disini.Selalunya aku memberi laluan pada mereka yang menunggu untuk membeli seterusnya ketempat kerja.Masa mereka emas.Dalam masa mennggu dapatlah juga ilmu kelantenya.

Tapi apa yang buat aku terkilan dan terkecil hati ialah.mek kelante ini langsung tidak mahu tersenyum ataupun berterima kasih jauh sekali jual beli akadnya.Mukanya masam seolah aku ini pelnggan bangla.Aku selalu perhatikan sikapnya setiap kali aku berlanggan nasi lemak diwarungnya
begini dialognya.mek kelante nasi lemak.
"nak apa"no senyum
"nasi lemak ayam rempah"kataku selamba sambil melihat lauk pauk yang lainnya
"berapa"tanyanya lagi tanpa memandang muka aku.
"dua saja"kataku.aku melihat dia mengambil ayam sebesar tangan baby baru lahir.Alahai keciknya.kataku dalam hati.
"lapan rial".dia menghulurkan bungkusan pada ku.Ayam secoet tu lapan hinggit.....Aku terus membayar dan mengucapkan terima kasih..NO say tq.mukanya pula masam.aku sebenarnya tidaklah berkira sangat tentang harganya walaupun ayamnya aduhai kocik bonar.aku anggap  sedekah je.habis cerita.Tapi dengan sikap dia yang kedekut senyum atau kedekut berterima kasih buat ku bertekad hari ni hari terakhir aku membeli disitu.
selamat tinggal mek kelante...

Wednesday, February 9, 2011

tempura cendawan

tiba tiba teringin nak masak ini.

Alkisah masa cuti raya cina hari itu.aku dan family pulanglah kekampung yang berada D johor.Bandar kecil selepas Muar.Disana aku bertemu dengan biras dan keluarganya sekali.Agak meriah kerana lama tak jumpa dan berkumpul ramai ramai.Anak masing masing terserlah ayu dan hansomenya.Memang boleh dibanggakan juga mempunyai anak buah lawa lawa ni.

Arakian tiba masa didapur aku terpaksa membataskan diri kerana dapurnya hanya muat dua orang saiz L.Lagipun agak kekok kalau nak berajin didapur yang cukup protokol dengan susun kemasnya.Disebabkan dirumah aku jenis suka bersilat didapur di sana aku jadi kaku meku.macam bodoh dibuatnya.Lalu aku hanya sekadar menjengah jengah menyibukkan diri untuk menutup rasa bersalah....Nampaknya biras aku lebih berdaya maju didapur,berbanding aku yang tak pandai bersopan santun didapur.

Apa yang boleh aku lakukan?Sesekali aku mencuri pandang wajah mertua yang jarang beramah tamah dan tersenyum padaku.Susah aku nak faham makna lerekannya.aku hanya positifkan diri saja.Aku melayan cerita yang bersilih ganti di televisen tanpa minat.sesekali mengusik anak buah dan menatap lama wajah ayu sperti manohara artis indon yang hot dengan anak sultan kalantan dulu.aku akui kecantikannya.

Waktu makan.Biras aku menghulurkan cendawan goreng dengan tepung goreng kentucky.Agak masin sikit tapi aku tetap mengatakan sedap.Namun sekejap saja habis tanpa berbaki.Setelah mengemas pinggan mangkuk dengan protokolnya aku masuk kebilek.baring bermalasan.Menatap hp dan mengulang tengok gambar yang disimpan.Aku mencari servis yang boleh dimanafaatkan dalam hp ku.SAMSUNG wave.SEbenarnya aku jarang nak tengok hp lama lama sekadar jawab dan balas mesej sahaja.Tiba tiba en hubi masuk dan menyapa dengan lembut merdunya.Mungkin dia juga kaku dan terasa tak tau nak buat apa.walaupun dirumah sendiri.Mungkin...Aku agak saja.

"hmmmm rasa nak cari yang muda"melompat ayat dari mulut en hb.Aku memandang serius tepat kewajahnya.
"dah ada calun ke"tanya aku dan kini aku kembali menatap hp .Kata kata itu macam dah biasa pada aku.Malah aku dah tak kisah.Ayat ayat yang dulu beracun dan berasid sudah jadi air zam zam.Aku telan dengan selambanya.

