sketsa perjalanan

Saturday, May 28, 2011

pandang dengar

aku melihat kamu
dalam kesemua mata anugerah tuhan
lebih dari melihat diri sendiri
lebih dari mencari kebenaran
lebih timba dari perigi
aku mendengar kamu
kabar dan dan sejahtera kesihatan
biarpun aku lemah dipembaringan
biarpun lenaku tidak terpejam
biarpun angan ku tidak mencecah awan
tujuh langit menongkat
tujuh lapis bumi menghampar
lihat dan dengarku hanya mendahului kamu..

Sunday, May 22, 2011

lama tak bersajak disini

aku bukan penyair,yang seribu kali dijulang kata katanya
aku bukan penyajak. yang seribu kali dihafal bait baiknya
sekadarnya aku mahu berbicara
antara dengar hati dan luahan sengketa
ada masanya
melihat itu juga rasa
merasa itu juga mata
segalanya terbenam dalam raga
raga dalam jiwa
gelora.

Sunday, May 15, 2011

tutup buku

permulaan

sapaan yang tidak disengajakan.Terjadi dengan salam menghulur bantuan,Terjadi kata kata yang terus menerkam dihati.Bergelora dengan keinginan keinginan dalam hayat rinduan seloka.Perasaan bertukar silih antara yang tidak ketahuan.Tidak ada penghujung atau simpulan .Meluahkan dan terluah masih lagi kuat berpegang pada kekuatan khudrat masing masing.Penolakkan dan penarikkan tidak pula mencetuskan persengketaan.Berhenti kepenatan dalam menahan gelodak rindu yang tidak berkesudahan.

Pertengahan

Terhidu rasa cemburu,Rasa marah yang tidak terarah.Seringkali menggantung diri dalam ketiadaan bayang disana sini.Tidak ada kematian yang menoktahkan keterlibatan perasaan yang mula mencium kenyataan.Sendiri sendiri merawat luka.yang terheret dengan kerinduan yang parah.Tidak ada kata kata yang mengambarkan wajah hati,hanya mampu mengusung lagu yang mohon dimengerti.Tidak ada akhiran bawaan sarat yang terpendam,namun berat amat
memudahkan urusan hati.Perjelasan kira sudah terhenti.Jawapannya hanyalah sia sia sebagai
apa menjunjung kasih selama ini.

Pengakhiran

Kepada hati.dikatakan bahawa perjanjian ini harus diikati bukan dijerati.Minda menjadi keliru
antara meneruskan atau mengharap atau melupakannya.Minda memikul beban "mati"untuk mengakhirkan seloka jiwa yang sebenarnya hanya pura pura atau tidak bermakna.Minda menisyaratkan bahawa tidak ada apa apa yang kekal didunia lalu mementerai janji diri kepada satu judi mati."kiranya kamu menyentuh ini,maka riwayat ini juga harus berakhir"
Hari ini tanpa disengaja ia telah diriwayatkan dengan sendirinya.Hati harus jujur dengan perjajian diri dan dengan ini harus diucapkan "selamat tinggal".

Komen
tutup buku,cerita kehidupan biasa yang melibatkan perasaan yang dalam dalam,yang tersorok dam celahan hati yang retak.Angin tidak lagi melihat daun daun yang gugur,kerana dibawah sana tiada tempat untuk disemadikan.Cerita tutup buku ,merupakan cerita yang agak klasik dengan selingan puisi yang dipilih.Pengarangnya(Ain maisarah)Tunggu kelahirannya dalam pasaran.

Monday, May 9, 2011

Terfikir.....

