sketsa perjalanan

Sunday, January 16, 2011

APA PANTANG ANDA?

  • pantang larang
  • berpantang
  • pantang keturunan
semua orang ada pantang nya sendiri.saya pun.cuma pantang saya simple aje.pantang diayat......hehehe.faham maksud saya.jangan berpura pura menunjukkan suka padahal hanya sekadar suka suka.responnya anda akan terpanah juga.awas ini...ini dulu ye.cerita dulu...sekarang siapa yang ayat saya....saya kena check diri saya kembali...adakah saya ni betul?
sebenarnya pantang saya berkaitan dengan marah.
  • jangan marah diawal pagi.-----sebab awal pagi ialah rezeki.ketenangan minda dan semangat juga berada diawal pagi.berterusan ini akan menyebabkan kemurungan dan hidup terasa lesu sepanjang hari.muka tampak lebih tua.
  • jangan marah waktu makan-----Marah macamanapu anda janganlah didepan makanan yang terhidang.apatah lagi kalau kita berjemaah bersama keluarga.Jangan sesekali cuba membangkitkan atau menegur kesalahan anak isteri sewaktu mengadap makanan.Rezeki  makanan dan selera datang dari Allah.Kita kena bershukur.
  • jangan marah waktu mahu tidur.....ini betul betul kes benggang.bayangkan betapa sakitnya bila saat mahu tidur dan berehat.dan kena marah pula.ALAMAT malam tu membutanglah lah mata dengan hati yang bengkak.kesannya esok akan kelihatan tidak bermaya.dan mengakibatkan kemurungan...
Inilah pantang saya.Dan inilah saya selalu dodoikan pada ahli keluarga saya.Dan ia adalah berikutan dari pengalaman yang menyedihkan hidup saya.Jangan pukul anak tengah tidur....tolonglah.jangan tengking anak sewaktu anak tgh bermain main dengan girangnya atau sedang bergurau senda.Jangan marah tatkala isteri atau anak anda sedang menikmati makanan....Jangan mengherdek didepan tetamu yang datang....Anda akan didemdami dan sukar nak maafkan dalam diam.satu lagi jangan menampar atau memukul bahagian kepala dan muka.Kesannya anak anda hilang daya kecerdekkan dan menjadi penakut.menjadi pakturut dan takut kehadapan.Menjadi pembuli bila besar.
 maka bola golf berkata"aku dipukul masuk lubang tuan aku ketawa besar"
sikatak pula menjawab"aku dipukul masuk lubang.ular akan tersenyum lebar"
anda faham maksud sya..LETAKLAH DIRI ANDA DITAHAP YANG TERTINGGI ,SUPAYA ORANG LAIN MENGHORMATI..


Tetapi pantang yang  ini selalu saya langgar.pantang jumpa durian...mesti beli punya.pantang jumpa makanan
mesti nak test juga. Pendek kata pantang ni sebenarnya ialah mempertahan maruah diri
dan kita berhak rasa dihormati.

Berpantang.---------lelaki tidak suka berpantang.dalam keadaan apapun.berpantang makan adalah menyiksakan hatinya dan berpantang masa isteri berpantang juga amat menegerunkan jiwa raganya.Suami harus faham isteri juga perlu bercuti.seeloknya waktu ini adalah sebaik baiknya anda meningkatkan rohani dan takwa.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pantang keturunan..-------------saya teringat  filem IBU MERTUAKU..ayatnya.
PANTANG KETURUNAN NENEK MOYANG AKU BERKAHWIN DENGAN AHLI MUZIK.
Sekarang orang kita begitu bangga sekali kalau bermenantukan artis artis.......


salam hormat dari saya.

No comments:

Post a Comment