sketsa perjalanan

Sunday, January 30, 2011

makna sebuah MAAF bagiku

                                    1
aku maafkan kamu.yang tak henti henti sakitkan hati
lantaran kamu tidak pernah faham makna kecewa
lantaran kamu tidak sedari ,aku jarang menanggis
namun sedikit sedikit perasaanku terhakis
dan maaf kamu tidak sedari,senyumku adalah sinis

                                     2

aku maafkan kamu ,yang telah berpaling wajah
lantaran aku bukan ingin kamu mileki
lantaran kamu tidak sedari yang aku sendiri minta jauhi
namun sukar juga kamu membuangku
dan maaf aku himpunkan kekesalan dihatimu dengan wajah murungku

                                  3

aku maafkan kamu.yang ingin labuhkan cinta
yang ingin belajar memahami.makna perasaan
yang ingin merasai disayangi,yang memohon pengertian
lantaran kamu menyedari keujudanku
yang sekian lama dihimpit kesabaran
namun mampu ku katakan ,hatiku sudah beku
yang aku alehkan sekadar kawan
atau kewajiban
dan aku sudah maafkan kamu
dalam hatiku melihat kesedihanmu..
dan aku capai kemenanganku...
namun makna MAAF itu juga meracuniku.

jangan lupa

dalam perjalanan,jangan lupa
akan doa.akan ingatan akan rinduan
menemani mu dalam setip detik masa

lihat awan awan yang mengiringimu
yang kau rakam cinta didadanya
yang kau bernafas tenang dengannya
yang kau mengira wajah wajah dikanvasnya
yang kau bisa senyum sendirian
kau menang dalam setiap percubaan
pp aku terbakar, tanpamu dimamah mentari
terima kasih awan yang kadang ceria dan mendung
yang merajuk dan enggan dipujuk
kadang mememdam demdam
hingga kau tak mampu menahan air mata

Saturday, January 29, 2011

aku hanya 'TUPPERWARE'

diperlukan dipakai dan dibuang
tempatku hanya dimana mana,
aku dicari untuk satu pengisian ,dibuang bila sudah tercapai impian
sekadar dipingiran hati.terbuang pun tiada yang peduli
aku tupperware,
hanya bekas bekas yang tidak dipakai lagi
hanya cita cita cari penganti

Thursday, January 27, 2011

terkilan

masa bukan milek kita,namun ruang masa sentiasa terbuka
bila mendekati aku ingin merapati
bila berbicara aku ingin kau dengarnya
tidak ku seperti orang gila
ada tapi tiada....
......................................................
aku juga terasa
terseseh diantaranya
melukut tepi gantangnya
lantaran aku saja yang teruja

Wednesday, January 26, 2011

ingatan seorang ibu

         1
 kamu anak anaku
yang mampu dihimpun dalam satu darah
kita bersama menunaikan sejarah
yang kita bina dengan tuju arah
setiap antara kamu
mengemgam harapan tujuan
untuk tidak punahkan impian

        2
kamu anak anakku
lihat ibu yang melihat kamu
kehidupan dan keinginan
yang ada masanya adalah kegagalan
lantaran daya yang kekurangan

       3
kamu anak anakku
bukan besarpun harapan ibu
saat ibu tiada,saat ayah pun tiada
doakan ibu tenang disana
dan bina hidup dengan ceria
bersatu dengan keluarga
dengan adanya cinta



n


      4
 wahai anak anakku
ini rumah kita
berkumpul sesama
dan ia melihat keimanan kita
dalam rencanaNya
syurga ganjarannya

hmmmm kamu.........

semalam....susah payah aku mencuri masa.namun disana....aaaah aahhhh..ye.ye..aaaah aaah.....aku bertanya sedang buat apa.....katanya main game kura kura....
puas aku bercakap rupanya telinganya tersumbat
puas aku berleter katanya pot pet..fikirnya maknenek....
lalu aku bertekat....aku akan jadi oku untuk kamu
baik aku bisu.
baik aku kaku
dan kau carilah aku pula
kerna hati aku sudah beku.

