Tadi menyaksikan jasad yang tiba tiba berubah.BERTANDUK,Bersuara seiring getar lelaki.Dada memuncak dan mengigil seluruh tubuh badan.Suara syaitan yang masih ditahap waras tidak dapat ditahankan lagi.Meletup,
Kalah lagi dengan ego menang selama ini mempertahankan marah.Ketawa mengejek kepada diri sendiri yang kalah membendung api kemarahan.
Disana sini merayau cuba memindahkan emosi terpendam dalam kata kata yang penuh berselirat.Curahan kepada seorang insan masih tidak lagi melegakan.Rasa sedih yang cuba disembunyikan dalam senyuman dan pura ceria akhirnya memuntahkan lahar isi hati sebenar.Rupanya dalam kesakitan yang maha dalam.
Tubuh badan mengigil.Hairanya tidak ada lagi air mata yang mencurah.Leganya seperti baru menerima nafas baru.Dinihari aku bertafakur dihamparan empat segi.Malunya kerana gagal mengawal diri.Malunya kerana merasakan diri sudah kuat rupanya tersempuk dikelemahan telunjuk syaitan.Ketawa syaitan berdekah dekah lantaran telunjunya berjaya diikuti.YaAllah ampunilah aku.
Malam ini adalah malam sejarah atas nama kemarahan.Yang disaksikan bukan muka manusia lagi.
mati mengelupur dalam pembunuhan jiwa yang tidak dapat dikawali..
bukan sempurna namanya
ReplyDelete