sketsa perjalanan

Friday, April 29, 2011

kalau malas atau terkurang masa....

 nasi goreng saga

tumbuk bawang merah bersama cili kering.Nak pedas taruh lebih sikit.Tumbuk sekali ikan bilis.
Agak agak hancur.tumis terus.sampai naik bau.Masukkan garam,sayuran(kacang panjang yang dipotong kecil kecil...Masukkan telur.dan gaul rata rata.masukkan nasi.Kacau hingga semuanya sebati.

Sayur diet.

sayur pucuk taugeh.
kobis.
udang/ayam/daging/
bwg putih dan merah.(hiris nipis2)

tumis bawang merah dan putih dengan sedikit minyak.
masukkan air.masukkan udangatau ayam atau daging.
apabila mendideh.masukan kobis dan lobak(kalau ada)
jangan lama sgt.kemudian masukkan sayur pucuk taugeh.dalam 1 minit je.kemudian tutup api.


freda...
cubalah..

Thursday, April 28, 2011

Bila rasa itu meminggir.....

Tiba tiba dia ingin jadi mishali tahap dewa dewi.Direnungnya wajah kusam dengan penuh tekun.Lalu diusapnya perlahan.Meraut jari jemari kepipi.
"Tunggu sini.nanti saya segarkan muka abang.Sabar hingga fasa keempat.pertama.bersihkan wajah.kedua.lembabkan dengan pencuci susu.mask.diikuti penyegar dan pelembab.Hanya 45 minit.Siabang hanya menurut perintah. seperti bayi suci yang manja manja begitu.

Dibaringkan wajah.Dua keping kapas lembab diletak atas pelupuk mata.Semua bahan pencuci wajah sudah tersedia.Bagai seorang pekerja pedandan wajah.dia dengan semangat mishali meneruskan dengan tekun sisulami rasa kasih sayang seorang isteri.Wajah diurut mengikut tertibnya urutan.pembersih muka diputar putar seluruh wajah.Kemudian dibilas dengan air dingin."Best tak"tanya siisteri
"Hmmmmmm.."memberi respon  kerana mulutnya tidak boleh dibuka.

Fasa kedua,pencuci susu dilumur dan diikuti urutan selamatkan kedutan...Agak lama berligar jari jari dipelusuk muka.Kemudian dioleh oleh kapas.Dibiarkan seketika.Sejenis produk masker dari timun dilumur dengan berhati hati.Sementara kering masker dimuka ..dia pergi kehujung kaki dengan memicit telapak kaki.mencari point point penting urat keorgan penting.Nampak kesedapan diwajah yang telah bertopeng tadi.Seterusnya urutan kepada jari jari.kanan dan kiri.Membaca urat urat dijari tangan sambil menafsir maknanya seperti yang dibaca dalam buku.
"Ini urat scandal.dalam usia 40an keatas .abang ada seseorang yang sukakan abang.
"wajah bertopeng tadi diam.Nafasnya seakan gembira dengan telahan.."kalau tengok jangka hayat abang mati dalam umur 60an begitu...Ini urat kerjaya.Abang mampu diatas.Siisteri seakan seorang dokter yang memberi perjelasan kepada pesakit.

Fasa ketiga.Masker ditanggalkan.Dibersihkan dengan air dingin.Penyegar di sapu rata dikuti oleh losyen pelembut wajah.Wajah nampak segar.Dan untuk terakhir .didudukkan posisi L.bahu diurut hingga kepangkal leher.Sudah selesai satu acara tugas misali.

Siisteri duduk disisi.memandang puas kewajah Si abang.Mengusap pipi yang tampak segar dan lembut.
"Siabang tersenyum dn berkata,alangkah bertuahnya abang sekiranya ada 4 orang isteri ketika ini.Sorang mengurut,sorang membuat facial.seoarng memicit kaki seorang memasak...

Siisteri bangun dan menuju kepintu.Hatinya sedih.Dia tahu kata kata itu cuma gurauan,tapi bukan disaat setelah perhidmatannya selesai."mahu pergi kemana pula"Siabang terkejut dengan reaksi siisteri..
"Saya mahu jadi isteri yang keempat.Iaitu kedapur"..termanggu manggu siabang.Adegan 45 minit tadi tidak lagi menjadi sesuatu yang mengembirakan.Kenangan yang tak akan berulang..
Sebaiknya mana pun seorang isteri,jarang suami ingin menghargai.Langkah siisteri perlahan .tersedih.Terluka..

