sketsa perjalanan

Tuesday, July 26, 2011

saatnya berhenti merantauan

menyelongkar semak samun fikiran.hari ini aku cuba mendiamkan diri seketika.Tidak lagi menyapa kesibukan seperti biasa.Dijalanan dalam arus kereta yang angkuh mengejar masa,ditalian yang tidak ada hentinya menanya urusan,dan wajah wajah selamba dan ceria menerpa.aku hanya pejamkan mata.Butakan segalanya dari melihat sesiapa.Hanya ayat yang tertera"maaf saya sibuk hari ini"Hakikatnya ayat kasar "Jangan ganggu aku"

Begitulah aku berdaleh dengan permainan bahasa untuk tidak mengecilkan hati orang lain.Samada mereka sedar atau tidak bukan lagi urusan.Letih memikirkan untuk tidak menyakitkan hati sesiapa,namun hati sendiri bagai kebas dicucuk sembilu.Siapa yang tahu?

Kembali menyandarkan diri disofa .Pandangan kosong tertembus sekujur jasad yang lemah.Dunia menjauhinya.Dan dia hanya berdoa supaya itu bukan masanya untuk tidak melihat dunia.Namun keinginan hanya mampu ditelan dalam harapan yang bersisa.Kekuatan yang ada ialah berdoa.Tuhan jangan ambil nyawaku lagi...Berpaling dan seakan terdengar suara"demi masa yang tidak memanjang dan memendekkan apabila seruan tiba"

"Sampai bila bila pun kamu sentiasa tidak bersedia,kerana kamu sibukkan jasadmu didunia"Suara itu bergema lagi.Mata kuyu dan nafas yang tertahan seakan merayu".Pulangkan aku sekejap untuk aku habisi kisahku dengan aman"
Kekiri dan kekanan hanyalah kosong.Tiada sesiapa menemani disaat begini.Mana mereka mereka yang kamu sayang,mana mereka yang kamu agungkan..semuanya tiada kerana dunia.Dunia dan kesombongannya.Kamu sendiri melawan saat saat untuk pergi.

Jasad itu akhirnya terkaku dengan sendirinya.Airmata mengalir dipelusuk mata.Apa lagi yang ada.Kisah satu kehidupan sudah tamad .Yang ada hanya kenangan.Hanya tulisan dan kasih sayang yang berkekalan .

Bagaikan tersedar.pandangan itu kembali kedunia nyata.Didepan mata komputer riba.hanphone.file dan kunci kereta seakan berkata..."dakaplah aku......."dan ia seakan bertentang dengan suara"ini peluang kedua...untuk kamu,"suara itu hilang dan dalam mata terpejam ,roh itu hanya memerhati dengan diam...

Thursday, July 21, 2011

lengkaran kasih dimalam jumaat

pertama

Hayun langkah dengan gusar dan rela melangkahi lengkaran imagenasi dari benang yang hanya bersimpul mati.perlukah aku terus menari atau kaku diam berdiri.Haruskah aku keluar dari lengkaran dan mengundur diri perlahan lahan.Ia adalah satu keputusan yang akan meranap jiwa raga.Namun perlukah aku terus berterusan bertayangan dalam gelap gelita.Siapa yang peduli.

Kedua
Mimpi dua ekor ular.seekor ular besar menanam diri dalam pasir .menyembunyikan kegagahan dan keganasanya.Dan seekor lagi ular kecil berbisa menglengkar dan menggigit.Sedangkan aku dikurung dalam kebebasan dan tidak mampu melepaskan diri dari apa juga takdir.Diluar sana seseorang hanya memandang dan berlalu.Seolah berkata "Lihatlah bagaimana takdir meletak kamu disini dan terserah kepada kamu.Membiar atau melawan.

Ketiga
Memuja kecantekkan awan yang memerah dihujung senja.Longlai langkah menghayun mencari ketetapan alam.Pasrah biar gelap pekat menyelubungi kesepian hati.Namun malam juga mengubat kerinduan pada kesenyapan.Lena yang menyelak mimpi mimpi.Biarpun ia hanya berada dalam kemewahan angan angan disiang hari.

Keempat
Kabur.Salahkah mata yang melihat dengan nyata namun ia cuma asap dari teko jin atas permintaan hati.Salahkah akal fikiran yang tidak pandai meneka akan makna makna atas takutkan ia sekadar kata kata yang disuarakan tanpa erti.Mana nafas yang dihela dalam denyut nadi yang belum mati sedangkan rohnya berkeliaran mencari bukti.

