sketsa perjalanan

Wednesday, March 30, 2011

jarak menilai

suatu masa ku baring dirumput ini.melihat langit awan membawa mendung semalam dan meluahkan titis dihujung sana.dirumput ini aku sedar,aku keseorangan dalam kembara menuju kepenhujungan.aku sedar bukan saja tempat ku berpijak malah dalam pembaringan juga.

Saturday, March 26, 2011

wahai perempuan

kemuncak emosianal.air mata adalah jalan keluar menmatkan sengketa jiwa.amat bagus untuk meredakan perasaan yang bersimpangan.
aku?bila kali terakhir aku menanggis......
bila hati disakiti oleh zuriatku sendiri.dan aku teringat air mata ibuku..adakah kernanya aku.


untuk kamu....cemburu juga bisa mengalirkan air mata.

Saturday, March 19, 2011

kamu?

menabur bunga dijalanan
sepanjang perjalananku.terbau harumnya
ku kutip satu satu.ku kumpulkan jadi satu
makian rindu

hari ini aku taburkan
bunga setanggi dari arah perjalanan itu
satu jalan kehujung mati
untuk kamu tahu
makna punah rinduku

hari ini.aku biarkan
lalang disepanjang jalan.

Sunday, March 13, 2011

aku yang berlebih kurang

akhirnya aku akur diri.mencari apa semaunya telah aku terokai.aku faham kiranya bukan aku yang menang atau tak perlu gundah kiranya kalah telah tercipta untuk aku.aku bukan sentiasa menang dan sesekali kalah itu lumrah.

jadilah diri sendiri.tak perlu hipokret untuk kemenangan orang lain dengan berlagak hebat.kita bukan sesiapa untuk sesiapa jua.hanya segalanya untuk diri sendiri...untuk diri sendiri.diri sendiri.sendiri........................

Friday, March 11, 2011

aku yang terlebih

makan lebih
tidur lebih
imagenasi lebih
nampaknya sudah berlebih lebih
aku katakan pada cermin didepanku
tidak ada apa apa kekurangan dalam dirimu
kecuali berlebihan
aku pun berfikir fikir
dan aku juga berlebih fikir
dalam mencari sisa kekurangan
yang bersisa juga lebih....
ini lebihan kasihku, ku beri padamu
ini lebihan sayangku,ku hulur padamu
ini juga tanda cintaku yang terlebih. yang ku simpan untukku
inilah kelebihanku
yang kau nampak kekuranganku...


p/s kiranya masih ada yg terlebih...berilah sedikit untuk ku


terlebih berperasangkaAdd caption
.

Wednesday, March 9, 2011

aku yang terkurang......

 3.30.ptg.Rabu: Appointment dgn dokter gigi untuk anak.sabrina.nak kemaskan bentuk gigi.brethcess(begitulah
                          bunyinya .dalam masa menunggu.dua jenis paper dua kali ulang baca.anakku yang sorang lagi dah terlena.mcm tak sedar diri. aku beri pula surat kabar tu pada pesakit yang melihat dinding je.nampak mcm bosan.seorang perempuan muda bangun bertanyakan pembantu di kounter.nampak nada tidak puas hati sebab dia sudah terlepas setengah jam dari masa yang dijanjikan.mata aku mengumpat tentang pakaiannya yang sendat dengan seluar legeng yang terang terang melekat dan mengikut tubuh.tubuh yang boleh meruntuhkan iman hatta pak lebai sekalipun.kalau aku nak pakai dalam rumah pun tak akan terfikir ..sebab malu dengan anak bujang dengan anak menantu...dan juga jiran sebelah rumah.nasib baik tak ada pesakit lelaki.

4.50 ptg:   tetiba masuk seorang lelaki.berkopiah dengan baju melayu.ditangannya terdapat fail dan buku reset.desis hati aku mesti peminta derma".derma sekolah agama cik"suara rendah dengan loghat kelantan.aku spontan menyatakan tidak.Entah kenapa perasaan 50 50% sudah diset dalam minda aku.samada direstaurant
dibank ditempat menunggu awam mesti ada saja peminta derma.Perasaan ragu bermain diminda.Betulke derma ini terus kepada maksudnya.seringkali terdengar penipuan penipuan begini menyebabkan hati aku jadi beku
.Pada aku kalau nak menderma biar dengan hati yang iklas dan reda.
peminta derma itu pergi kepada perempuan berpakaian seksi tadi.spontan saja perempuan itu menghulurkan duit tanpa mahu menerima reset.Tak pasti pula berapa.Namun aku dapat menangkap loghatnya dalam bahasa  yang sama dengan peminta tadi.aku terasa dimalukan dalam situasi begitu.perempuan yang aku umpat dalam diam itu hatinya lebih bersih dari aku.sementara menunggu kounter pembantu dokter tadi memberi derma sempat lagi dia menegur aku."letih nampaknya budak itu."ditujukan pada anakku yang menyendeng dibahuku
aku hanya tersenyum.malu kali yang kedua.orang yang aku tolak untuk menderma menegurku dengan baik..
aku terfikir satu perkara tentang semangat kenegerian yang kuat antara mereka.Jadi tidak hairan kalau mereka berniaga .mereka rata rata berjaya kerana sokongan yang tidak berbelah bahagi.