Hari ini wajah itu direnungi lagi.Kusam dan tidak bermaya.Letih dan menanggung beban fikir seharian.Namun tidak ada rasa lagi ingin membelai pipi itu lagi.Rasa itu telah hilang.

Tuesday, April 26, 2011

penolakkan

semasa menyeberang sungai.aku ditolak beramai ramai oleh tangan yang nakal.Rupanya niat bergurau membuat aku terpaksa memikirkan untuk tidak mahu mati.Arus yang kuat menyebabkan aku keletihan untuk ketepian.
Apa yang aku buat?Aku teringat sewaktu awal belajar berenang.Pengalaman sendiri.Jangan melayan rasa letih sebab kita akan menjadi bertambah lesu.

kosongkan minda.Terbalikkan diri dan menimbangi air diparas badan.Mengapunglah dan perlahan mencari arah ketepian.Gunakan tenaga ayunan tangan umpama pengayung untuk menguak diri.Pastinya dengan tenang dan dan tidak panik akan menghasilkan sesuatu yang tidak terduga.Dalam tenang dan terapung.bukalah mata dan lihatlah langit yang maha luas.Beburung pun akan kagum.

seseorang bertanya,bila aku belajar?
Aku budak pelarian dari alam rumah dan gemar bermain arus disungai.Maka pengalaman aku datang dari pelarian itu.

Tapi kamu bukan budak lagi
ye betul.Dalam masa terdesak kita boleh kembali kezamannya sebagai pelarian.Siapa yang tahu,kerna ia hanya berada dalam pemikiran seorang dewasa.

perrrg...kamu,?
...........

Monday, April 25, 2011

Ayah

Semuga Rohmu bersama orang yang beriman.

Aku dah lupa bagimana rupa ayah.Tak ada sekeping gambar pun.Hanya membayangkan adek beradek ayah dan anak anak ayah.Siapa yang lagi mirip.Adakah ia lebih mirip kerupa aku?entahlah.
Ayah tinggalkan aku sewaktu aku masih kecil.Tak pernah teringat bila ayah menyentuh ku.Ayah sakit sejak aku kecil lagi.

Bila aku darjah tiga.ayah telah meninggal.Lemas disungai.Aku tidak bersedih atau terasa kehilangan.Kenapa?
Masih lagi bermain main tatkala emak menanggis disisi ayah.Kali terakhir melihat emak mengelap darah yang mengalir dari telinga dan hidung ayah.Itu kali yang terakhir.

Aku tidak menanggis disaat ayah dikapankan.Walaupun itu kali perrtama aku melihat jenazah.Tidak terasa kehilangan.Sedari kecil setahu aku dijaga oleh emak sendirian dan dengan tokwan.
_______________________________________________________
Anak anak ku
Kamu beruntung kerana ada seorang ayah yang begitu bertanggungjawab.Dia amat menyanyangi kamu sehingga tidak boleh kamu jauh darinya.Biarpun kamu semua layak menduduki asrama namun ayah kamu tidak membenarkan kerana dia mahu melihat kamu membesar didepannya.

Ayah kamu terlalu risau kalau kamu sakit.Dan kamu semua bernasib baik kerana rezeki kesihatan selalu menyebelahi keluarga kita.
Selalu juga dia bertanya.siapa antara kamu yang mampu menjaga dia bila dia sudah tua dan tidak berdaya.Andai ibu yang pergi dahulu.Siapa?Biarpun kamu selalu dilukai dengan kata kata.lupakan.
Katanya memberi ubat semangat untuk kamu melihat dunia ini penuh dengan kesakitan.Kamu harus kuat dan tabah menghadapinya.Bukankah dia juga selalu memastikan anak anaknya hidup berjaya.
_____________________________________________________________
Untuk sahabatku yang bertitle ayah

