sketsa perjalanan

Sunday, October 30, 2011

sesekali



aku menulis bila aku mahu jeritanku didengari
biar gemanya meruntuh diruang maya
hilang diri dalam lamunan dihujung sepi
reda dalam jiwa yang bergelora
melambung ombak rindu yang tak kesampaian

sesekali melihat kamu
yang bukan milekku
berkali kali aku memohon diri
melupakan dan buangkan kenangan
jangan disimpan
jangan diingat
biarkan ia hilang bagai debu diarus angin berlalu

Wednesday, October 26, 2011

jangan peduli

siang yang terbeban
ingin berpanjangan malam dihujung kelam
sembunyi segala rasa
dalam mimpi indah
jangan peduli aku
bila diam dan hilang
dalam pandangan
dalam terang

Monday, October 24, 2011

politik dan keluarga


tidak dinafikan pengaruh politik mmemang menhantui sesiapa saja.Tidak kira apa peringkat pemikiran usia.kecual mereka yang mengambil sikap 'malas'dan 'bosan' dengan rentak yang yang hilang irama tarinya itu.Tidak kira menyebelahi sesiapa politik itu tetap bermain diminda dan menjadi sebahagian dari apa yang difikirkan seharian.

Dikampung kampung ramai yang buang buang masa bercakap mengenainya.Sinonim kedai kopi tidak lari dari mencaci pemimpin yang bukan berpihak kepadanya.Malah surau dan masjid juga sudah sebati dengan aktiviti "tak sayang mulut"ni.tanpa memikirkan dosa pahala yang telah tertulis.Sia sia sahaja amalnya menunduk diri kepada Allah sedangkan sesama manusia tidak dijaga hubungan baiknya.

Dalam keluarga seorang ayah biasanya mampu menundukkan hati keluarganya dengan berpihak kepada siapa.Namun pemerhatian agak ketara kiranya ia menyokong kepada pembangkang.seluruh ahli keluarga bangun dengan semangat dan menyuarakan pendapat mereka dimedia media sosial dengan beraninya.Tanpa memperdulikan asas kesenangan pendidikan dan nikmat yang mereka kecapi tanpa menyusahkan ibubapamereka.Begitulah anak muda sekarang.pemikiran ikut ikutan dari bara kemarahan seorang yang lama mengecapi hidup damai ditanah air sendiri.

Agak sedih kerana percanggahan politik ini membuat hubungan kekeluargaan menjadi dingin.Adek dan abang bergaduh asalkan berjumpa.Tak hairan suami dan isteri juga terseret kepada perceraian kerana mempertahankan ideologi masing masing.Kawan juga tidak ketinggalan.Hanya yang matang sahaja perkara ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Saya tertanya diri sendiri.menyokong pihak tertentu yang jelas ingin menghuruharakan suasana yang aman damai sebelum ini.apa yang kita dapat.Mereka tetap diatas.Kita tetap terguling guling dibawah.suatu masa yang ditentukan anda pergilah mengundi.sokongan ditangan anda.

Saya setuju dengan kata kata keras suami saya"kalau nak cakap pasal politik,jangan datang kerumah atau balek"

bershukur..
freda...

Sunday, October 23, 2011

Rupa yang tiada...

Pecah dada terlerai jiwa
Jeritan bergema selautan diangkasa
Payah kukira menapak bahagia
Intan permata kabur sinarnya

Jauh Berpaling jauh sayunya
Tekad waspada batasi sempadan
Jenuh mengharap luahan panglima
Berani diluar sembunyi bayangan

Mimpi maya lena yang Panjang
Tersedar dalam selimut usang
Terjaga menghimpun kenangan semalam
Semuga redha dalam kenangan

Wednesday, October 19, 2011

Politik

Terheret dalam kemelut yang kalut dengan ragam belut belut.Membicarakannya seringkali tergaris kekecewaan yang bagai tiada penamat.
Dari peringkat sekolah hingga ketahap cerdek pandai,masing masing dengan andaian sendiri dan hukum hakam yang telah diacuankan mengikut pemahaman yang telah diracuni..

Kadang menjadi risau.Risaukan kebangkitan arus yang menolak aliran.mengalir ke simpang simpang yang menyesatkan.Media berperang menegakkan kebenaran dan media juga menjadi pengukur kebenaran itu.Kecelaruan yang berterusan menjadikan sebati dalam pemikiran yang masih dalam perkiraan.dan terumbang ambing.

Maka golongann inilah lah yang menjadikan satu puak yang bosan.Bosan dengan apa apa yang berlaku dan berfungsi sebagai "tunggu dan lihat".Mereka tidak berbuat apa apa kecuali berkata" inilah melayu dengan kemelayuannya.. Melayu yang mampu sekadar pertengahan sempurna..hanya menuding dan mencebik kearah yang dikatakan ...perosak bangsa sendiri..iaitu ketuanan melayu yang hilang songkok dan digadaikan dengan topi yang murah dan berlebel apa sahaja.

Golongan ini berada diantara kita...bukan sedikit.kekecewaan mereka berbaloi dengan kemenangan perang saraf pihak lawan.Penangan penalti yang disengajakan masuk dalam gol sendiri...Siapa yang bertepuk tangan...

Dengan apa yang ada.khudrat yang bernafas.maka sama samalah kita melihat kedalam anak mata anak anak kita...Jangan kita dipersalahkan kerana kuasa yang ada tidak direbut kerana marahkan nyamuk kelambu hendak dibakar...nyamuk boleh dilupus dengan kemudahan teknologi...dan penolakkan akar umbi...kelambu yang terbakar boleh menyemarakkan kehancuran ..yang tidak boleh dikembalikan lagi..kalau nasi menjadi bubur...boleh lagi dimakan.kalau nasi berbau hangit dan tengit..maka lihatlah saja ia terbuang dengan rasa yang amat kesal......

