menyelongkar semak samun fikiran.hari ini aku cuba mendiamkan diri seketika.Tidak lagi menyapa kesibukan seperti biasa.Dijalanan dalam arus kereta yang angkuh mengejar masa,ditalian yang tidak ada hentinya menanya urusan,dan wajah wajah selamba dan ceria menerpa.aku hanya pejamkan mata.Butakan segalanya dari melihat sesiapa.Hanya ayat yang tertera"maaf saya sibuk hari ini"Hakikatnya ayat kasar "Jangan ganggu aku"
Begitulah aku berdaleh dengan permainan bahasa untuk tidak mengecilkan hati orang lain.Samada mereka sedar atau tidak bukan lagi urusan.Letih memikirkan untuk tidak menyakitkan hati sesiapa,namun hati sendiri bagai kebas dicucuk sembilu.Siapa yang tahu?
Kembali menyandarkan diri disofa .Pandangan kosong tertembus sekujur jasad yang lemah.Dunia menjauhinya.Dan dia hanya berdoa supaya itu bukan masanya untuk tidak melihat dunia.Namun keinginan hanya mampu ditelan dalam harapan yang bersisa.Kekuatan yang ada ialah berdoa.Tuhan jangan ambil nyawaku lagi...Berpaling dan seakan terdengar suara"demi masa yang tidak memanjang dan memendekkan apabila seruan tiba"
"Sampai bila bila pun kamu sentiasa tidak bersedia,kerana kamu sibukkan jasadmu didunia"Suara itu bergema lagi.Mata kuyu dan nafas yang tertahan seakan merayu".Pulangkan aku sekejap untuk aku habisi kisahku dengan aman"
Kekiri dan kekanan hanyalah kosong.Tiada sesiapa menemani disaat begini.Mana mereka mereka yang kamu sayang,mana mereka yang kamu agungkan..semuanya tiada kerana dunia.Dunia dan kesombongannya.Kamu sendiri melawan saat saat untuk pergi.
Jasad itu akhirnya terkaku dengan sendirinya.Airmata mengalir dipelusuk mata.Apa lagi yang ada.Kisah satu kehidupan sudah tamad .Yang ada hanya kenangan.Hanya tulisan dan kasih sayang yang berkekalan .
Bagaikan tersedar.pandangan itu kembali kedunia nyata.Didepan mata komputer riba.hanphone.file dan kunci kereta seakan berkata..."dakaplah aku......."dan ia seakan bertentang dengan suara"ini peluang kedua...untuk kamu,"suara itu hilang dan dalam mata terpejam ,roh itu hanya memerhati dengan diam...
No comments:
Post a Comment