sketsa perjalanan

Thursday, December 9, 2010

tahun kehilangan

aku mulai tahun ini..dengan kehilangan
pertama......aku hilangkan dukaku
yang tak pernah buat aku ceria
yang aku tahu hujungnya luka
dan aku tersedar agungnya gerhana yang menyisih bulan
untuk memberi sedar..... dibumi jangan memuja cahaya...
ambillah terangnya untuk sekadar...

kedua....aku hilangkan kasihmu
bukan sengaja,tapi terpaksa
supaya kau juga sedar.aku cuma sementara
hadir antara nyawa.sebelum merdeka.
juga hadir sekadar menyinggah masa
terisi sebelum kau membenci

ketiga...aku tinggalkan alpaku
pada suratan yang ditulisakan
lorong arah yang tersimpang
mengemis kasihan yang bersisa
mengharap ketawa dihujung ria...

keempat aku tinggalkan jahilku
yang kitabnya ku tutup rapat
dan akalku ku humbankan
keapi neraka,yang tersesat

kelima ....aku tinggalkan kamu
........
kerana ia adalah perjanjian
tidak mengotori namanya persahabatan...
dan juga aku gagal membersihkan hati
dari lumpuran lumpur
menyalut mati identiti...

selamat tinggal....atas kehilangan

No comments:

Post a Comment