Alkisah masa cuti raya cina hari itu.aku dan family pulanglah kekampung yang berada D johor.Bandar kecil selepas Muar.Disana aku bertemu dengan biras dan keluarganya sekali.Agak meriah kerana lama tak jumpa dan berkumpul ramai ramai.Anak masing masing terserlah ayu dan hansomenya.Memang boleh dibanggakan juga mempunyai anak buah lawa lawa ni.
Arakian tiba masa didapur aku terpaksa membataskan diri kerana dapurnya hanya muat dua orang saiz L.Lagipun agak kekok kalau nak berajin didapur yang cukup protokol dengan susun kemasnya.Disebabkan dirumah aku jenis suka bersilat didapur di sana aku jadi kaku meku.macam bodoh dibuatnya.Lalu aku hanya sekadar menjengah jengah menyibukkan diri untuk menutup rasa bersalah....Nampaknya biras aku lebih berdaya maju didapur,berbanding aku yang tak pandai bersopan santun didapur.
Apa yang boleh aku lakukan?Sesekali aku mencuri pandang wajah mertua yang jarang beramah tamah dan tersenyum padaku.Susah aku nak faham makna lerekannya.aku hanya positifkan diri saja.Aku melayan cerita yang bersilih ganti di televisen tanpa minat.sesekali mengusik anak buah dan menatap lama wajah ayu sperti manohara artis indon yang hot dengan anak sultan kalantan dulu.aku akui kecantikannya.
Waktu makan.Biras aku menghulurkan cendawan goreng dengan tepung goreng kentucky.Agak masin sikit tapi aku tetap mengatakan sedap.Namun sekejap saja habis tanpa berbaki.Setelah mengemas pinggan mangkuk dengan protokolnya aku masuk kebilek.baring bermalasan.Menatap hp dan mengulang tengok gambar yang disimpan.Aku mencari servis yang boleh dimanafaatkan dalam hp ku.SAMSUNG wave.SEbenarnya aku jarang nak tengok hp lama lama sekadar jawab dan balas mesej sahaja.Tiba tiba en hubi masuk dan menyapa dengan lembut merdunya.Mungkin dia juga kaku dan terasa tak tau nak buat apa.walaupun dirumah sendiri.Mungkin...Aku agak saja.
"hmmmm rasa nak cari yang muda"melompat ayat dari mulut en hb.Aku memandang serius tepat kewajahnya.
"dah ada calun ke"tanya aku dan kini aku kembali menatap hp .Kata kata itu macam dah biasa pada aku.Malah aku dah tak kisah.Ayat ayat yang dulu beracun dan berasid sudah jadi air zam zam.Aku telan dengan selambanya.
Sebentar tadi aku mendapat idea memasak cendawan goreng.Aku istilahkan tempura mushroom supaya nampak ada kelas.Setelah masak aku mengembangkan suara meminta anak anak datang menikmati masakanku.Anakku bertanya mak campur bahan apa ni?
lalu dengan riak dan bangganya aku menurunkan resepi ini....
begini aku ceritakan pada anakku"ini tepung gandum plus tepung beras ek.campur gaul sama rata ek dengan sedikir baking powder,gaul rata rata ek.campur sedikit lada hitam.kasi halus halus ek.campur sikit rempah kari ek.dan taruh sikit garam ek.kemudia celup cendawan dan masuk dalam minyak penuh ek......inilah hasilnya ek...aku akui dalam hati...sedap juga...(tuang air minum sendiri)
Dalam aku ber ek ek menurunkan resepi aku perasan riak muka anak aku yang macam innocent.Pelik dengan gaya riak atau bangga aku rasanya.
"Nape tiba tiba tiba mak cakap Johor ni"tanya anak ku sambil mengunyah tempura tadi....
"Angin Johor kuat menghemtam hati emak"kataku bersajak...anak aku tak ada respon dengan jawapanku.dia sudah faham .Sebenarnya aku terbayang lerekkan ibu mertuaku yang tanpa senyum itu.dan teringat ayat powernya suatu masa dulu."DIA(anaknya)tersalah pilih bini"dan akulah bini anaknya.
Kerana ayatnya itu aku pernah menyarankan supaya dia( en hb) mencari orang lain yang lebih layak.
salam yang terluka ek
mushroom tempura |
ini brokoli dan bunga kobis yang ditempurakan oleh aku |
kiri kanan anak birasku. |
No comments:
Post a Comment