Dan kelima
Imagenasi terkini,adalah mimpi ngeri Tun teja sebelum terbius ubat pelupa.Melupakan tuah yang beraja dijiwa dan melalui hidup dengan segala raja.Tuah adalah lambang kebebasan dan dan keluhuran budi pekerti ,Namun demi kehidupan yang sebenar Tuah menjadi pendusta.dan akhirnya Tun Teja dikembalikan didaratan dan kembali Tuah dilambung ombak kesedihan.



nota kaki.
malam jumaat.aku melihat jauh dari dalam...terima kasih nyamuk kerana buat aku berjaga.pagi esok pasti aku bunuh kamu....

Monday, July 18, 2011

Terdiam....

Matanya nampak kusam.Macam ada sesuatu yang sedang disembunyikan.Pasti mata akan mencerita segalanya.Lalu aku meneka"nape ni dek"dia hanya diam.sedaya upaya menyembunyikan.Mungkin agak berat atau malu.Aku hanya diam.memberi ruang untuk dia menimbangkan suara hati.Seketika senyap dan sunyi....

Sambil melipat kain.,aku kerap menjeling 1 phone 4 didepanku.didirikan dengan sandaran bantal kecil hiasan hujung katil."Dek,kalau ada masalah ceritalah..mak kan ada.jangan macam ni.memendam perasaan dan buat hati susah tak diajar dalam agama kita.Jangan menyusahkan diri."aku cuba memberi kekuatan untuknya untuk meluahkan,dalam waktu yang sama tangan menari nari melipat kain.

Aku amat berterima kasih dengan adanya iphone ni.dapat berfacetime dalam jarak yang jauh tanpa kos.hanya mesti ada wireless.Yang jauh terasa dekatnya.Maya dalam kenyataannya membuat segalanya menjadi senang...

Aku menunggu.Dia sudah memulakan dengan airmata berjuraian.Aku biarkan dan menahan hati.Biar dia menanggis semaunya.Biar dia rasa ringan sedikit.Setelah beberapa ketika dia mula bercerita"sebenarnya adek risau kerana Mara belum menyalurkan wang untuk urusan perbelanjaan. .Mara ada masalah dengan pihak Universiti.Pihak universiti meminta Mara membayar insuran untuk pelajar pelajarnya.Namun Mara meminta pelajar pelajarnya membayar sendiri atas alasan duit sudah diberi kepada pelajar.Namun kos hidup yang tinggi membuatkan pelajar merasa tertekan.Sewa umah.bil elekrik.bil enternet memang tinggi.Bil lekrik saja sudah 300usd
sewa rumah 400..(berkongsi tiga) dan bil internet.Untuk makan terpaksa berjimat sehabis jimat."aku hanya mendengar dan diam..dalam hati aku berkata ini bukan masalah sangat yang buat jiwa kentalnya menjadi selemah itu..

"Adek,perkara ini kena diberitahu kepada pihak mara.Hantar surat dan ceritakan masalahnya.kerana mereka tidak faham situasi adek,Mana pelajar mampu membayar insuran 1000 usd sedangkan belanja yang diterima hanya 1200 usd sebulan.Lagipun adek dalam posisi berhutang dengan pihak mara bukan mendapat biasiswa atau ditaja."laju je aku memberi pendapat,gerak hati kuat menyatakan ada sesuatu yang lain yang tidak lagi diberitau.aku diam dan terus melipat kain yang masih ada saki bakinya lagi.

"Adek jangan risau pasal belanja.Adek belum terdesak lagikan sekarang.adek ada abah yang masih mampu untuk adek.ada mak yang tak akan biarkan adek susah disana.Adek cuma cakap sahaja.Bayangkan kawan kawan adek yang lain yang parentnya tak semampu mak dan abah.Mereka tetap teruskan kehidupan disana.Tapi adek mencukupi segalanya dan adek cuma risau dan adek tak mahu susahkan mak dan abah kan? "Macam berteh jagung mengelumpur laju ayat ayat aku...