(1)
Kalau ini datang nya dari doa seseorang yang dimakbulkan .Aku ingin berterima kasih,teramat sangat.Tidak kira siapa dia,yang pasti doanya adalah iklas.Seperti mana aku juga turut berdoa untuk mereka mereka yang dikasihi.Seminggu ini aku seperti berada didunia yang lain.Dunia yang sebenar hanya sekadar menjejaki kewajiban yang wajib sahaja.Tak perlu diuraikan kewajiban itu kerana ianya adalah tanggungjawab.Tanggungjawab yang hanya Tuhan saja boleh memberi nilaiannya.
(2)
Didunia yang lain aku seperti berlari seakan terbang dengan mata burung mencari sesuatu yang bercahaya namun tersorok jauh .Dunia yang Nampak pelangi tapi hanya untuk dikagumi.Selainya kembali pada hitam putih kehidupan.Hampir 10 tahun rupanya ,aku cuba mencari diri sendiri dalam dunia yang lebih aku utamakan ini.10 tahun aku memejam mata dan melarikan diri dari dunia yang sebenarnya.Hari ini dan aku dapat jawapannya dan hari ini aku pasti bahawa dua dunia yang aku ingin realitikan hasilnya ialah kesakitan.

(3)
Aku sakit.dan aku hanya tidur.Dalam tidur aku mendapat jawapanya,alangkah bershukurnya kalau aku boleh bangun dan berjalan dan berlari dengan pasti.Aku sudah mengenali ujian demi ujian yang aku hadapi dan seakan ini jawapan yang sebenarnya kepada pelarian aku selama ini.
Hati yang luka.Jiwa yang bergelora.Jasad yang hina,hanya kembali kepada aturan Nya.Harus redha,harus tawakal.harus yakin .

(4)
Aku ingin berterma kasih kerana dalam kesakitan ini aku temui penawarnya yang pasti ia adalah penyembuh untuk segalanya.Kepala yang sarat dengan bebanan dua dunia ,amat meninsafkan.
aku harus berada dalam keadaan nuetral untuk melangkah kehadapan.

(5)
melepaskan sesuatu untuk sesuatu yang lain,adalah pengorbanan yang maha agung dalam sejarah kehidupan diri sendiri.Seperti ia seharusnya seperti baru bermula......
Bukankah setiap hari kita berhak mendapat yang lebih baik dari sebelumnya...
Dan kita bukan termasuk golongan yang mencelakakan dirinya sendiri.....

(6)
Semuga aku cepat sembuh dari kesakitan ini.Semuga "sakitkepala" ini hilang tanpa penawar panadol."Tuhan, aku semut yang hilang dalam barisan,Tuhan,sikecil ini,menderita kerana ingin nampak besar didepanMU.Tuhan,Sejahteralah kesihatan ibuku yang yangtak pernah putus doanya untuk ku.Amin.

(7)
Ini jawapan yang sekian lama aku tangguh.Berlari mendada angin.terhumban juga akhirnya.
Dunia yang lain menunggu kita..dan kita dalam perjalanan menuju kearahnya.Terima kasih untuk kamu.Yang memberi jawapan ini.


Freda

Thursday, May 5, 2011

menuju kelangit

tiba tiba
aku menjadi kecil
kecil
kecil
dan kecil


tiba tiba
terasa makin hilang
hilang
hilang
hi......la...
................

Wednesday, May 4, 2011

Akhirnya.........

Tadi menyaksikan jasad yang tiba tiba berubah.BERTANDUK,Bersuara seiring getar lelaki.Dada memuncak dan mengigil seluruh tubuh badan.Suara syaitan yang masih ditahap waras tidak dapat ditahankan lagi.Meletup,
Kalah lagi dengan ego menang selama ini mempertahankan marah.Ketawa mengejek kepada diri sendiri yang kalah membendung api kemarahan.

Disana sini merayau cuba memindahkan emosi terpendam dalam kata kata yang penuh berselirat.Curahan kepada seorang insan masih tidak lagi melegakan.Rasa sedih yang cuba disembunyikan dalam senyuman dan pura ceria akhirnya memuntahkan lahar isi hati sebenar.Rupanya dalam kesakitan yang maha dalam.

Tubuh badan mengigil.Hairanya tidak ada lagi air mata yang mencurah.Leganya seperti baru menerima nafas baru.Dinihari aku bertafakur dihamparan empat segi.Malunya kerana gagal mengawal diri.Malunya kerana merasakan diri sudah kuat rupanya tersempuk dikelemahan telunjuk syaitan.Ketawa syaitan berdekah dekah lantaran telunjunya berjaya diikuti.YaAllah ampunilah aku.