Kamu adalah yang terbaik sekiranya.anak kamu merindui kepulangan kamu kerumah.
Sekiranya mereka menggelakkan dari kamu.sesuatu yang tidak jelas sedang berlaku.Jagalah keharmonian keluarga anda,Jangan sakiti ibu mereka didepan mata mereka.Itu kenangan yang paling pahit.
______________________________________________________________-
Ayah mertua
Alfatihah untuk ayah.Semuga ayah aman disana
Kamu sebaik ayah yang berjaya mendidek hati aku dalam perkara perkara bimbingan.Kamu begitu amanah menjaga segalanya.Pemergian mu dalam keadaan sedang bertakbir (solat zhuhur)amat tenang dan kami bershukur .Adakah semulia itu juga yang kami bakal hadapi?
-----------------------------------------------------------------------------------
Bakal ayah
Bersediakah kamu ?

Sunday, April 24, 2011

kawan


kamu jauh dalam dirimu
tergapai diawangan
genggam awan ditangan
namun titis hujan yang kelihatan
tersadai dilautan
mengapung dilautan biru
selamat ketepian
wajah terbakar hitam
digurun sahara
jejakmu tidak bertapak
ditimbus pasir 
air didepan mata
hanya bayangan kehausan

Saturday, April 23, 2011

ruang masa

kalau masa dulu menawari aku masa kini
tidak jatuhnya aku berkali kali,
mengejar pelangi dihujung langit
hujan pun tidak tertahan merintik
masa
ingin aku kembali kedulu
mencari masa hari ini
yang pasti tidak akan berlaku
harapan tumbuh mati
Tuhan
Dengarlah tangisan
aku yang terbuang
tercampak diruang masa
yang tidak bermakna

Friday, April 22, 2011

hantu budak sekolah tak pergi sekolah...

.Diluar sudah terang benderang.Aku bingkas bangun.Rasa marah sebab sudah terlewat untuk kesekolah.Kalau terlepas bas jam 6.30 pagi ni alamat aku akan sampai kesekolah pada pukul lapan.Sepintas lalu aku membelek jam".Ah.dah 6.45 pagi".Tanpa mengejutkan sesiapa aku terus keluar menghafal jalan permatang sawah menuju kejalan raya utama.Aku perasan emak ucu sedang membakar pulut udang diluar pintu dapur.

Aku semakin resah bila tidak nampak kelibat kenderaan dijalan raya.Janganlah aku terlepas bas lagi.Aku sudah diberi amaran cikgu disiplin kerana selalu datang lewat ke sekolah.Peliknya kenapa suasana terlalu senyap.Kereta yang lalu pun semuanya laju laju.Hampir satu jam terpacak ditepi jalan raya namun kenderaan makin jarang melintas.Sejuk.dan senyapLautan sawah yang berselang buah rumah kelihatan amat sunyi sekali.Kedinginannya membuat aku terfikir untuk kembali kerumah untuk mengambil jeket.Aku meletakkan beg yang disandang dibahu jalan.Dengan laju yang paling maksimun aku berlari kerumah semula.Aku terus meluru kebilek dan menyambar baju yang tergantung didinding.Seketika aku terpandang jam loceng.dan aku terkejut bila melihat waktunya sama seperti aku melihat tadi.Pukul 6.45.Jam loceng itu mati.Dan aku terpedaya dengan terang sinar bulan.

Aku membuka radio dan mendengar juruhebah memaklumkan jam 4.00 pagi.Ini bermakna aku berdiri dibahu jalan raya seawal jam 3.00 pagi.Aku berpakaian putih(pakaian sekolah) dan berdiri hampir satu jam lebih.
Aku mungkin dianggapnya Hantu sekolah oleh pemandu yang memecut laju sebaik melintas dihadapanku.
Aku teringat beg yang diletakkan dibahu jalan.Bagaimana?
Aku teringat mak usu yang sedang membakar pulut udang diluar pintu dapur.Suasana senyap sepi membuat aku diburu rasa aneh.Sekali lagi aku terkejut apabila melihat pintu luar dapur tertutup rapat.Aku menuju kebilek mak usu dan terkejut melihat dia sedang tidur dengan nyenyaknya.Bulu roma sudah meremang.Aku kembali pula kebilek emak.dan emak juga masih tidur.