"tapi mak rasakan adek ada masalah lain ni...adek gaduh dengan diake"aku cuba mengoyak isi hatinya.Hati pemalunya perlu berdepan dengan kenyataannya sekarang.
"a..ah dgn dia pun adek ade prob.kami bukan gaduh.tapi adek buat keputusan untuk tidak bermesej terlalu kerap.kerana adek tidak mahu dia berdosa.Adek tidak mahu dia fikirkan adek dan buat dia leka dan cuai dari mengingati Allah.Adek katakan adek tidak mahu menanggung dosa seandainya dia leka kerana adek.Ta.....pi...adek baru sedar adek tidak boleh..adek rasa kosong.adek perlukan semangat dari dia..dan adek sudah buat keputusan ini....Tengok dia sedang online..." aku nampak esak tangisnya makin kuat.Tahan hati yang meronta ronta...siksanya..aku diam dan sesuatu menyentuh hati aku.

"Tegurlah dia ,tanya kabar,mungkin dia juga rasa sepertimana adek rasakan tapi dia lelaki dek..egonya tetap ade bila adek buat keputusan begitu.Mak puji bila adek bertahan untuk tidak berduaan dengan dia walaupun jauh dari mak dan abah.mak puji bila adek tetap pendirian dan kuat pegangan .Sewaktu adek mencari tempat untuk mak dan kawan2 mak bersolat tempohhari mak rasa bershukur adek berusaha begitu rupa mengingati kaumkeluarga walaupu tdak ada kemudahan surau dan masjid.Mak terpegun bila adek menunjukkkan tempat lapang dibelakang bangunan dimana yang ada cuma pili air.Bila adek membentang selendang mak sebagai sejadah mak hanya mampu berdoa kepada tuhan untuk adek.." namun kata kata ini aku benamkan dalam hati semata mata.Tak kesampaian untuk aku memujinya yang membuat dia mengagumi dirinya sendiri.aku biar dia seketika melayani perasaannya.

"adek ada 2 tahun lagi.sabarlah.Kalau adek berjihat hati, Insyaallah adek dapat ganjarannya juga.Janji Allah memang begitu.Sekarang adek hanya tabahkan hati adek dan pegang pendirian adek hingga semuanya selesai.Dek manusia mana yang tidak ada dosa.Sebab itu kita disediakan dengan pelbagai amalan yang boleh mencuci dosa dosa kita.Bukankan berwuduk yang betul boleh membuang kotoran dosa pacaindera kita,dan niat yang baik juga mencuci dosa dosa yang berkaitan dangan hati.Yang penting adek jagalah amalan kita.dan bershukur dengan apa yang kita ada.berterima kasih pada yang memberi.dan jangan membelakangkan ibubapa.Insyaallah adek selamat dunia dan akhirat."

kain kain yang berlipat satu satu disusun dalam kabinet baju.Aku memicit kaki yang sudah kebas.bangun dan terasa lantai berjungkang jongkit.Nampaknya dia sudah llega walaupun masih berjuaraian air mata.Kami matikan perbincangan setelah berjanji akan menyambung semula.Banyak lagi kerja yang perlu aku langsaikan.

Aku mengambil beberapa minit berbaring dan memikirkan .Memikirkan diri yang jauh tersesat dalam pertimbangan yang keliru.Dan dia seakan memberi lorong tentang jauhnya aku dari cahaya diluar sana.Bezanya aku mengakui dengan kata kata dan terhenti .tapi dia meneruskan dengan jayanya sekali.Dia berjihat hati Kerana takutkan cinta melalaikan dia dari mengingati Yang maha Pencipta.Aku terdiam dan diam memikirkan...........nya.

Saturday, July 16, 2011

layan gambar (2)

ini situasi dalam tram bus.pengangkutan awam yang sistematik.tidak ada kesesakan jalan raya.pengguna lebih selesa menggunakan pengangkutan ini kerana sewa parking mahal.Kalau di buat dimalaysia sy berani meneka ramai yang mati kena gelek sebab rakyat kita susah mahu mengikut peraturan.
Peraturan dalam van.kanak kanak mesti duduk dalam sitter yang dikat dengan tali pinggang keledar.Namun sisebabkan hari itu hari last dan van terpaksa dipulangkan dan sitter juga telah dipulangkan maka kanak kanak terpaksa disorok .ia juga mengelakkan kenderaan ini discan oleh kamera dimana pengguna van ini akan didenda.seorang budak 300 us dollar x saja dengan 3 kali ganda duit rm....senak perut dibuatnya..nak tau ramai org malaysia kena saman disana..bayaran mesti dibuat melalui internet dalam masa 24 jam...kalau tidak polis mari cari..no excuse...
jalan jalan cari pasal...ini centre market yang biasa dikujungi oleh pelancung juga student malaysia untuk dibawa pulang ole ole.Nak tau disitu ramai pekerja indon.so tak ada masalah komunikasi.Ini saudara bau bau bacang yang berkahwin dan menginap disana.Anak nya comel tapi tak pandai cakap melayu....
saya berpeluang melawat pameran motorshow.Saya bukan minat sangat dengan kereta ni.Pada saya biar kereta jadi hamba kita bukan kita jadi hamba kereta.