Malam ini adalah malam sejarah atas nama kemarahan.Yang disaksikan bukan muka manusia lagi.
mati mengelupur dalam pembunuhan jiwa yang tidak dapat dikawali..

DONT TOUCH ME ok..

sambal udang,sup sayur.ikan goreng berkari,tempe goreng hitam manis

Hari ni menu agak simple .Entah kenapa bila terhidang diatas meja.selera jadi padam.dua tangan menumpang dagu.Bau busuk bawang mencemkam kekain baju.menerjah kelubang hidung.Dah sebati dengan wangian begini.Inilah menu kesukaan budak yang duk jauh tu.Merenung dan mengira udang dalam sambal.Memang dia akan marah tapi suka kalau ada menu ini diatas meja.Marah sebab dia tak dapat menahan diet.dan suka sebab rasa pedas yang membunuh.Sewaktu tengah melahap dengan sebaiknya,jangan sesiapa cuba bergurau atau apa."dont touch me ok" kes kalau tersedak mau berguling satu kilometer. dibuatnya.Budak itu kini homesick.Meleleh lagi air mata ini.

Tertera mesej di handphone.Ada tiga mesej .

  1. Hari ni ada lunch dan dinner....
  2. Mak.kita dah makan kat md donald tadi
  3. Mak .balek lewat sikit.ada birthday kawan dikfc
Cuma ada dua lagi yang boleh membantu mood.Namun katanya ada ulser dalam mulut dan tak boleh kena pedas.Nanti mengelupur.Menunggu menantu balek.Agak nak menanggis bila dia membawa makanan yang dikirim oleh kawannya.

Siapa nak makan ni.?
teringat budak homesick disana,tiba tiba jadi terrindu

disana dia dikenali sebagai Gadis muffin......dan tersangkut hati dengan pemberi muffin....

tepat pukul 12 tgh malam.
"betul ke mak ni" tegur sibudak tak sayang mulut bila melihat aku tengah meratah makanan bagai ,Hantu mak limah balek kerumah,

Freda.

Tuesday, May 3, 2011

marah

Ada masanya berfikir.adanya baiknya kalau ada keberanian untuk marah.Walaupun sedikit.Tidaklah marah memakan diri sendiri.namun ada baiknya bersandarlah pada bahu yang tegap untuk menampong beban.Siapa orang itu?....lain soklan....
dia adalah kawan yang memahami.kawan yang bersedia menjadi tongsampah segala luahan hati dan beban fikiran.Merintihlah.bukan berdosa pun,kerana dia anugerah untuk kita juga.ANUGERAH? next.......

Diam sediamnya adalah jawapan kepada kemarahan yang tak terungkai.Agak bahaya kalau tidak ada iman berserta.Maka berlakulah kejadian yang tidak boleh diterima akal.Namun berpura pura diam untuk menunjukan protes adalah sebaik baik mengajar.Boleh lagi gelak sendiri bila jadi pelakun untuk sendiri sendiri.Siapa yang tahu.

Masalahnya ialah tidak pandai marah.atau rasa bersalah bila marah atau rasa bodoh bila bersalah.Kenangkan satu perkara saja.Muka awak hodoh bila marah.muka awak lebih tua bila marah.muka awak hilang comelnya bila marah.Awet muda ialah simpan marah.cari punca.dan tidur......sejukkan dengan wudhu.

namun cemburu seorang wanita bisa menjadikan marah itu seperti api yang membakar.Kalau tidak memberi apa apa kesan.tahulah nilai seseorang itu dihatinya.Sekurangnya aku masih ada rasa cemburu..dan cemburulah membuat aku berfikir semula
kenapa tiba tiba aku jadi diam  ?
lain soklan.....
kenapa aku marah?
next......
next 
next...
bila marah cakap hindu lagi baik dari cakap melayu.
hati tak sakit.kan kan kan..

freda
hehehehe

Monday, May 2, 2011

Luka

Menulis...'..kawan aku rindu kamu'.noktah.
mencari ayat sesuai'.Aku inginkan semula seperti dahulu'.noktah
Diam.mata menajam arah skrin tv didepan.Sambung menulis'.Sebak'.noktah.
Menarik nafas dalam dalam.Entah kenapa setiap kali kita ingin melelong persahabatan ini tidak pernah menjadi,
Perasaan apa yang lunak menjiwai naluri?

