sketsa perjalanan

Friday, April 22, 2011

hantu budak sekolah tak pergi sekolah...

.Diluar sudah terang benderang.Aku bingkas bangun.Rasa marah sebab sudah terlewat untuk kesekolah.Kalau terlepas bas jam 6.30 pagi ni alamat aku akan sampai kesekolah pada pukul lapan.Sepintas lalu aku membelek jam".Ah.dah 6.45 pagi".Tanpa mengejutkan sesiapa aku terus keluar menghafal jalan permatang sawah menuju kejalan raya utama.Aku perasan emak ucu sedang membakar pulut udang diluar pintu dapur.

Aku semakin resah bila tidak nampak kelibat kenderaan dijalan raya.Janganlah aku terlepas bas lagi.Aku sudah diberi amaran cikgu disiplin kerana selalu datang lewat ke sekolah.Peliknya kenapa suasana terlalu senyap.Kereta yang lalu pun semuanya laju laju.Hampir satu jam terpacak ditepi jalan raya namun kenderaan makin jarang melintas.Sejuk.dan senyapLautan sawah yang berselang buah rumah kelihatan amat sunyi sekali.Kedinginannya membuat aku terfikir untuk kembali kerumah untuk mengambil jeket.Aku meletakkan beg yang disandang dibahu jalan.Dengan laju yang paling maksimun aku berlari kerumah semula.Aku terus meluru kebilek dan menyambar baju yang tergantung didinding.Seketika aku terpandang jam loceng.dan aku terkejut bila melihat waktunya sama seperti aku melihat tadi.Pukul 6.45.Jam loceng itu mati.Dan aku terpedaya dengan terang sinar bulan.

Aku membuka radio dan mendengar juruhebah memaklumkan jam 4.00 pagi.Ini bermakna aku berdiri dibahu jalan raya seawal jam 3.00 pagi.Aku berpakaian putih(pakaian sekolah) dan berdiri hampir satu jam lebih.
Aku mungkin dianggapnya Hantu sekolah oleh pemandu yang memecut laju sebaik melintas dihadapanku.
Aku teringat beg yang diletakkan dibahu jalan.Bagaimana?
Aku teringat mak usu yang sedang membakar pulut udang diluar pintu dapur.Suasana senyap sepi membuat aku diburu rasa aneh.Sekali lagi aku terkejut apabila melihat pintu luar dapur tertutup rapat.Aku menuju kebilek mak usu dan terkejut melihat dia sedang tidur dengan nyenyaknya.Bulu roma sudah meremang.Aku kembali pula kebilek emak.dan emak juga masih tidur.

Perlahan lahan aku menuju kekatil emak dan baring disebelahnya dengan pakaian sekolah.Aku terkenang siapa pula yang membakar pulut udang diluar pintu tadi.Bagaimana dengan beg sekolah yang ditinggalkan ditepi jalan.Ingatkan ingin mengajak mak usu menemankan kejalan raya,sebaleknya lain pula yang berlaku.
Dalam kekeliruan  memikirkan perkara tadi aku tertidur semula.Setelah memastikan jam diradio mengumumkan jam 6.30 pagi,aku memberanikan diri keluar kejalan raya.Namun sekali lagi aku terkejut apabila beg yang ditinggal kan dibahu jalan ada diatas kerusi dapur.

Langkah agak longlai.lemah lutut secara tiba tiba.Dadaku berdenyut kencang bila melihat kelibat mak ucu yang masih mengerbang rambutnya berlalu senyap menuju kebilek air.Tanpa bertanya apa apa.aku hanya diam termanggu.Tidak berani aku menyentuh beg sekolah diatas kerusi.Malah bagai terkunci mulut untuk bertanyakkan mak usu .tentang apa yang dilihatku pagi tadi.Hari ini dengan resminya aku ponteng sekolah.

Setelah semangat ku pulih aku memberitahu adekku tentang apa yang berlaku pagi tadi.Namun dengan selamba dia berkata."..Best tak jadi hantu."Dan beberapa bulan selepas itu aku diberitahu orang sering saja berjumpa kelibat orang tua dibawah pokok rhu di jalan besar tempat aku menunggu bas itu.Terima kasih kerana memulangkan beg sekolah itu.

Cerita ini berlaku semasa aku ditingkatan dua.Memang waktu itu aku memang dikenali kerana selalu datang lambat kesekolah gara gara terlepas jam pukul6.30 pagi.Aku tidak ingat bila emak membelikan aku basikal untuk memudahkan aku kesekolah dan juga aktiviti bersukan dan beruniform disebelah petangnya.
Masa itu aku sedikit rasa bangga kerana cikgu displin(yang terkenal dengan garangnya)memanggil namaku atau menegur..Hah bangga jadi budak jahat kononnya..

waktu menulis jam 4.39 pagi.ditemani oleh bulu bulu yang meremang...senyap sesenyapnya.

4 comments: