sketsa perjalanan

Monday, January 10, 2011

bila sudah letih........................

kecil kecil ku bilang biji getah.aku selalu kalah dalam permainan jongkak
besar sikit aku bilang biji guli.pun kalah selalu dibuli
bila sekolah aku bilang jari.ilmu hisah ku jua selalu kecundang
bila remaja aku bilang hari bila aku kan keuniversiti

bila kerja ku hitung masa,tak terkejar
bila kahwin ku bilang anak dan lupa diri sendiri
kini aku kembali bilang sempua bila ditanya kira
aku kira wang yang masuk dan keluarnya
bukan kerana aku jutawan
tapi kerana kehidupan

kini aku sudah letih.
anganku juga sudah terhenti
ingin aku ucap selamat tinggal
untuk tidak mengira apa apa lagi
aku bahgia dengan biji tasbih
aku bahagia jika tidak menoleh...


salam hormat..dari sy
ku tinggalkan perjalanan ini menuju  kira kira yang terakhir
fre .......dah

2 comments:

  1. Salam.Kenapa tak bilang bintang dilangit :-)

    ReplyDelete
  2. anon...bintang dilangit hanya perumpaan kepada banyak....
    mengiranya pun tak boleh buat apa.hhheheh

    ReplyDelete