Pagi ini aku teringin membeli juadah diluar.Pastinya nasi lemak berempah.Setelah menurunkan anak kesekolah aku meneruskan kewarung mek kelante.Tak dinafikan ramai mek mek kelante berniaga disini.Aku kagum dengan mereka.Dilihat ramai pelanggan berkerumun diwarung itu.Semestinya pelanggannya pun oghe kelante juga.Dilihat dari pelat mereka kecek sesama sendiri.Ini bukan kali pertama aku datang membeli disini.Selalunya aku memberi laluan pada mereka yang menunggu untuk membeli seterusnya ketempat kerja.Masa mereka emas.Dalam masa mennggu dapatlah juga ilmu kelantenya.
Tapi apa yang buat aku terkilan dan terkecil hati ialah.mek kelante ini langsung tidak mahu tersenyum ataupun berterima kasih jauh sekali jual beli akadnya.Mukanya masam seolah aku ini pelnggan bangla.Aku selalu perhatikan sikapnya setiap kali aku berlanggan nasi lemak diwarungnya
begini dialognya.mek kelante nasi lemak.
"nak apa"no senyum
"nasi lemak ayam rempah"kataku selamba sambil melihat lauk pauk yang lainnya
"berapa"tanyanya lagi tanpa memandang muka aku.
"dua saja"kataku.aku melihat dia mengambil ayam sebesar tangan baby baru lahir.Alahai keciknya.kataku dalam hati.
"lapan rial".dia menghulurkan bungkusan pada ku.Ayam secoet tu lapan hinggit.....Aku terus membayar dan mengucapkan terima kasih..NO say tq.mukanya pula masam.aku sebenarnya tidaklah berkira sangat tentang harganya walaupun ayamnya aduhai kocik bonar.aku anggap sedekah je.habis cerita.Tapi dengan sikap dia yang kedekut senyum atau kedekut berterima kasih buat ku bertekad hari ni hari terakhir aku membeli disitu.
selamat tinggal mek kelante...
No comments:
Post a Comment