sketsa perjalanan

Wednesday, March 2, 2011

penyamaran

pakaiannya seperti orang bermain golf.kemas .mukapun  maintain.anggaran umur 40an.Jalan perlahan menuju kepagar .lembut memberi salam.kebetulan sedang menyidai kain.
semakin menhampiri pagar semakin curiga menjengah dihati.bukan seperti orang berjualan.
"adek.boleh tolong tak.abang ni sesak sangat,minyak kereta dah habis.card credet tak boleh pakai.sambil menunjukkan walletnya yang bersusun rapi dengan kad kad.disini tak ada pula bank yang berdekatan.

ayat lembut dan sayu.muka maintain ku pandang mohon simpati.agak aku mungkin betul.kalau terdesak apapun boleh berlaku.disebabkan pakaian aku tak menutupi aurat sepenuhnya aku malas nak berlama di laman.dia masih berdiri diluar pagar.kesian antara tidak percaya.kelemahan ketara meruntun hati aku lalu masuk kedalam dan mengambil duit sekeping 5.00.bisek hati aku kalau dia tipu pun anggaplah itu rezeki dia.
"maaf.ini aja yang saya ada.saya tak bekerja"kataku sambil menghulur rm 5.00 dicelah jaringan pagar besi.

"terima kasih,dek.nanti saya ganti"katanya berlalu dan aku hanya diam.masih meragui.aku kembali menyambung kerja yang terbengkalai tadi.keesokkan aku bertemu kawan di kedai yang berdekatan.dia menceritakan perihal seorang lelaki(ala ala orang kaya) meminta duit ihsan.sebenarnya lelaki itu penipu sebab dia menggunakan motor sahaja.dan dia meminta hanya kepada perempuan. yang lemah seperti aku....

part 2

dua orang budak remaja lelaki.seorang normal dan seorang lagi seperti terencat akal.jalan berpimpin.meminta derma  sikawan(terencat akal tadi)tiada tambang balek kerumah.katanya juga dia juga ketiadaan duit untuk membayar tambang.setelah berbasa basi.aku dengan niat baik menghulurkan 10 rm.
seketika selepas itu,aku menemui dua remaja tadi dipersimpangan jalan.hati aku menyumpah seranah perlakuan si terencat akal tadi rupanya hanya berlakun sahaja.Rasanya mahu saja dilanggar budak tadi.aku menekan hon sekuat mungkin.menyedari aku mengenali wajah mereka.lintang pukang berlari sambil ketawa.
dalam hati ...kalaulah betul betul terjadi(terencat akal)barulah dia tahu makna sebenar hidup.........

part 3

seorang pondan cuba menipu untuk menukar seratus not merah palsu.memandangkan waktu itu aku sengkek nasib menyebelahi aku.pondan ni banyak bercakap untuk menarik perhatian.kononnya dia wartawan yang ingin buat temuramah berkenaan wanita berkerjaya.....

ini adalah sebahagiannya....kesimpulannya kenapa aku terlalu cair dalam hal kesiankan orang.berapa orang yang kesiankan aku didunia ini...tidak ada kini dan selamanya.....(lagipun apa yang nak dikesiankan)

No comments:

Post a Comment