Sebentar tadi aku mendapat idea memasak cendawan goreng.Aku istilahkan tempura mushroom supaya  nampak ada kelas.Setelah masak aku mengembangkan suara meminta anak anak datang menikmati masakanku.Anakku bertanya mak campur bahan apa ni?
lalu dengan riak dan bangganya aku menurunkan resepi ini....

begini aku ceritakan pada anakku"ini tepung gandum plus tepung beras ek.campur gaul sama rata ek dengan sedikir baking powder,gaul rata rata ek.campur sedikit lada hitam.kasi halus halus ek.campur sikit rempah kari ek.dan taruh sikit garam ek.kemudia celup cendawan dan masuk dalam minyak penuh ek......inilah hasilnya ek...aku akui dalam hati...sedap juga...(tuang air minum sendiri)

Dalam aku ber ek ek menurunkan resepi aku perasan riak muka anak aku yang macam innocent.Pelik dengan gaya riak atau bangga aku rasanya.
"Nape tiba tiba tiba mak cakap Johor ni"tanya anak ku sambil mengunyah tempura tadi....
"Angin Johor kuat menghemtam hati emak"kataku bersajak...anak aku tak ada respon dengan jawapanku.dia sudah faham .Sebenarnya aku terbayang lerekkan ibu mertuaku yang tanpa senyum itu.dan teringat ayat powernya suatu masa dulu."DIA(anaknya)tersalah pilih bini"dan akulah bini anaknya.
Kerana ayatnya itu aku pernah menyarankan supaya dia( en hb) mencari orang lain yang lebih  layak.

salam yang terluka ek
mushroom tempura

ini brokoli dan bunga kobis yang ditempurakan oleh aku 

kiri kanan anak birasku.

Tuesday, February 8, 2011

catatan yang bosan(jangan baca kalau jiwa tak kuat)

Jauh perjalanan.Membosankan.Namun kena keraskan hati untuk sampai tujuan.Minyak penuh.Tayar kereta masih keras.ok.Itu selalu aku kena pastikan.Nasih baik menyebelahi ku.Jalan tenang dan tidak sesak.Trafic pun hijau setiap kali aku lalu.satu keajaiban .Aku kena pergi kesuatu tempat ini.Hanya berpandukan alamat dan aku tak faham apa apa jalan kesana.Nasib baik ada GPS ni.Ini memang aku akan bawa sekiranya aku ingin ketempat baru.

Aku memutar siaran radio yang menyelerakan telinga.AAAHHHH bosan.semua lagu bosan bosan dan bosan..
Akhirnya aku memutar CD bacaan ayat quran.Yassin.aku ikut ayat ayatnya.Sesekali terbabas juga.Almaklumlah aku bukan hafalan.Namun sedikit rasa tenang.

Akhirnya sampai juga destinasinya.Tuan punya kedai menyambut ku dengan baik.Namanya samirin bin samiran.
kah kah kah.aku bergurau dalam hati bila dia memperkenalkan namanya.SAMIRIN.Aku duduk.Dan menunjukan gaya  keyakinan seratus peratus.Muka aku pun tegak sahaja.Senyum pun kontot saja.Kalau panjang panjang hilang gaya yakin yang cuba aku tonjolkan.

Dia memberikan kad perniagaannya diikuti oleh aku.Aku meneliti namanya yang tertera.Samirin Bumut.Diam seketika.tertanya.apa keturunan dia ini.Yang pasti dia bukan Melayu yang berasal dari sini.
"Puan.saya asalnya dari sarawak".,dia perkenalkan diri dan mungkin ayat mula perbualan.
Aku mengangguk faham.dan bertanya sekadar ramah tentang perniagaannya.Aku menghulurkan katalog dan diam menunggu respon dan memberi ruang masa untuk berfikir.Sesekali aku mencelah menceritakan menu dalam katalog itu.Alhamdulillah.dia tersenyum dan memberikan  order yang memberansangkan juga.Rezeki.Aku diam bershukur dalam hati dan untuk dia sengaja aku hulurkan senyuman yang paling manis didunia.Senyuman komersial.

Hampir satu jam aku  kami berbincang aku memohon pulang.Dia mengiringi ku hampir kedaun pintu.dan meminta aku menghubunginya lagi.Aku bergegas kekereta yang tidak jauh dari premisnya.Sekali lagi dia mengangkat tangan tanda merestui pemergian aku.Dan aku membalasnya.

Digital jam dikereta menunjukkan pukul 1.30 petang.Aku terpaksa keShahAlam untuk satu lagi urusan.Nampaknya aku kena lupakan saat yang membosankan ini.Fokos memandu sambil mengarang sajak dalam otak.Mula mula fikir sajak itu temanya apa....sedih,selamba.gembira atau entah apa apa.Kemudian siapa wataknya.AKU DIA AWAK atau UMUM.Kemudian fikir lagi apa maksud  sajak itu....
Tiba tiba  dengar bunyi menyerit....aku tergaman.Kereta didepan tiba tiba menekan brek tiba tiba dan nasib baik sempat aku sempat membriknya.Rupanya dia telah terlanggar seekor kucing.Sempat juga aku melihat kucing itu mengelumpur dan mati.

Aku agak tergaman.dan sedih dengan nyawa kucing yang hilang begitu sahaja.Aku teruskan perjalanan dan semua khayalan tadi hilang serta merta.Kali ini aku lebih fokos.lebih laju dan berhati hati.Akhirnya aku sampai juga didestinasi yang kedua.Ada dua tempat lagi yang perlu aku pergi.Namun itu dikira urusan persendirian.