5.50 ptg: anak ku sabrina sudah keluar dengan tersenyum senyum tanpa makna.aku terus kekaunter untuk membayar .aku agak terkejut bila dinyatakan .harganya ialah RM200.hanya untuk mengetatkan dawai yang longgar pengikat gigi
."mahalnya"nada aku agak serius.
"puan.ini kos susulan dari pemasangan brethcess ni..........."pembantu menerangkan dengan lembut.
aku mengangguk faham dan memberikan senyum cover hati jahat(macam nak marah)

6.00 ptg: aku bergerak ke restaurant mamak.Agak lapar setelah cuba tidak mahu makan nasi tenggahari tadi.Anak aku sabrina menyarankan aku mengambil nasi.dengan harapan dapat dia mencuri sedikit menu ku.Dah faham sikapnya.Nafsu buas menu mamak ni meruntuhkan imanku jua.sedang menjamah selera .tiba tiba terdengar salam diberi.aku menoleh .Peminta derma tadi dengan selamba menhulurkan fail izin kutipan derma disekolah agama diselatan thailand.Aku tak pasti adakah dia perasan aku orang sama diklinik gigi tadi.
aku menhulurkan sekeping RM(rahsia) bila merasakan dia amat jujur dalam usahanya.terasa aku sudah bebas dari perasaan bersalah semasa diklinik tadi.anak aku membelek resit yang diletakkan dimeja makan
".Mak kenapa sekolah agama selalu meminta derma"
"ini sekolah agama dekat thailand.islam disisihkan disana"aku memberi perjelasan.

6.40 ptg.aku memandu pulang kerumah.aku terpaksa menjawab beberapa seolan anakku yang agak berbau politik....kenapa orang islam dimana mana suka minta derma atau sedekah?.lebih lebih kat...............
hakikatnya aku melihat diri sendiri,untuk mencantek gigi anak yang jumlah beribu ribu aku mampu .tapi aku agak berkira dan bersoal jawab bila memberi derma.Nak buat sikit pahalapun digangu gugat oleh perosak iman.sebenarnya aku belum cukup baik dalam soal soal hati......
free da..

Sunday, March 6, 2011

yang dirindu

 kedamaian air yang mengalir.rasa nak terjun dan mandi mandi.namun ku tahan rasa hati.


 air patuh mengikut alirannya.begitu juga perjalanan hidup ini.menongkah arus?alamat mencari penyakit.yang sembuhnya belum tentu.


 ingin mengail ikan.ditepi sungai dan membakar ala ala orang asli..namun takakan kesampaian.masa sudah jauh meninggalkan.ia hanya satu peluang dalam pejam mata.(berangan heheh)
 kamu.ingat lagi.betapa kita kesini karana cekal hati dan turutkan hati.kita mencari keadilan untuk menikmati kegembiraan bersama.Bahagianya dapat melihat kamu semua gembira.....
kenangan ini tetap kekal dalam ingatan.

kamu ingat lagi.kegembiraan ini hanya kenangan yang kita ada.ruang waktu bersama yang sedikit,namun kita tetap gembira.namun segalanya udah berlalu.kamu sudah jauh dari kami semua.dan pulangmu nanti juga akan berbeza.

Friday, March 4, 2011

akhirnya aku faham....

ku baca nota itu berkali kali,cuba fahami yang tertulis dan maknanya yang terbelit.dalam dan tinggi ilmu bahasanya.tak terselam oleh ceteknya batas fikir

"entah sebagai apa.entah sebagaimana .tiada ruang untuk menjengah.atau benarkan dijengah,hati kepingin
berenang dalam aliran air yang deras.walaupun mungkin tersadai dalam lautan dalam.mungkin mati dalam selaman.sedari hukum akal kejadian sekelian alam.pemberontakan maha sakit ini menjadi satu perjuangan untuk sempurnakan kehidupan yang lainnya.kehidupan yang tertulis.maka satu istilah kematian itu adalah kemenangan yang kamu kena akui."


ku baca lagi.merenung maknanya berkali..pandangan tertumpu pada movie didepan.hilang fokus.hilang juga dalam alam sedar.