Perlahan lahan aku menuju kekatil emak dan baring disebelahnya dengan pakaian sekolah.Aku terkenang siapa pula yang membakar pulut udang diluar pintu tadi.Bagaimana dengan beg sekolah yang ditinggalkan ditepi jalan.Ingatkan ingin mengajak mak usu menemankan kejalan raya,sebaleknya lain pula yang berlaku.
Dalam kekeliruan  memikirkan perkara tadi aku tertidur semula.Setelah memastikan jam diradio mengumumkan jam 6.30 pagi,aku memberanikan diri keluar kejalan raya.Namun sekali lagi aku terkejut apabila beg yang ditinggal kan dibahu jalan ada diatas kerusi dapur.

Langkah agak longlai.lemah lutut secara tiba tiba.Dadaku berdenyut kencang bila melihat kelibat mak ucu yang masih mengerbang rambutnya berlalu senyap menuju kebilek air.Tanpa bertanya apa apa.aku hanya diam termanggu.Tidak berani aku menyentuh beg sekolah diatas kerusi.Malah bagai terkunci mulut untuk bertanyakkan mak usu .tentang apa yang dilihatku pagi tadi.Hari ini dengan resminya aku ponteng sekolah.

Setelah semangat ku pulih aku memberitahu adekku tentang apa yang berlaku pagi tadi.Namun dengan selamba dia berkata."..Best tak jadi hantu."Dan beberapa bulan selepas itu aku diberitahu orang sering saja berjumpa kelibat orang tua dibawah pokok rhu di jalan besar tempat aku menunggu bas itu.Terima kasih kerana memulangkan beg sekolah itu.

Cerita ini berlaku semasa aku ditingkatan dua.Memang waktu itu aku memang dikenali kerana selalu datang lambat kesekolah gara gara terlepas jam pukul6.30 pagi.Aku tidak ingat bila emak membelikan aku basikal untuk memudahkan aku kesekolah dan juga aktiviti bersukan dan beruniform disebelah petangnya.
Masa itu aku sedikit rasa bangga kerana cikgu displin(yang terkenal dengan garangnya)memanggil namaku atau menegur..Hah bangga jadi budak jahat kononnya..

waktu menulis jam 4.39 pagi.ditemani oleh bulu bulu yang meremang...senyap sesenyapnya.

oh sabrina kekasih lama........

Monyok nya bertambah keruh bila agenda tidak menjadi.Muka dipaling ke luar cermin.Kereta berderetan dalam silau lampu berbalam dalam tumpahan air dilangit."Tak sempat lah na.Lain kali saja.lagipun dah pukul 4.00 ni.
"Hmmmm bila lagi nak beli.esok sekolah ganti."Marah disimpan dan tidak puas hati.Terpaksa fokos memandu dalam hujan lebat.Berpura tidak menghiraukan sungutan sabrina.Namun dalam fikiran agak tersedih bila tidak ada niat ingin memahami keadaan yang tidak berupaya.

Diam.Wiper mengipas cermin kekiri dan kekanan.Diluar kelihatan air mula membanjiri jalan.Banjir kilat.Lagu omputih kegemaran remaja terkini sengaja dikuatkan menyaingi bunyi rintitan hujan diluar.Fokos kepada apa yang berperang dalam minda sejak akhir akhir ini.Hanya dia yang tahu.dan buat buat tidak tahu.Takapalah.Tidak mampu lagi menyurat.memujuk kalau hati sudah berpaling.

Sampai dirumah.sabrina terus menghempaskan diri disofa.Wajahnya masam dan memandu kecewanya kedalam mimpi.Sabrina,ada lagi tiga bulan untuk mendapatkan benda itu.Banyak masa lagi.jangan excited sangat.Bukankah bersabar itu menyempurnakan sifat peribadi kamu .

Kadang kadang sabarlah yang memimpin hati ini.Air mata bukan ukuran lagi.Bukan sesenang abc untuk mencapai hajat kita walaupun dirancang.

