sketsa perjalanan

Wednesday, March 9, 2011

aku yang terkurang......

 3.30.ptg.Rabu: Appointment dgn dokter gigi untuk anak.sabrina.nak kemaskan bentuk gigi.brethcess(begitulah
                          bunyinya .dalam masa menunggu.dua jenis paper dua kali ulang baca.anakku yang sorang lagi dah terlena.mcm tak sedar diri. aku beri pula surat kabar tu pada pesakit yang melihat dinding je.nampak mcm bosan.seorang perempuan muda bangun bertanyakan pembantu di kounter.nampak nada tidak puas hati sebab dia sudah terlepas setengah jam dari masa yang dijanjikan.mata aku mengumpat tentang pakaiannya yang sendat dengan seluar legeng yang terang terang melekat dan mengikut tubuh.tubuh yang boleh meruntuhkan iman hatta pak lebai sekalipun.kalau aku nak pakai dalam rumah pun tak akan terfikir ..sebab malu dengan anak bujang dengan anak menantu...dan juga jiran sebelah rumah.nasib baik tak ada pesakit lelaki.

4.50 ptg:   tetiba masuk seorang lelaki.berkopiah dengan baju melayu.ditangannya terdapat fail dan buku reset.desis hati aku mesti peminta derma".derma sekolah agama cik"suara rendah dengan loghat kelantan.aku spontan menyatakan tidak.Entah kenapa perasaan 50 50% sudah diset dalam minda aku.samada direstaurant
dibank ditempat menunggu awam mesti ada saja peminta derma.Perasaan ragu bermain diminda.Betulke derma ini terus kepada maksudnya.seringkali terdengar penipuan penipuan begini menyebabkan hati aku jadi beku
.Pada aku kalau nak menderma biar dengan hati yang iklas dan reda.
peminta derma itu pergi kepada perempuan berpakaian seksi tadi.spontan saja perempuan itu menghulurkan duit tanpa mahu menerima reset.Tak pasti pula berapa.Namun aku dapat menangkap loghatnya dalam bahasa  yang sama dengan peminta tadi.aku terasa dimalukan dalam situasi begitu.perempuan yang aku umpat dalam diam itu hatinya lebih bersih dari aku.sementara menunggu kounter pembantu dokter tadi memberi derma sempat lagi dia menegur aku."letih nampaknya budak itu."ditujukan pada anakku yang menyendeng dibahuku
aku hanya tersenyum.malu kali yang kedua.orang yang aku tolak untuk menderma menegurku dengan baik..
aku terfikir satu perkara tentang semangat kenegerian yang kuat antara mereka.Jadi tidak hairan kalau mereka berniaga .mereka rata rata berjaya kerana sokongan yang tidak berbelah bahagi.

5.50 ptg: anak ku sabrina sudah keluar dengan tersenyum senyum tanpa makna.aku terus kekaunter untuk membayar .aku agak terkejut bila dinyatakan .harganya ialah RM200.hanya untuk mengetatkan dawai yang longgar pengikat gigi
."mahalnya"nada aku agak serius.
"puan.ini kos susulan dari pemasangan brethcess ni..........."pembantu menerangkan dengan lembut.
aku mengangguk faham dan memberikan senyum cover hati jahat(macam nak marah)

6.00 ptg: aku bergerak ke restaurant mamak.Agak lapar setelah cuba tidak mahu makan nasi tenggahari tadi.Anak aku sabrina menyarankan aku mengambil nasi.dengan harapan dapat dia mencuri sedikit menu ku.Dah faham sikapnya.Nafsu buas menu mamak ni meruntuhkan imanku jua.sedang menjamah selera .tiba tiba terdengar salam diberi.aku menoleh .Peminta derma tadi dengan selamba menhulurkan fail izin kutipan derma disekolah agama diselatan thailand.Aku tak pasti adakah dia perasan aku orang sama diklinik gigi tadi.
aku menhulurkan sekeping RM(rahsia) bila merasakan dia amat jujur dalam usahanya.terasa aku sudah bebas dari perasaan bersalah semasa diklinik tadi.anak aku membelek resit yang diletakkan dimeja makan
".Mak kenapa sekolah agama selalu meminta derma"
"ini sekolah agama dekat thailand.islam disisihkan disana"aku memberi perjelasan.

6.40 ptg.aku memandu pulang kerumah.aku terpaksa menjawab beberapa seolan anakku yang agak berbau politik....kenapa orang islam dimana mana suka minta derma atau sedekah?.lebih lebih kat...............
hakikatnya aku melihat diri sendiri,untuk mencantek gigi anak yang jumlah beribu ribu aku mampu .tapi aku agak berkira dan bersoal jawab bila memberi derma.Nak buat sikit pahalapun digangu gugat oleh perosak iman.sebenarnya aku belum cukup baik dalam soal soal hati......
free da..

No comments:

Post a Comment