"hendaknya kamu juga mencari sesuatu reda dalam kesukaran ini.Bukankah semuanya akan menjadi seperti semula jadi.Maka kita harus bershukur dalam setiap batas yang yang kita langkahi.Mujur kita dididek dengan akal akal yang tidak tercela."


nota itu ku simpan.maknanya bergelora dalam hati.ku pejam mata.gerak hati dan lintasan sepantas kilat.seakan memberi jawapan.Nota itu tidak ditujukan pada aku.tapi aku cuma mengintai dibalek siapa pengirimnyaAku meletak senyum pada lantai yang ku pijak.terasa aku sudah terjejak dalam nyata..alam kekal.

Wednesday, March 2, 2011

kenangan luka

ini luka
ini luka
ini luka
aku persembahkan 
aku perlihatkan
aku tunjukkan
kepada kamu
kepada kamu
kepada kamu
jangan kamu sengaja tidak tahu
sejarah hitam yang kamu arangkan
dimasa lalu
ku simpan dalam kenangan
memujuk hati lupakan

penyamaran

pakaiannya seperti orang bermain golf.kemas .mukapun  maintain.anggaran umur 40an.Jalan perlahan menuju kepagar .lembut memberi salam.kebetulan sedang menyidai kain.
semakin menhampiri pagar semakin curiga menjengah dihati.bukan seperti orang berjualan.
"adek.boleh tolong tak.abang ni sesak sangat,minyak kereta dah habis.card credet tak boleh pakai.sambil menunjukkan walletnya yang bersusun rapi dengan kad kad.disini tak ada pula bank yang berdekatan.

ayat lembut dan sayu.muka maintain ku pandang mohon simpati.agak aku mungkin betul.kalau terdesak apapun boleh berlaku.disebabkan pakaian aku tak menutupi aurat sepenuhnya aku malas nak berlama di laman.dia masih berdiri diluar pagar.kesian antara tidak percaya.kelemahan ketara meruntun hati aku lalu masuk kedalam dan mengambil duit sekeping 5.00.bisek hati aku kalau dia tipu pun anggaplah itu rezeki dia.
"maaf.ini aja yang saya ada.saya tak bekerja"kataku sambil menghulur rm 5.00 dicelah jaringan pagar besi.

"terima kasih,dek.nanti saya ganti"katanya berlalu dan aku hanya diam.masih meragui.aku kembali menyambung kerja yang terbengkalai tadi.keesokkan aku bertemu kawan di kedai yang berdekatan.dia menceritakan perihal seorang lelaki(ala ala orang kaya) meminta duit ihsan.sebenarnya lelaki itu penipu sebab dia menggunakan motor sahaja.dan dia meminta hanya kepada perempuan. yang lemah seperti aku....

part 2

dua orang budak remaja lelaki.seorang normal dan seorang lagi seperti terencat akal.jalan berpimpin.meminta derma  sikawan(terencat akal tadi)tiada tambang balek kerumah.katanya juga dia juga ketiadaan duit untuk membayar tambang.setelah berbasa basi.aku dengan niat baik menghulurkan 10 rm.
seketika selepas itu,aku menemui dua remaja tadi dipersimpangan jalan.hati aku menyumpah seranah perlakuan si terencat akal tadi rupanya hanya berlakun sahaja.Rasanya mahu saja dilanggar budak tadi.aku menekan hon sekuat mungkin.menyedari aku mengenali wajah mereka.lintang pukang berlari sambil ketawa.
dalam hati ...kalaulah betul betul terjadi(terencat akal)barulah dia tahu makna sebenar hidup.........

part 3

seorang pondan cuba menipu untuk menukar seratus not merah palsu.memandangkan waktu itu aku sengkek nasib menyebelahi aku.pondan ni banyak bercakap untuk menarik perhatian.kononnya dia wartawan yang ingin buat temuramah berkenaan wanita berkerjaya.....

ini adalah sebahagiannya....kesimpulannya kenapa aku terlalu cair dalam hal kesiankan orang.berapa orang yang kesiankan aku didunia ini...tidak ada kini dan selamanya.....(lagipun apa yang nak dikesiankan)