Wednesday, April 20, 2011

ajinomoto

"apa mende nya nih"
Tersentak tapi buat buat selamba.Reaksi muka dan kata kata kena hadapi dengan tenang dan sabar.Reaksi sebegini menunjukkan dia tidak suka  atau sedang dalam kemarahan.Cuba alehkan bahasa yang sopan
"Apa ini" sudah tentu akan terasa sedikit dihargai sekurangnya sebagai manusia.
_________________________________________________________________________________
Semakin berusia..semakin terasa dengan segala ketidakupayaan melawan kehendak hati.Terasa berlari atas bahang bara api.Melihat arus yang makin maju terasa  tersungkor dipintu kenyataan.
"fikirkan.apa maksudku.sebagai manusia.ada masanya terpaksa melepaskan kesayangan kepada orang yang disayangi,fikirkanlah"
_______________________________________________________________________________-
Termanggu sekejap.Sesuatu yang menimbulkan kemarahan .kekesalan.dan kesedihan adalah kerana mainan dalam hati.Perang jiwa dan terpaksa menewaskan diri sendiri kerana orang lain.Siapa orang lain itu?Sudah tentulah orang yang paling rapat.Dan kawan adalah jawapannya.Kekasih mungkin juga.Ibubapa dan saudara mara mungkin diantaranya.
Kalau kawan,tentu sahaja ini pendaman pendendam.Melepaskan kekasih atau orang yang disayangi kepada kawan adalah sesuatu yang mengambil masa untuk melupakan,atau jalan yang paling mudah berkerat rotan.
________________________________________________________________________________
"Maaf saya tidak bermaksud menganggu ketika ini."kata saya sambil memberi sebungkus "perasa makanan"
untuk dicuba sebagai bahan makanan terbaru.
"Apa mendanya nih.seperti mengeluarkan suara yang jijik"
"ajinomoto,kata saya..."perasa penyedap makanan"rasa.dengan perasaan dan tujuannya....,hakikatnya tidak bagus,tapi sesekali digunakan untuk menepati selera..Tidak ada paksaan menggunakkannya,dan gunalah sekadar yang sedikit.,ini cuma RASA saja.
_________________________________________________________________________________
sekali lagi ditinggalkan dengan seribu pertanyaan,Apakah nada tengkingan"apa mendanya nih"sudah memberi jawapan.Benci?



titisan air merembes keluar..tissu dimana?

freda

Monday, April 18, 2011

surat untuk dia...

Saya faham makna FRodo,mengelongsor atas kertas pasir.Samada ia cedera fizikal atau bayangan sakit yang tidak terperi.Malu ditunjukkan ditempat yang sakit, samada malu itu benar atau benarnya malu itu kerana menyembunyikan sesuatu perkara.

Berus gigi untuk dikongsi?Boleh bayangkan etika yang menjijikkan itu.walaupun dalam peperangan membuat perkiraan.antara terdesak atau didasari kasih sayang atau nama mudahnya membuat pengorbanan.Jalan pemudahnya,kita ada hak sendiri dan ada masanya hanya kita yang unggul memilekinya.Kalau kamu menyukainya.pasti kerana kamu memileki hak itu.Dan kenapa melepaskan kiranya dia memihak kepada kamu juga.

Terdera melihat bayangan dalam kelam dari jendela yang tersingkap?Kenapa memikirkan orang lain perlu bahagia sedangkan kita juga perlu membahagiakan diri sendiri dengan cara kita sendiri.
kaki terpasung dibumi sedang kepala tergantung diawangan atas sebab apa kamu merelakan melihat kesayanganmu terbang menjauh dari mu.Sedangkan dia adalah merpati yang jinak ditangan.

Titisan warna merah yang mengekori telapak kakimu adalah dari luka yang sengaja ditinggalkan dan untuk diberi ingatan pada dia."Aku hidup dalam kesakitan untuk melihat kamu berbahagia"Apakah ini boleh membahagia dirinya juga.

Fikirlah apa yang ada untuk kamu.Apa lagi yang tinggal .Menjentik air dilautan tidak memberi apa apa makna kalau ia namanya berkorban.

salam.surat durhaka dari seseorang yang pernah dikenali.

rahsia
18/4/2011

Friday, April 15, 2011

wajah wajah

wajah itu
sendirinya terlukis antara ingat dan rindu
yang sesekali buat tersendu
dalam diam sunyi yang terlalu

wajah itu
tergenang dimata dalam saban waktu
dalam setiap masa berlalu
mengingati atau menjauhi
tiada beza antara
pasti rasa aneh membara
emak...sampai bila nak ngaga ni.......
wajah itu
merubah wajahku
menjadi sayu.antara merindu
dan mengasihi kesepianmu
dan menyalahkan diriku
tidak pulang kepangkuanmu


                         EMAK.EMAK EMAK
                         EMAK EMAK EMAK
                         EMAK EMAK EMAK
                         EMAK EMAK EMAK

wajah ini
adalah wajah nya
sentiasa ada
dalam rupa dan gaya
dalam tangis dan ketawa
dalam senyum dan manja
dalam rupa kucing dan serigala..

