Aku memutar siaran radio yang menyelerakan telinga.AAAHHHH bosan.semua lagu bosan bosan dan bosan..
Akhirnya aku memutar CD bacaan ayat quran.Yassin.aku ikut ayat ayatnya.Sesekali terbabas juga.Almaklumlah aku bukan hafalan.Namun sedikit rasa tenang.
Akhirnya sampai juga destinasinya.Tuan punya kedai menyambut ku dengan baik.Namanya samirin bin samiran.
kah kah kah.aku bergurau dalam hati bila dia memperkenalkan namanya.SAMIRIN.Aku duduk.Dan menunjukan gaya keyakinan seratus peratus.Muka aku pun tegak sahaja.Senyum pun kontot saja.Kalau panjang panjang hilang gaya yakin yang cuba aku tonjolkan.
Dia memberikan kad perniagaannya diikuti oleh aku.Aku meneliti namanya yang tertera.Samirin Bumut.Diam seketika.tertanya.apa keturunan dia ini.Yang pasti dia bukan Melayu yang berasal dari sini.
"Puan.saya asalnya dari sarawak".,dia perkenalkan diri dan mungkin ayat mula perbualan.
Aku mengangguk faham.dan bertanya sekadar ramah tentang perniagaannya.Aku menghulurkan katalog dan diam menunggu respon dan memberi ruang masa untuk berfikir.Sesekali aku mencelah menceritakan menu dalam katalog itu.Alhamdulillah.dia tersenyum dan memberikan order yang memberansangkan juga.Rezeki.Aku diam bershukur dalam hati dan untuk dia sengaja aku hulurkan senyuman yang paling manis didunia.Senyuman komersial.
Hampir satu jam aku kami berbincang aku memohon pulang.Dia mengiringi ku hampir kedaun pintu.dan meminta aku menghubunginya lagi.Aku bergegas kekereta yang tidak jauh dari premisnya.Sekali lagi dia mengangkat tangan tanda merestui pemergian aku.Dan aku membalasnya.
Digital jam dikereta menunjukkan pukul 1.30 petang.Aku terpaksa keShahAlam untuk satu lagi urusan.Nampaknya aku kena lupakan saat yang membosankan ini.Fokos memandu sambil mengarang sajak dalam otak.Mula mula fikir sajak itu temanya apa....sedih,selamba.gembira atau entah apa apa.Kemudian siapa wataknya.AKU DIA AWAK atau UMUM.Kemudian fikir lagi apa maksud sajak itu....
Tiba tiba dengar bunyi menyerit....aku tergaman.Kereta didepan tiba tiba menekan brek tiba tiba dan nasib baik sempat aku sempat membriknya.Rupanya dia telah terlanggar seekor kucing.Sempat juga aku melihat kucing itu mengelumpur dan mati.
Aku agak tergaman.dan sedih dengan nyawa kucing yang hilang begitu sahaja.Aku teruskan perjalanan dan semua khayalan tadi hilang serta merta.Kali ini aku lebih fokos.lebih laju dan berhati hati.Akhirnya aku sampai juga didestinasi yang kedua.Ada dua tempat lagi yang perlu aku pergi.Namun itu dikira urusan persendirian.
Dirumah aku termenung.Situasi rumah kurang menyeronokkan.Agak bersepah dengan surat kabar.buku.buku,dan mug air diatas meja.Mahu aku menjerit.aku letihhhhhhhh ...
aku perlu mandi.segarkan badan dan teruskan kerjaya rutin..aku harus gembira kerana kerjaya ini lebih mulia dari diluar sana...
sekian.dari catatan lonely..
No comments:
Post a Comment