sketsa perjalanan

Wednesday, June 22, 2011

cemburu

lalu.....aku mencipta cemburu cemburu itu agar kau membenci diri aku.dan aku kau lepaskan dalam pandangan.tidak dapat ku sembunyikan lagi gelodak neraka ini bila melihat kamu dengan sidia dan sidia....biar sakit dirasai bersama.

lalu aku mendiamkan diri dan menyendiri.Bagai tersedar "neraka"yang membakar jiwa selama ini hanyalah bisikkan syaitan.Aku tidak mampu lagi untuk menyapa kamu seperti dulu.Aku diam dan perlahan lahan mendidek hati.Ini dunia.Kamu sudah ketiadaan apa apa.dan pintalah untuk masa akhiratmu.Mungkin impian kamu tercapai.

bayang kamu.mimpi kamu masih hidup dalam fikiranku.Racun akan ku tukar jadi madu dan ia akan menyempurnakan khudrat langkahku untuk kegarisan penamat.Tidak apa kamu tidak lagi sudi menghampiri hati ini...kerana ia hanya sementara waktu..

cemburu itu sakit.dan sakit juga tertulis .rasa sayang yang tidak terbuang.membenci tidak ada kesampaian hati.lalu ia tetap begini....sampai bila...dalam matamu....tidak ada apa apa untuk aku...

5 comments:

  1. ermmm
    yang tersirat dan yang tersurat
    memerlukan firasat untuk mentafsir

    semoga baik2 saja...amin

    ReplyDelete
  2. azah
    secara tidak langsung anda telah menemui tafsirannya....

    ReplyDelete
  3. freda
    minta izin ambil bait hujung
    luahan hati mu itu ye
    mahu ku abadikan di page ku..

    mendalam dan xperlu berkata apa lagi
    sudah mencukupi!

    ReplyDelete
  4. silakan...saya sudi selamanya.sharing is caring..caring is laling heheheh

    ReplyDelete