Monday, January 24, 2011

apa nak jadi

hanya coretan

biru sagaku.warna langit yang disiseh awan
ku bawa seakan mengapai diangkasa
tidak ku peduli haluannya.hanya meneroka
tahu tahu aku terjaga dan dia disebelahku
biru sagaku membawa aku berjumpa kamu
disana kita bisu dan mata kita berbicara sesama
tidak ku intip mata kelipan mata
tahu tahu aku sedari hanya kita berdua
biru sagaku warna yang makin samar
dalam kejauhan meninggalkan mu
tidak ku pasti apakah masa akan mengejar
atau kita ketinggalan dalam sejarah terhampar
untuk kita tiduri dalam tunai waktu
biru sagaku..ku cipta namamu
disini,dihati dan minda fikirmu

Sunday, January 23, 2011

kawan ku

aku kehilangan dia kerana dia
salah anggapan atau aku yang salah sangka
mesra yang dulu rupanya mencari makna
aku seperti kehilangan selamanya
adakah dia terluka atau aku yang berpura
nilaikan erti ini semua
kita bertali dalam jarak yang berbeza
segala rahsia tercurah seperti bersepah
kini segalanya menjadi sepi
bicara tidak bertitis lagi
mesra tidak sekalung rasa

Thursday, January 20, 2011

down

tajuk orang putih pula.maknanya bawah.jatuh.namun yang aku nak katakan dari segi emosianal.bukan murung namun boleh jadi kalau ia kerap berlaku.
"aku tgh down ni"ini selalu aku katakan pada kawan baik bila dia perasan muka aku macam sardeen murah.selalunya time begini aku selalu berseorangan.mengunci diri dalam bilek.depangkan tangan dan humbankan berkilo berat ini ketilam.macam cerita tamil...
pejamkan mata.fokos.lupakan atau mencari penyelesaiannya dalam alam fikir.kalau aku ambil keputusan lupakan aku akan bayangkan yang indah.yang shahdu shahdu yang boleh buat aku melayang layang macam pontianak harum sundal siang....

itu cara aku selesaikan masalah "down"bukan down simrom tu.itu lebih baik dari aku marah marah,berleter.atau humban apa apa barang.yang marah lepas itu dia ok tapi yang jadi mangsa pula akan menerima tamparannya.mungkin dia menyimpan dalam hati dan kita tak tau berapa lama tepu terkurungnya perasaan itu.manusia lain lain.

kematangan seseorang diukur bila dia diduga saat kemarahannya.sifat matangnya lebih terserlah sekiranya disertai dengan ilmu takwa didadanya.Marah itu syaitan dan dia akan mengambil kesempatan disaat terlucutnya akal yang waras untuk menyertai haluannya.Jadi anda yang mempunyai KUASA untuk marah.lihatlah bagaimana anda dinilai oleh orang lain.

sekiranya anda ingin marah dan ingin lepaskan katakan begini"i nak marah u ni.tapi tak tahu macamana nak marah.i tgh marah ni.....mesti anda akan dapat balasan senyuman yang paling manis didunia atau satu ciuman yang paling berharga....tukarkan marah itu kepada gurauan yang sinis.tak susah kan

atau renungilah dia dengan tenungan maut ular tedung.rasailah debar jantungnya dan anda dikira sudah berjaya meluahkan marah...atau berlakunlah yang anda sedang stress,DIAM dan sediamnya atau tiru macam saya...humbankan diri atas katil dan belayarlah kedunia yang tanpa sempadan.

namun kalau saya seorang ustazah.saya akan menasihatkan begini....pergi kebilek air,buka pili.basuhlah muka berkali kali ,dan ambilkah wudhu.tengok cermin dan tengok diri sendiri.fikirlah AKU SEDANG DIUJI DISAAT INI,berintifar ,dan muhon petunjuk.diam seketika ,pejamkan mata dan bayangkan kita sebenarnya bersendirian dalam menuju kebenran,kecil  dan lemah.dan DIA sedang melihat kita.

bayangkan muka anda yang marah seperti roti canai yang hangus ini.cun ke tak?jangan masak waktu anda tgh down.ini juga hasilnya............