Sewaktu saya keletihan dan mencari ruang duduk saya terpandang kereta ini.wah terus saya jatuh cinta.saya amati tubuhbadanya dan hanya mampu menelan keinginan.Namun seperti mana saya katakan kalaupun saya mampu memileki kereta ini pasti saya menjadi hambanya yang totok.sedangkan ini semua dunia semata...begitulah saya memujuk hati saya .LOVE ON THE ROCK.....

layan gambar

terjun mengelunsur dalam kecerunan yg tinggi bukan mudah.hanya tawakkal sajalah.sipenjaga menanya saya."adakah saya mahu join" saya jawab saya bukan org muda lagi...keberanian saya telah serahkan pada mereka mereka ini....
yang lelaki lagak macho ni memang takutkan ketinggian.namun terpaksa mengalah bila kakaknya mendahului penerjunan.....(anak maaakkkkk)
ini penipuan yang dibenarkan dalam alam semesta.Penipuan komersial.teknologi sains membuat kita tidak daya menolaknya.ini daya graviti yang membuat anda tidak jatuh dalam apapun posisi.menarik sekali....
hidangan kepala manusia?Baru saya tahu inilah taktik mengelirukan dalam filem filem aksi seram horrow dan sebagainya...Sains menipu kita..lihatlah siapalah yang untung...pemikir..kan
dua beradek ni macam belangkas..tak habis cerita.bayangkan dalam pertemuan diairpot adeknya yang dipeluk dulu.....sambil melompat lompat pula tu...

Tuesday, July 12, 2011

Sesaat berpaling






seketika aku ada kamu
disaat aku berpaling
disudut kamu berdiri ditepi pintu
namun segalanya seperti kelabu
bayangmu hilang dalam kabur mata mencari
dan aku tersisih dan sendiri

sesaat aku berpaling nampak kamu
berbicara sesama
lalu aku menyapa dan berlalu

namun segalanya seperti maya
kamu terus hilang dan terpaku aku diruang jendela..

Monday, July 11, 2011

melawat kilang coklat......bahagian 2

walaupun coklat itu sedap tapi ia bukan kegilaan saya....namun saya tetap belikan untuk kenangan seseorang..juga tanda hati baik..heheheh
coklat yang mahal mahal dibuat secara "handmade"bila tengok proses dia dalam hati pun turut berkata..yeeleh aku pun boleh buat...kononnya..
tak nampak dalam gambar....coklat mengalir macam dalam longkang.....bayangkan kalau tikus tersesat didalamnya......


coklat dikilang coklat lebih mahal harganya.mungkin lebih fresh kut.beli aje kat airpot kedai bebas cukai...

Jangan jilat coklat dedepan public...(hodoh perangai dan mungkin gigi palsu anda melekat tanpa disedari....

melawat kilang coklat .........(bahagian 1)

kita adalah pengeluar koko.Namun saya berpeluang melawat kilang pembuatan coklat di sana.melbourne..
ini bahan asas dalam coklat yang kita makan tuuuu.semua orang tahu ni...

buah koko dikeringkan ,di asingkan bijinya.dalam proses membakar.diasingkan kulitnya dan di jadikan serbuk.



berilah hadiah kepada sidia coklat kerana nilai cita rasanya yang ummmmm...tapi tanya dia dulu samada dia ada diabetis atau tak...jangan jadi pembunuh dalam dirinya..

Thursday, July 7, 2011

kesal

menjeruk rasa kesal
bermula memuja bayang bayang
dan bayang bayang mengikuti
dalam setiap kerlipan mata
dalam setiap saat nafas dihela
kesalku menjadi sesal
bayang itu tidak dapat ku mileki
untuk sesaat menanti
atau selamanya menyintai