Sekian..
Freda..

Monday, October 17, 2011

aku dan kesepian


kadang kadang bagaikan menjerut
ruang nafas yang terbuka.
seakan biar kaku disini.

biar aku selamanya
bermain dengan sunyi
dan jangan peduli

kadang kadang.sepi itu guru
menunjuk petunjuk dikala berdiam
melihat terang .kerdilnya kejadian
aku disisiMu Tuhan.....

didekasi buat teman sakatku...AZAH ROHAIZAH...

Sunday, October 9, 2011

masa..kini bukan lagi milek bersama


terasa..tersedar..terkeliru..
khayalan belum pulih
seperti membuai diawan biru
rasa indah hanya bergelumang dengan awan hitam
merintik ..menghujani ..membasahi..
yang akhirnya tenggelam dalam kesedaran
timbul dalam kekeliruan.
saat aku menoleh.
kau sudah jauh berlalu.
lalu aku termanggu
melihat masa yang kabur.
dan TERKUBUR..

Thursday, October 6, 2011

azah rohaizah

kekadang alam pun menendang songsang
damai namun hati berkecai
dengan laut.dilontarkan kerinduan yang parah
didada menahan gelora tak sudah
hati menyita derita
dengan huluran pasrah

dia kawanku disana
yang sesekali terdengar
yang seringkali menjerit
cinta yang pergi
cintanya yang bertandang
yang tidak hilang..





semalam aku copy & paste puisi dari blog Birusaga, konon2 dia tulis untuk aku...hehehe perasan ya amat...aku pun tak tahu lah kenapa..setiap bait atau ayat yang keluar dari tulisan dia macam ada kena mengena je dengan kisah hidup aku..macam dia tau tau jer...sebijik2 tepat..sampai aku rasa aku tak payah lah susah susah menulis, copy & paste jelah tulisan dia...( hoho jangan marah fre da.. )

meh aku buat ulasan pasal sajak dia tu..sementelah seminggu dua ni aku emo lebih..entah lah..susah nak cerita derek ni..kalau berkias tu senang sikit..nasib la kan..yang berkenaan tu kalau faham tu faham lah, kalau tak, tak dapek den nak nolong.

kekadang alam pun menendang songsang
seperti remaja lain, aku juga punya kekasih hati..kerana keadaan kami terpisah..berpisah bukan kerana benci atau marah tapi kerana sistem perhubungan yang sukar pada zaman itu..( macam la zaman batu ) atas beberapa sebab yang rumit aku pasrah menerima orang lain dlm hidup aku, kemudian dia juga menuruti jejak ku...y
begitu lah songsang nya perjalanan ...

damai namun hati berkecai
setelah punya pasangan masing masing kami bertemu dalam damai..aku kenal baik isteri nya malah sangat ku sayangi..

dengan laut di lontar kan kerinduan yang parah
tak perlu lagi dikenang perkara yang sudah2...habiskan tamatkan..noktah!

di dada menahan gelora yang tak sudah
malang nya bahtera ku tidak setabil..nakhoda ku tempat aku bergantung hidup dan bergantung harap amat rapuh dan goyah

hati menyita derita
aku hanya mampu bertahan dan bertahan demi zuriat dan demi janji bahawa aku hanya mahu belayar hanya sekali!

dengan huluran pasrah
...............................................

dia kawan ku disana
ini kata fre da

yang sesekali terdengar
yang sesekali menjerit
cinta yang pergi
cinta nya yang bertandang
yang tidak hilang...

begitu lah sakit nya jiwa ku, sama sakit dengan tulang ku menjerit..sewaktu sel barah meratah, nakhoda ku memang tidak endah malah beralih arah...aku bagai pokok yang patah, tidak berdaun dan berdahan lagi, yang tinggal hanya akar menyusur bumi..mencari air menyambung hayat...
( jika sudi untuk menyiram, siram lah dengan kasih sayang..
walau tumbuh subur tidak mengapa..
hanya untuk ku berhibur..
tempat ku berteduh
menanti waktu tirai usia ku berlabuh..)

p/s bisa sungguh rasa nya sakit tulang ku..di waktu2 begini ingin sangat rasa nya ada yang mengurut atau memicit atau setidak tidak nya mendengar keluh kesah ku..tapi what to do..yup what to do...

Wednesday, October 5, 2011

kenangan angan angan


bulan tak ada
bintang pun tak nampak
awan sembunyi entah dimana
dada langit hitam pekat
termanggu dengan sunyi.
bagai tepi kubur.
namun aku sendiri
tiada sesiapa

bertapa kerinduan
mencipta angan angan
melepasi awan awan

lengkaran relung kasih
memagari sukma yang diam
cinta yang terbenih
sukar dipadam
puas dicuba.memujuk ragam
kembali memijak kenyataan

Dia kawanku disana....


kekadang alam pun menendang songsang
damai namun hati berkecai
dengan laut.dilontarkan kerinduan yang parah
didada menahan gelora tak sudah
hati menyita derita
dengan huluran pasrah

dia kawanku disana
yang sesekali terdengar
yang seringkali menjerit
cinta yang pergi
cintanya yang bertandang
yang tidak hilang..

Monday, October 3, 2011

wajah






kekalutan raut raut wajah menghampiri
wajah masa yang berdetik lalu
gusar.cemas dan suka bersilih
siapa yang dipilih?
siapapun
cubaan dan dugaan
merampas tenang
dan wajah itu menjadi bimbang

hati yang berguru
dengan tunduk
dan senyum dengan kepayahan
dia nampak tenang
setenang tenang air dikolam

semangat wajah
datanglah,
ceriakan dengan ilmu
pasti terarah ,hidup dituju