Wednesday, January 19, 2011

Tuesday, January 18, 2011

engkau kekasihku

dinihari bulan hilang dimana
teraba aku dalam kesunyian
sebut namamu ku dengar sendiri
ku benam rasa hangat nafas menyapaku
ku lepaskan keluhan dalam titis air jernih
tiba tiba berjuntaian tanpa sedari
sunyi ini mencengkam rinduku
pedih dadaku dalam berat helaan nafas
wajah kekasih meragut lenaku
dan aku berjaga semalaman
engkau kekasih
yang ku abadikan 
yang aku tugukan
angan angan harapan


.....................................................................................................

kalau dua puluh tahun lalu ,dilagukan dengan sajak ini.boleh jadi meroyan kut.teruja dengan fantasi yang indah indah.hidup tersa terbang.kaki tak terjejak dibumi.waktu itu sedang berlaku sistem pemujaan khas.tatap gambar siang dan malam.semuanya indah indah.aduhai......dan kini roda itu telah berpusing...



begitulah yang sedang berlaku kepada anak saya.yang bujang teruna.gambar aweknya ada dimana mana.hati dan jiwa tak payah cakaplah.satu dunia sudah dihebohkan kononya mereka pasangan paling kiut,cakaplah apapun telinga cuma dengar bisekkan awek dia.
zaman sekarang ada kekasih seiring berteraburnya kad kad topup.saya katakan kalau dikumpulkan kad kad itu boleh buat hantaran perminangan.Namun kata kata itu bagaikan deru angin sejuk je.tersengih macam kerang tak matang.


kata saya lagi kalau gila mengatal dengan anak orang.dah buat persediaan untuk itu.sekurangnya sediakan belanja hantaran 20 rm dulu.boleh tak kumpul hingga sampai masanya nanti.kalau nak minang anak orang.belanjanya mesti tanggung sendiri.kenduri jemak bapa boleh tanggung.dia dengar.tapi macam tak faham.tersengih  sengih lagi.saya rasa mahu aje letak klorok kat muka dia.biar dia sedar dunia ini bukan sesenang beli dan buang topup.


namun dalam hati saya bersetuju dengan ayat ini.cinta itu anugerah tuhan.peliharalah dia.cinta itu menuntut
kesetiaan dan cinta tak semestinya bersatu....Kata abiet....
Kata arwah rafeah buang...bujang sama bujang.orang tua yang makan dalam...
budak budak sekarang.lihatlah dibelakang.adeknya yang baru alami kekalahan pertandingan ratu kebaya hehheheeh




salam hormat dari saya


sendiri lagi....

jalan tidak toleh toleh.
menuju kedepan .pelan pelan kadang laju laju
peduli apa orang pandang
peduli apa kata orang
mata mereka hanya sebiji bola
tahu kesana sini tanpa erti
melihatpun ada ilmu
jangan mudah sampai kehati untuk menghina
lihat dan beribadahlah dengan pancaindera
--------------------------------------------------------------------------------------------------
tak tahu kenapa ujudnya sajak ini secara auto.tiba tiba ayat ni tergaris.sekali baca indahnya ....aku sedang mengadap mamak  itu sebenarnya.duduk sekejap menghilangkan letih kaki.banyak aku berjalan,berpusing pusing dalam bangunan lima lot itu.mamak itu sedari dulu masih setia ditempatnya.dia dah kenal aku.dah biasa tukar tukar senyum.dah tahu minuman kegemaran aku.kalau aku parking di gerainya.ayat pertama dia tanya
"macam biasa ka"aku hanya angguk.
lagi  dia tanya"roti canai mau ka,kakak"dia panggil aku kakak.padahal dia dah beruban seluruh alam tubuhnya.Apa salahnya panggil aku adek manis ke.....heheheh.sejuk sikit hati ni...