Wednesday, April 13, 2011

kisah semut hitam

merenung meja didepan.bertinggung dagu melihat semut semut yang merayap dengan displinnya.berbaris dengan fokos tujuan  sang permaisuri.diantara semut semut itu terperasan seekor semut hitam yang lain dari yang lain.Tubuhnya agak besar seolah dia adalah ketua tentera yang memberi arahan.

dengan zalimnya sebatang pen digunakan untuk mengeluarkan semut hitam dari barisan.Agak gelabah mencari arah.Gelas yang kehabisan air ditangkup.Semut hitam berligar ligar tidak keruan.
"hai semut hitam,izinkan aku menjadi zalim hari ini"

gelas diangkat.semut hitam ditelapak tangan.meneliti kakinya yang menerjang .kekuatan kamu hanyalah fokos permaisuri.Kamu hidup dan mati kerananya.kini kamu ditanganku.
"hai semut hitam.tahukah kamu bahawa gigitan kamu itu sakit,berbisa,dan aku ingin membalas dendam kepada kamu hari ini.."

sebatang pen mengganti pedang.badan semut hitam ditujah tujah.Terpelanting kepala dan anggota badan.Kini.ketua tentera sudah terima takdirnya....

Deretan semut tadi tidak memperdulikan lagi.Kekejaman yang direka dalam minda.tidak sampai kepada tingkah laku.semut hitam dilepaskan kembali kepada yang hak.kepada tanggungjawabnya.Tentu saja tidak ada keberanian membunuhnya walaupun ia memberi gigitan yang berbisa.luka yang tak nampak darahnya...

Monday, April 11, 2011

hidup dirancang?

bermula
berdetik
berdetak
berdebukdebuk
bergembira.
berduka
berbicara
berhenti
berdiam
bertanya
bersengketa
bermuram
berduka
berduka
berduka
berduka
berkubur
.......................

kesementaraan ini

sesekian kalinya
menjerut kepedihan hati
dunia membayar harga
kesilapan dan hukuman mati

menjauhi kamu
kerana dunia mengajarku
erti keperluan
erti batasan
erti kemurnian
yang kekal ialah keharmonian

dunia yang pernghujung nafas
hidup yang mengamit pengakhirnya
muga kembali dalam kesedaran
dia lebih sempurna

Sunday, April 10, 2011

kita tak pernah sempurna

sempurna itu cuma bayangan kekhilafan diri.Mahu mengaku?
dari lahiriah tembus kedalam batiniah.kesempurnaan tidak akan akan berlaku.
Lalu jangan menuding jari.dengan mengatakan "kamu itu siapa.dan lihat diri kamu untuk capai angan angan "

menegur?Kamu boleh mencanang sedunia,hari ini aku sudah sempurna sebagai manusia,dunia dan akhirat,namun mampukah kamu menafikan sesuatu yang bergolak dalm perasaan. ketidakpuasan dan keinginan....sedangkan kamu sudah sempurna dengan peraturan dunia.

Kekesalan?akui bahawa tidak mudah untuk melupakan keghairahan ketika dilambung perasaan.semangat hidup seakan memuncak dihiasi kecerian yang jarang dinikmati.Untuk teruskan kehidupan.apakah berada dalam kurungan resah sedangkan kuncinya ada pada diri sendiri.Cintai diri dan kecintaan itu menyemarak kepada kehidupan orang lain juga.