Aku menyukai kamu.Noktah.terdiam mencari ayat ayat lain.Segelas nescafe di kocakkan.Dihirup perlahan.
Ingin menulis sebaik dan semudah mungkin.
Kamu tahu kalau hatimu terluka, aku cuba  merawat  luka hati kamu.Bukankah kita pernah berbicara tentangnya.Bukankah aku sedia mendengar? noktah.Terhenti.

Bangun menuju kedapur.membasuh gelas gelas yang berderetan ditepi singki".Peraturan" dapur jangan meninggalkan bekas pinggan tanpa dibersihkan .Peraturan......
Apakah berkawan ada peraturannya?

Kembali menuju kemeja diruang TV.Tayangan diskrin TV langsung tidak menarik minat.membaca semula.dan menyambung menulis....
Cukup kalau kita tidak merasa kehilangan sesama sendiri.Apa yang menghalang?noktah
Baca semula dan membetulkan ...

kawan aku rindu kamu.aku inginkan semula seperti dulu.sebakAku menyukai kamu.Kamu tahu kalau hatimu terluka,aku cuba merawat luka hati kamu.Bukankah kita pernah berbicara tentangnya>Bukankah aku sedia mendengar.Cukup kalau kita tidak merasa kehilangan sesama sendiri.Apa yang menghalang.


tidak dapat diteruskan.,Komputer di matikan.Perasaan shahdu dan sayu meragut segalanya.Jauh jauh dalam hati hanya terbayang wajah kamu..titisan jernih bertakung..Mungkin aku sudah kehilangan.Mungkin....
.

Pesan duka dari kawan lama
freda.
mahu tanya saya?
siapa kawan saya?
LAIN SEOLAN........



(monolog  diri seorang pencerita,kepada ceritanya yang cuba dizahirkan)


Sunday, May 1, 2011

semangat yang hilang

Sesekali beraleh arah.Permandangan laut pantai cempedak begitu mendamaikan.Kaki yang telanjang mencengkam pasir yang halus.Bermain main dengan buih air digigi pantai.Kejauhan seseorang sedang membaling sesuatu ditempat lapang.Membaling simbolik kelukaan hatinya kah?.Banyak perkara boleh disimbolikkan dengan melakukan sesuatu yang amat payah diterjemahkan secara benar.Siapa yang mampu mentafsir hati orang lain.Hanya beban fikir yang tak terkawal akan mengalir keluar melalui simbolek ini.

Dengan cara apa kamu mengawal diri.Diam membungkus seperti ulat sutera.Tidak seperti dulu dulu.Bicara seloka bisa saja mencairkan kelesuan .Ketawa dan senyuman dalam bayangpun memberi semangat kejituan untuk esok harinya.Hari ini kelihatan suram.Tidak bermaya.lesu.Mencari semula semangat seperti merangkak dalam tolakkan air.

Disatu arah dua sejoli sedang menikmati wangian bunga bunga ditaman.Tanpa memperdulikan pandangan bermakna dari banyak mata.Melihat saja.Sayang sekali,dalam tenang damai begini masih lagi tidak mampu berkongsi dengan alam akan semangat yang dicari.




ANGIN yang menyusuk dicelahan hati yang retak,
tika ini kamu berhenti berhembus
tidak pasti kelukaan apa yang tinggal
memerhati dan berdiam diri
bacalah doa iringi wangian setanggi.
AIR MATA yang bertakung dihati
jangan lagi diperduli

FREDA