aku rasa mamak ni diimpot sejak beberapa tahun dulu.sesekali aku perasan kehilangannya.kata pembantunya "balek sana juga"aku senyum dan aku faham.
sambil menunggu,kebiasaannya aku akan melukis sesuatu.apa saja yang terlintas.ada sekali itu aku melukis mamak tgh kibar roti canai.Nampak dia gembira bila nampak lukisan aku..
"ayo ,kakak banyak pandai lukis.itu lukis saya ka....ha ha ha ha.nape tara hansem....
"macamana mau hansom.itu .itu bulu penuh muka.tara cukur."..aku bergurau .
"kakak,sudah tujuh tahun saya nampak kakak .selalu datang sorang sorang saja.banyak sepi la tengok.takda kawan cakap cakap,"nampaknya mamak cuba nak beramah dengan aku.
"ini kerja la.semua orang masing masing ada kerja sendiri.sibuk."aku memandang muka mamak tu sepintas lalu sambil aku membelek mesej yang baru aku terima.
KAT MANA,....ayat yang pendek saja.tapi cukup untuk menemankan aku untuk satu alam yang lain.


salam hormat dari saya

Sunday, January 16, 2011

APA PANTANG ANDA?

  • pantang larang
  • berpantang
  • pantang keturunan
semua orang ada pantang nya sendiri.saya pun.cuma pantang saya simple aje.pantang diayat......hehehe.faham maksud saya.jangan berpura pura menunjukkan suka padahal hanya sekadar suka suka.responnya anda akan terpanah juga.awas ini...ini dulu ye.cerita dulu...sekarang siapa yang ayat saya....saya kena check diri saya kembali...adakah saya ni betul?
sebenarnya pantang saya berkaitan dengan marah.
  • jangan marah diawal pagi.-----sebab awal pagi ialah rezeki.ketenangan minda dan semangat juga berada diawal pagi.berterusan ini akan menyebabkan kemurungan dan hidup terasa lesu sepanjang hari.muka tampak lebih tua.
  • jangan marah waktu makan-----Marah macamanapu anda janganlah didepan makanan yang terhidang.apatah lagi kalau kita berjemaah bersama keluarga.Jangan sesekali cuba membangkitkan atau menegur kesalahan anak isteri sewaktu mengadap makanan.Rezeki  makanan dan selera datang dari Allah.Kita kena bershukur.
  • jangan marah waktu mahu tidur.....ini betul betul kes benggang.bayangkan betapa sakitnya bila saat mahu tidur dan berehat.dan kena marah pula.ALAMAT malam tu membutanglah lah mata dengan hati yang bengkak.kesannya esok akan kelihatan tidak bermaya.dan mengakibatkan kemurungan...
Inilah pantang saya.Dan inilah saya selalu dodoikan pada ahli keluarga saya.Dan ia adalah berikutan dari pengalaman yang menyedihkan hidup saya.Jangan pukul anak tengah tidur....tolonglah.jangan tengking anak sewaktu anak tgh bermain main dengan girangnya atau sedang bergurau senda.Jangan marah tatkala isteri atau anak anda sedang menikmati makanan....Jangan mengherdek didepan tetamu yang datang....Anda akan didemdami dan sukar nak maafkan dalam diam.satu lagi jangan menampar atau memukul bahagian kepala dan muka.Kesannya anak anda hilang daya kecerdekkan dan menjadi penakut.menjadi pakturut dan takut kehadapan.Menjadi pembuli bila besar.
 maka bola golf berkata"aku dipukul masuk lubang tuan aku ketawa besar"
sikatak pula menjawab"aku dipukul masuk lubang.ular akan tersenyum lebar"
anda faham maksud sya..LETAKLAH DIRI ANDA DITAHAP YANG TERTINGGI ,SUPAYA ORANG LAIN MENGHORMATI..


Tetapi pantang yang  ini selalu saya langgar.pantang jumpa durian...mesti beli punya.pantang jumpa makanan
mesti nak test juga. Pendek kata pantang ni sebenarnya ialah mempertahan maruah diri
dan kita berhak rasa dihormati.

