sketsa perjalanan

Tuesday, January 18, 2011

engkau kekasihku

dinihari bulan hilang dimana
teraba aku dalam kesunyian
sebut namamu ku dengar sendiri
ku benam rasa hangat nafas menyapaku
ku lepaskan keluhan dalam titis air jernih
tiba tiba berjuntaian tanpa sedari
sunyi ini mencengkam rinduku
pedih dadaku dalam berat helaan nafas
wajah kekasih meragut lenaku
dan aku berjaga semalaman
engkau kekasih
yang ku abadikan 
yang aku tugukan
angan angan harapan


.....................................................................................................

kalau dua puluh tahun lalu ,dilagukan dengan sajak ini.boleh jadi meroyan kut.teruja dengan fantasi yang indah indah.hidup tersa terbang.kaki tak terjejak dibumi.waktu itu sedang berlaku sistem pemujaan khas.tatap gambar siang dan malam.semuanya indah indah.aduhai......dan kini roda itu telah berpusing...



begitulah yang sedang berlaku kepada anak saya.yang bujang teruna.gambar aweknya ada dimana mana.hati dan jiwa tak payah cakaplah.satu dunia sudah dihebohkan kononya mereka pasangan paling kiut,cakaplah apapun telinga cuma dengar bisekkan awek dia.
zaman sekarang ada kekasih seiring berteraburnya kad kad topup.saya katakan kalau dikumpulkan kad kad itu boleh buat hantaran perminangan.Namun kata kata itu bagaikan deru angin sejuk je.tersengih macam kerang tak matang.


kata saya lagi kalau gila mengatal dengan anak orang.dah buat persediaan untuk itu.sekurangnya sediakan belanja hantaran 20 rm dulu.boleh tak kumpul hingga sampai masanya nanti.kalau nak minang anak orang.belanjanya mesti tanggung sendiri.kenduri jemak bapa boleh tanggung.dia dengar.tapi macam tak faham.tersengih  sengih lagi.saya rasa mahu aje letak klorok kat muka dia.biar dia sedar dunia ini bukan sesenang beli dan buang topup.


namun dalam hati saya bersetuju dengan ayat ini.cinta itu anugerah tuhan.peliharalah dia.cinta itu menuntut
kesetiaan dan cinta tak semestinya bersatu....Kata abiet....
Kata arwah rafeah buang...bujang sama bujang.orang tua yang makan dalam...
budak budak sekarang.lihatlah dibelakang.adeknya yang baru alami kekalahan pertandingan ratu kebaya hehheheeh




salam hormat dari saya


No comments:

Post a Comment