sketsa perjalanan

Monday, July 18, 2011

Terdiam....

Matanya nampak kusam.Macam ada sesuatu yang sedang disembunyikan.Pasti mata akan mencerita segalanya.Lalu aku meneka"nape ni dek"dia hanya diam.sedaya upaya menyembunyikan.Mungkin agak berat atau malu.Aku hanya diam.memberi ruang untuk dia menimbangkan suara hati.Seketika senyap dan sunyi....

Sambil melipat kain.,aku kerap menjeling 1 phone 4 didepanku.didirikan dengan sandaran bantal kecil hiasan hujung katil."Dek,kalau ada masalah ceritalah..mak kan ada.jangan macam ni.memendam perasaan dan buat hati susah tak diajar dalam agama kita.Jangan menyusahkan diri."aku cuba memberi kekuatan untuknya untuk meluahkan,dalam waktu yang sama tangan menari nari melipat kain.

Aku amat berterima kasih dengan adanya iphone ni.dapat berfacetime dalam jarak yang jauh tanpa kos.hanya mesti ada wireless.Yang jauh terasa dekatnya.Maya dalam kenyataannya membuat segalanya menjadi senang...

Aku menunggu.Dia sudah memulakan dengan airmata berjuraian.Aku biarkan dan menahan hati.Biar dia menanggis semaunya.Biar dia rasa ringan sedikit.Setelah beberapa ketika dia mula bercerita"sebenarnya adek risau kerana Mara belum menyalurkan wang untuk urusan perbelanjaan. .Mara ada masalah dengan pihak Universiti.Pihak universiti meminta Mara membayar insuran untuk pelajar pelajarnya.Namun Mara meminta pelajar pelajarnya membayar sendiri atas alasan duit sudah diberi kepada pelajar.Namun kos hidup yang tinggi membuatkan pelajar merasa tertekan.Sewa umah.bil elekrik.bil enternet memang tinggi.Bil lekrik saja sudah 300usd
sewa rumah 400..(berkongsi tiga) dan bil internet.Untuk makan terpaksa berjimat sehabis jimat."aku hanya mendengar dan diam..dalam hati aku berkata ini bukan masalah sangat yang buat jiwa kentalnya menjadi selemah itu..

"Adek,perkara ini kena diberitahu kepada pihak mara.Hantar surat dan ceritakan masalahnya.kerana mereka tidak faham situasi adek,Mana pelajar mampu membayar insuran 1000 usd sedangkan belanja yang diterima hanya 1200 usd sebulan.Lagipun adek dalam posisi berhutang dengan pihak mara bukan mendapat biasiswa atau ditaja."laju je aku memberi pendapat,gerak hati kuat menyatakan ada sesuatu yang lain yang tidak lagi diberitau.aku diam dan terus melipat kain yang masih ada saki bakinya lagi.

"Adek jangan risau pasal belanja.Adek belum terdesak lagikan sekarang.adek ada abah yang masih mampu untuk adek.ada mak yang tak akan biarkan adek susah disana.Adek cuma cakap sahaja.Bayangkan kawan kawan adek yang lain yang parentnya tak semampu mak dan abah.Mereka tetap teruskan kehidupan disana.Tapi adek mencukupi segalanya dan adek cuma risau dan adek tak mahu susahkan mak dan abah kan? "Macam berteh jagung mengelumpur laju ayat ayat aku...

"tapi mak rasakan adek ada masalah lain ni...adek gaduh dengan diake"aku cuba mengoyak isi hatinya.Hati pemalunya perlu berdepan dengan kenyataannya sekarang.
"a..ah dgn dia pun adek ade prob.kami bukan gaduh.tapi adek buat keputusan untuk tidak bermesej terlalu kerap.kerana adek tidak mahu dia berdosa.Adek tidak mahu dia fikirkan adek dan buat dia leka dan cuai dari mengingati Allah.Adek katakan adek tidak mahu menanggung dosa seandainya dia leka kerana adek.Ta.....pi...adek baru sedar adek tidak boleh..adek rasa kosong.adek perlukan semangat dari dia..dan adek sudah buat keputusan ini....Tengok dia sedang online..." aku nampak esak tangisnya makin kuat.Tahan hati yang meronta ronta...siksanya..aku diam dan sesuatu menyentuh hati aku.

