tajuk orang putih pula.maknanya bawah.jatuh.namun yang aku nak katakan dari segi emosianal.bukan murung namun boleh jadi kalau ia kerap berlaku.
"aku tgh down ni"ini selalu aku katakan pada kawan baik bila dia perasan muka aku macam sardeen murah.selalunya time begini aku selalu berseorangan.mengunci diri dalam bilek.depangkan tangan dan humbankan berkilo berat ini ketilam.macam cerita tamil...
pejamkan mata.fokos.lupakan atau mencari penyelesaiannya dalam alam fikir.kalau aku ambil keputusan lupakan aku akan bayangkan yang indah.yang shahdu shahdu yang boleh buat aku melayang layang macam pontianak harum sundal siang....
itu cara aku selesaikan masalah "down"bukan down simrom tu.itu lebih baik dari aku marah marah,berleter.atau humban apa apa barang.yang marah lepas itu dia ok tapi yang jadi mangsa pula akan menerima tamparannya.mungkin dia menyimpan dalam hati dan kita tak tau berapa lama tepu terkurungnya perasaan itu.manusia lain lain.
kematangan seseorang diukur bila dia diduga saat kemarahannya.sifat matangnya lebih terserlah sekiranya disertai dengan ilmu takwa didadanya.Marah itu syaitan dan dia akan mengambil kesempatan disaat terlucutnya akal yang waras untuk menyertai haluannya.Jadi anda yang mempunyai KUASA untuk marah.lihatlah bagaimana anda dinilai oleh orang lain.
sekiranya anda ingin marah dan ingin lepaskan katakan begini"i nak marah u ni.tapi tak tahu macamana nak marah.i tgh marah ni.....mesti anda akan dapat balasan senyuman yang paling manis didunia atau satu ciuman yang paling berharga....tukarkan marah itu kepada gurauan yang sinis.tak susah kan
atau renungilah dia dengan tenungan maut ular tedung.rasailah debar jantungnya dan anda dikira sudah berjaya meluahkan marah...atau berlakunlah yang anda sedang stress,DIAM dan sediamnya atau tiru macam saya...humbankan diri atas katil dan belayarlah kedunia yang tanpa sempadan.
namun kalau saya seorang ustazah.saya akan menasihatkan begini....pergi kebilek air,buka pili.basuhlah muka berkali kali ,dan ambilkah wudhu.tengok cermin dan tengok diri sendiri.fikirlah AKU SEDANG DIUJI DISAAT INI,berintifar ,dan muhon petunjuk.diam seketika ,pejamkan mata dan bayangkan kita sebenarnya bersendirian dalam menuju kebenran,kecil dan lemah.dan DIA sedang melihat kita.
bayangkan muka anda yang marah seperti roti canai yang hangus ini.cun ke tak?jangan masak waktu anda tgh down.ini juga hasilnya............
No comments:
Post a Comment