Berpantang.---------lelaki tidak suka berpantang.dalam keadaan apapun.berpantang makan adalah menyiksakan hatinya dan berpantang masa isteri berpantang juga amat menegerunkan jiwa raganya.Suami harus faham isteri juga perlu bercuti.seeloknya waktu ini adalah sebaik baiknya anda meningkatkan rohani dan takwa.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pantang keturunan..-------------saya teringat  filem IBU MERTUAKU..ayatnya.
PANTANG KETURUNAN NENEK MOYANG AKU BERKAHWIN DENGAN AHLI MUZIK.
Sekarang orang kita begitu bangga sekali kalau bermenantukan artis artis.......


salam hormat dari saya.

Saturday, January 15, 2011

DI maideen

siapa yang tak tahu maideen atau pasaraya maideen.Memang dia ketinggalan keretapi lah.....maideen....satu satunya peniaga islam yang begitu berjaya mencipta nama dalam perniaggaan runcit.kalau tak silap saya pasaraya pertamanya di bandar kuala lumpur.Jalan masjid india.Kenapa India.Kenapa masjid india....adatak masjid melayu?...tak adakan...apapun jangan ambik kisah sangat.itu kan nama.apa ada pada nama.Kita kan satu malaysiakan......

Disubang jaya.USJ 1.maideen berdiri tegap dengan maideen Mallnya.bersebelahan Giant.Dulu dulu saya menyorong troli disitu.tak nafikan barangnya agak mahal.namun saya pakai dua troli setiap kali saya pergi shoping.Kenapa..?sebab satu troli saya letak anak anak yang kecil.Yang jadi mangsa menyorong ialah anak yang besar..tapi mereka suka ,sebab boleh dapat upah.semestinya choklat yang besar.

Itu cerita Giant.Itu cerita dulu dulu sebelum berdirinya Maideen mall.sekarang setiap kali melintas didepan Giant terdetik dalam hati saya.KESIHANNNNN.Dulunya tempat parking penuh.Saya terpaksa menunggu
untuk dapat tempat.Sekarang macam padang jarak padang terkukur.rumput rumput mula memberanikan diri membiak.jalannya terkopak sana sini..KASIHAN...saya katakan pada anak anak saya mesti toke Giant disini dah bunuh diri...Anak anak saya berkata KASIHANNNNNN........

Melalut pula saya.yang saya nak ceritakan ialah ,sewaktu saya shopping.tiba tiba perut saya memberi isyarat.saya baru perasan yang saya belum makan apa apa kecuali minum secangkir kopi.saya tak pandai nak agak secangkir kopi itu adakah bersamaan dengan satu mug.kalau tak...mungkin saya perlu minum tiga cangkir kopi.minum kopi biar puas.puas dengan pahitnya dan maknanya sekali.puas dengan manis dan puas bayangkan yang indah indah.itu baru kopi namanya.mcm sedut ganja juga.biar kepala sampai kebulan.nampak bradpitt.shah rukh khan atau hero cina yang saya lupa namanya....ITU dulu....

hmmm melalut lagi.saya nak beritau.di maiden.tiga pusingan saya ronda kat village rasa(tempat makan)saya cari kiost yang jual nasi ala ala kampung.tiga round.kira kira 2 km.tak ada satupun yang mampu membangkitkan selera saya.semuanya berupa lauk pauk ayam,daging dan ikan...juga kuah lemak.saya jadi hampa.saya suka makan sayur dan ulam ulaman.selera makcik makcik gitu...akhirnya sya mengikut langkah kaki..pelan pelan menujuKFC.sebenarnya bukan saya gemar sangat makan KFC ni...tapi sesekali tak apalah...saya pujuk diri sendiri dan berpura pura lupa timbangan berat saya...

disini saya dapat menerjah pemakanan orang melayu masih ditahap membimbangkan.dulu dulu orang kita makan nasi lemak sebab mereka berladang,bersawah,dan banyak ber....lagi..sekarang lepas makan nasi lemak bersidai disofa empuk atau kerusi berpusing dan mengetuk huruf huruf.Maka lemak lemak pun bertepu disana sini.Sebab tu ada pepatah"awak ni dah naik lemak ni..   tapi pepatah ni tak ada kena menenan dengan nasi lemak pun......heheheh.pepatah ni untuk yang over degil.dah tahap kepala batu bata dah...