"Tegurlah dia ,tanya kabar,mungkin dia juga rasa sepertimana adek rasakan tapi dia lelaki dek..egonya tetap ade bila adek buat keputusan begitu.Mak puji bila adek bertahan untuk tidak berduaan dengan dia walaupun jauh dari mak dan abah.mak puji bila adek tetap pendirian dan kuat pegangan .Sewaktu adek mencari tempat untuk mak dan kawan2 mak bersolat tempohhari mak rasa bershukur adek berusaha begitu rupa mengingati kaumkeluarga walaupu tdak ada kemudahan surau dan masjid.Mak terpegun bila adek menunjukkkan tempat lapang dibelakang bangunan dimana yang ada cuma pili air.Bila adek membentang selendang mak sebagai sejadah mak hanya mampu berdoa kepada tuhan untuk adek.." namun kata kata ini aku benamkan dalam hati semata mata.Tak kesampaian untuk aku memujinya yang membuat dia mengagumi dirinya sendiri.aku biar dia seketika melayani perasaannya.

"adek ada 2 tahun lagi.sabarlah.Kalau adek berjihat hati, Insyaallah adek dapat ganjarannya juga.Janji Allah memang begitu.Sekarang adek hanya tabahkan hati adek dan pegang pendirian adek hingga semuanya selesai.Dek manusia mana yang tidak ada dosa.Sebab itu kita disediakan dengan pelbagai amalan yang boleh mencuci dosa dosa kita.Bukankan berwuduk yang betul boleh membuang kotoran dosa pacaindera kita,dan niat yang baik juga mencuci dosa dosa yang berkaitan dangan hati.Yang penting adek jagalah amalan kita.dan bershukur dengan apa yang kita ada.berterima kasih pada yang memberi.dan jangan membelakangkan ibubapa.Insyaallah adek selamat dunia dan akhirat."

kain kain yang berlipat satu satu disusun dalam kabinet baju.Aku memicit kaki yang sudah kebas.bangun dan terasa lantai berjungkang jongkit.Nampaknya dia sudah llega walaupun masih berjuaraian air mata.Kami matikan perbincangan setelah berjanji akan menyambung semula.Banyak lagi kerja yang perlu aku langsaikan.

Aku mengambil beberapa minit berbaring dan memikirkan .Memikirkan diri yang jauh tersesat dalam pertimbangan yang keliru.Dan dia seakan memberi lorong tentang jauhnya aku dari cahaya diluar sana.Bezanya aku mengakui dengan kata kata dan terhenti .tapi dia meneruskan dengan jayanya sekali.Dia berjihat hati Kerana takutkan cinta melalaikan dia dari mengingati Yang maha Pencipta.Aku terdiam dan diam memikirkan...........nya.

3 comments:

  1. salam

    lama tak joint posting u zeza.
    adik!! i pun adik jga. sibungsu yang mmng punya kerenah tersendiri..manja sikit dri yang lain2.. tapi jati diri yg sgt kental di rantauan..mencari ilmu semampu diri yg kerdil..namun susah senang dah dialami dari mula hingga kini.pergi kuliah sambil parttime kerja kutip epal,buat coffee mix di starbuck..namun kekentalan mereka kita sukar halusi..keupayaan sibungsu sy kagumi dan syukur jati dirinya semakin kukuh hingga kini walau perit dlam hidup dirantau org..muga anak2 kita dilindungi dari segala mara bahaya..dan pulang dgn segulung ijazah kepujian....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah syukur..

    sejuk perut yang menampung sembilan bulan sepuluh hari..

    ReplyDelete
  3. sekalong bicara..
    hai....lama kita tak bertembung dalam ruang maya ni.Ye masing masing dengan masa sendiri.Sebenarnya anak anak kita akan cepat matang bila berjauhan dengan kita dan mereka cepat belajar.
    samada lelaki atau pompuan mereka belajar berdirikari sehinggakan yang kenal dapur bila balek boleh jadi cheff.kesusahan mengajar mereka. semuaga anak2 kita selamat disana.hmmm apa kabar ...


    azahrohaizah
    saya melihat diri sendiri sebenarnya.
    bait terakhir adalah fokos segalanya.....terima kasih utk mu...

    ReplyDelete