Friday, April 8, 2011

janji bulan

bulan terang
sekadar hiasan didada malam
cahayanya penuh janji
sampai pungguk ternanti nanti

namun janjinya mati dikala fajar menjelang
pungguk juga mati dalam tembelang

Wednesday, April 6, 2011

kecewanya aku

......terlalu ramai yang mendahului keputusan atas satu satu perkara yang berbangkit.kamu HAKIM KA.?kan lebih baik diamkan dulu.tunggu dan lihat.Lihatlah kebenaran dengan hati yang bersih bersinar sinar.Jangan panjang panjangkan tanpa mengira perasaan saudara atau kekawan yang lain.Adakah kamu pasti atas sesuatu yang bukan hak kita menilai dan menjadi penyebar kepada orang lain...Bukankah menjarakkan perasaan kasih sayang sesama manusia satu dosa juga..

Biarkan mereka  yang berkaitan membuat kerja mereka.Polis dengan masa siasatan,hakim dengan masa menilai dan memberi keputusan,penulis dengan semangat juang menegak kebenaran.biarlah mereka berlawan sesama mereka.kita ada mata.ada telinga.ada akal.nilaikan saja tanpa perasaan hasad dengki.selebihnya diam dan kalau rasa kita baik disisi Tuhan.muhonlah petunjuk.dan buatlah kerja bersungguh.sungguh.Manafaatkan rezeki yang kita dapat dengan shukur.buat kerja dengan hati yang tulen berseh.bukan mengutuk majikan yang memberi kamu rezeki.

kamu sentiasa saja dibakar amarah atas sesuatu yang tidak menyebelahi kamu.tidak suka dengan majikan,jangan kerja,duduk rumah bilang tahi bintang yang jatuh.Manatau kamu ada nasih lain yang lebih baik.Kamu tidak bershukur dapat belajar dengan biaya kerajaan.kerja nak masuk kerajaan.sebab mudah dapat pinjaman itu ini.dapat bermalas malasan.dan kamu mengUngkit gaji yang tidak setimpal.Kamu asek menyalahkan orang lain seolah kamu dipihak yang benar.Jadilah kamu seorang yang bershukur......

ULANG AYAT INI SEKALI LAGI.KALAU TAK SUKA MAJIKAN.LETAK JAWATAN.JANGAN MAKAN REZEKI HARAM KERANA TIDAK ADA IKLAS BEKERJA.



KALAU TAK IKLAS MASAK ,CUAI,LEKA,INILAH HASILNYA.HITAMNYA MENYELIMUTI HATI HATI YANG ..............

Tuesday, April 5, 2011

bila tension

Pengurus masa yang gagal?Atau matlamat hidup yang makin menurun keghairahannya.lalu dicari keperluan masa untuk menghiburkan hati.lalu nekad menjadikan satu keinginan.....lalu   tercapailah kegembiraan yang boleh dinikmati bersama.inilah buah tangan yang lahir dari kebosanan....(kek yang tak berapa ceria)

difikirkan dalam dalam.kegelisahan datang dari ketidak tenangan.Tergugat keceriaan hati terpapar kewajah yang makin murung.Kerna apa?Ditikar sejadah belum mampu menguraikan kekusutan.lalu kerna apa?
Teringat satu nasihat yang amat susah untuk aku lakukan"MAAFKAN SESIAPA YANG MENYAKITI HATI KAMU DAN KAMU AKAN NAMPAK BENARNYA...."semudah itu memaafkan orang yang tidak mahu meminta maaf...."

Sengketa peperangan .segalanya jadi kosong.Dunia seperti dilukis oleh pelukis yang kebosanan.warna warna tidak lagi menunjukan keghairahan.Masing masing menghayalkan peperangan yang nyata.membuak darah kepuasan matlamat.Sungai yang mengalir tidak lagi sesetia menuju kehulu.bersimpang siur dengan arus sendiri.
DUNIA masa depan tidak perlukan lagi KEPERCAYAAN.Menghina tubuh sendiri lantaran diejek cermin yang tak pandai menipu.

Sajak dia juga mengelirukan.Antara meniti kepercayaan dan mengharap kesudahan dengan aman.fokos pada agenda berkali kali.Dia tetap dengan slogan berjuang ketitisan terakhir.Apa yang titisnya.Air mata atau
nilai nilai yang dikendong.Sajak tulisan dia yang dijumpai dalam kertas yang dikeroyok.Aku simpan kertas itu dan menilai hati nya dalam pemanduan berhemah.siapa penulis sajak itu...yang bertulis nama DIA..