pesanan untuk saya sendiri,abang abang,adek adek.puan puan tuan tuan.datuk datin....ambiklah nasi lemak sekali sebulan sahaja.sekadar lepas gian kata orang.banyakkan ulaman dan sayur sayuran.dan kurangkan daging merah.setelah saya kaji...sebenarnya kueh KARIPAP itu menepati kandungan vitaminnya.tepung,marjerin/lemak sayur,daging dan kentang...dan mineral.juga bahan bahan rempah...
Nak order silakan....

ni catatan.lepas geram atau apa.saya sendiri tak pasti...nanti saya ceritakan lagi pasal MAIden ni..kenapa orang ramai berpusu kesana dan apa tarikannya.adakah barangnya betul2 murah.....doakan saya panjang umur hehehhe

salam hormat dari saya

Monday, January 10, 2011

bila sudah letih........................

kecil kecil ku bilang biji getah.aku selalu kalah dalam permainan jongkak
besar sikit aku bilang biji guli.pun kalah selalu dibuli
bila sekolah aku bilang jari.ilmu hisah ku jua selalu kecundang
bila remaja aku bilang hari bila aku kan keuniversiti

bila kerja ku hitung masa,tak terkejar
bila kahwin ku bilang anak dan lupa diri sendiri
kini aku kembali bilang sempua bila ditanya kira
aku kira wang yang masuk dan keluarnya
bukan kerana aku jutawan
tapi kerana kehidupan

kini aku sudah letih.
anganku juga sudah terhenti
ingin aku ucap selamat tinggal
untuk tidak mengira apa apa lagi
aku bahgia dengan biji tasbih
aku bahagia jika tidak menoleh...


salam hormat..dari sy
ku tinggalkan perjalanan ini menuju  kira kira yang terakhir
fre .......dah

Sunday, January 9, 2011

kalau saya cinta kamu......

.......kehidupanmu lebih wangi dari cempaka yang ku tanami
dan ku tak benarkan wangian setanggi mengganti
ku jaga kamu dan seluruhnya dengan dukaku
dan tak akan ku benarkan kau merampas ia dariku
ku melihat dari seluruh pantauku
dan menegurmu kalau ia bersalahan dgn  peganganmu

kan ku pegang kakimu,kalau ia menuju keneraka
dan ku pimpin kamu bersama meneroka kesyurga....
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, January 8, 2011

saaakiiitnya.....

aku sakit gigi..dah bengkak pun.aku sabar.....nak keluar kena masak dulu...masak dalam keadaan sakit gigi....aaah aku anggap satu jihat.kesian tengok mulut anak anak burung kat umah ni.....

aku nak pergi keklinik,bukan nak jumpa dokterpun..aku tak mau dokter tengok muka senja yang sakit ni....boleh hilang selera dia..aku nak pil killer.cukup untuk sementara.sebelum keluar aku mengambil segelas SUSU.penyelamat kebuluran untuk sementara.

waktu ni jangan sesiapa cuba nak buat lawak.gerenti malu sendiri.sebab aku tak tedaya nak senyum pun.
 sebenarnya aku tidak jadi keklinik gigi.ada kerja lain yang lebih penting.dalam kereta aku melayan hot fm.mengubat kedukaan.aku sampai ditempat kerja ku.disana aku terleka dengan kerja hingga aku terlupa.
tapi aku mulai lapar...

aku meneguk mineral saja.peliknya gigi tak lagi sesakit pagi tadi.nikmatnya bila lega sikit.petangnya aku balek kerumah.kerana lapar aku buat nescafe dan makan pisang sebijik dengan begitu slowmotionnya.takut terkena gigi yang bengkak itu.ajaibnya aku tak rasa sakit lagi.aku hairan yang aku belum sempat telan apa apa ubat lagi.
setelah pikir dan pkir baru aku teringat SUSU yang aku ambil tadi.bukan tujuan aku nak promotkan benda ni
tapi aku tak tipu....dan aku percaya...ia memang terbaik..carilah dimana mana ia mesti ada...kan susu ni kaya dengan khasiat kalsiumnya..
malam ni dinner aku ialah nasi ayam.aku dapat makan nasi ayam dengan  jayanya.ini cerita betul...