Dirumah aku termenung.Situasi rumah kurang menyeronokkan.Agak bersepah dengan surat kabar.buku.buku,dan mug air diatas  meja.Mahu aku menjerit.aku letihhhhhhhh ...
aku perlu mandi.segarkan badan dan teruskan kerjaya rutin..aku harus gembira kerana kerjaya ini lebih mulia dari diluar sana...

sekian.dari catatan lonely..




Sunday, February 6, 2011

selimut sutera

selimut sutera
hujan lagi.cheq dah tak tau nak buat apa.ingat nak sidai kain.tak jadi.ingat nak pi beli barang,pun tak jadi.mata dan otak  berkiblatkan sebijik bantal dan kain selimut.teringat selimut sutra yang dibeli suami cheq masa kat china.Sejuk dan lembut.nikmat kesedapan.kalau hampa ada peluang pi china belilah satu.apa salah untuk kesedapan diri sendiri.

cheq teringat kat mak cheq dikampung.mesti dia teringat yang cheq akan balek kampung masa cuti ni.namun nak buat macamana.kampung cheq jauh .jauh disana nuh.kalau berakit tujuh purnama.kalau berkenderaan sat saje..tapi suami cheq ada hal.dia kena main bola kecik yang golek masuk lubang tu.nak kansel sbb nak balek kg tak payahlah..boleh diungkit tujuh hari tujuh malam.dan tak mustahil jadi tujuh purnama...juga.

hari ini.cheq istiharkan hari malais sedunia.Malas mental dan fizikal.cheq bekukan otak sat.malas nak pikiak pasai benda benda lain.mesej pun cheq malas nak jawab.biaq pi la.tapi ada satu panggilan yang cheq kena jawab juga.bila tertera nombor ini.013xxxxxx.Nombork  keramat.ini nombork kalau tak jawab boleh jadi perang dunia.hanya sekadar nak tanya."hang masak apa hari ni."
cheq jawab dengan sopan santunnya..."nasi goreng,,"ini menu org malas sebenarnya.

.cheq mengerling longgokan kain yang baru diambik dari ampaian.sengaja dilonggokkan dekat cheq.memang mengundang rasa kecewa juga sbb cheq sedang khusuk tengok  cerita kat movie.Amat jarang cheq dapat layan movie ni kecuali bila malas menguasai diri.mau tak mau terpaksa juga dihayunkan tangan melipat lipat baju sambil mata mengikuti cerita.cheq memang suka cerita spy.cia pembunuhan dan penyiasatan berprofil tinggi.Cheq lupa nama tajuk dia tapi hero tu namanya JASON BORNE.ADA PART 1.2 3 LAGI.

sebenaqnya cheq dulu berangan nak jadi polis.tapi sebab pendek tak diterima.Dah tu tak cerdek pula.Maka berangan pula jadi cikgu tadika.CIKGU TADIKA!  pasai itu ja yang cheq layak.lagipun cheq suka budak budak.Akhirnya apapun tak jadi..duk kat ceruk dapoq.kawan dengan periuk2.buat kerja rumah dan berligaq ligaq dalam ruang 20 x 70 kaki. Rasa  mcm duk dalam aquirium.mcm ikan flowerhone. Takdak kawan nak cakap apatah lagi nak ngumpat gumpat.

setelah beberapa belas tahun cheq baru sedar yang cheq kurang mahir bercakap.yelah tak sedaq masa berlalu dan cheq hidup dalam dunia sendiri.sibuk dari pagi hingga kemalam.Cheq jarang nak tengok cermin.malas nak rawat urat2 muka..badan pun bulat macam bola.

masa cepat berlalu.roda berpusing pusing.akai juga berubah.mata dan hati juga mula celik,dunia luar rumah walaupun mencabaq tapi itulah kehidupan yang unik.Hidup yang teruji adalh lebih mulia daripada melihat kebaikan diri sendiri .Begitulah sedapnya dibawah selimut sutera.sehingga hari ni cheq istiharkan hari malas sedunia.begitulah juga depa depa diatas sana...bila senang otak jadi malas berfikiaq.maka berlarutlah sikap........hingga sekarang dimana cheq salah seorang.kesedapan selimut sutera dan rahmat tuhan(hujan) membuat kita hilang identiti  diri sendiri..

Saturday, February 5, 2011

aku hanya kecil


hanya mampu menyebarkan kenangan
dan mengarahkan roh ku mencari jiwamu
dikala enkau sedang lena
aku disisimu.memerhati dan menyampaikan pesan rinduku
untuk kamu tahu.yang jasadnya disini tidak sedar dipembaringan
yang mendepani kamu adalah rohku
yang diam .yang faham