Wednesday, January 5, 2011

"godalah aku....."

jangan salah faham.,tips dibawah untuk pasangan yang dah lama berkahwin..(malas nak ulas panjang lebar....baca kat bawah ni....yg mampu saya ulas saya akan ulas...
  1. cuit cuit....apa salahnya bergurau sesekali...tapi tengok situasi pasangan.kalau dia tengah stress..lupakan..silap silap kena penampar....
  2. kenyit kenyit....ini saya rasa tak payahlah...nanti dikatakan buang tabiat.....tapi kalau nak bagi signal...lelaki memang pakar bab ni..
  3. pegang pegang.....tak heran kalau pasangan jarang menyentuh pasangannya...mungkin karan dah tak funchion  kut....
  4. mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air....kalau untuk lelaki tak payahlah....huduh...tapi yang pompuan hati hatilah sebab terserempak kucing lain...kes naya
  5. menyentuh tangan secara tak sengaja......ini boleh berlakun. je.(sedihnya tip ni selalu dipraktikkan untuk yang bukan halal..........ding dong ding dong
  6. urut mengurut..................sesekali apa salahnya ...cakap"ayang letih.biar sy urutkan..."
  7. usik melalui talipon............bila dah lama berkahwin.ayat dan perkataan menjadi semakin pendek.bila menalipon isteri.macam guru besar cakap dengan anak murid.keras je bunyinya.kalau msg paling popular huruf"k"....
  8. suapkan makanan.................yang ini tak payahlah....mcm pelik je.tapi tak tau yang masih manje2 tu
  9. betul betulkan rambut.....................percayakah anda jarang sangat suami membelai rambut isteri atau hantar isteri kesalon buat   rebonding.jarang nak puji rambut isteri...sedangkan itulah faktor yang buat isteri/pompuan cair...
  10. jalan macam itik jalan petang..............ini untuk isteri.....saya tau lelaki terduduk dalam kes ini.
  11. sentuh tangan isteri sewaktu memandu......satu naluri luar biasa akan berlaku pada isteri anda...Sedihnya ini berlaku pada orang lain....huhuhuhu
  12. jeling jeling....malas nak ulas...macam gedik je
  13. gesel gesel.....................ini semua orang kena selalu selalukan.....saya suka subjek ni hehheheheh
  14. cubit cubit.....................ni pun kes gedik..mcm gay pula.....
  15. hembusan lembut pada telinga..............rasa nak praktikkan  ni....kat kucing dulu kut..kalau kucing tu cakar tak payahlah uji kat....dia..
  16. ciuman didahi.................ciuman paling iklas didahi..kalau kat tempat lain tu mengarut dah tu....tapi perlu juga kan
  17. sembur wangian pada bilek.............pompuan selalu lupa bab ni..maklumlah banyak kes minyak wangi dah ganti minyak gamat.....heheheh
  18. tolong betulkan baju...............jangan marah kalau isteri minta betulkan baju....ada makna tu.
  19. bisikkan kata kata romantis ditelinganya.....................saya dambakannya........alangkah......
  20. doa.jangan lupa.....yg paling penting...
ini tip yang saya baca dalam satu majalah keluaran terbaru...al muslimah.sy cuma nak kongsi je dengan anda semua.apa salahnya belikan untuk sidia dan bukalah ruang ini didepannya agar dia fham bahawa
 anda ingin digoda atau dengar kata hati anda"please godalah aku......"
harga RM5,50.
hadiahkan kepada isteri anda disetiap keluaran..pasti anda akan dihargai..


nota.;komenlah tip mana yang anda selalu inginkan tapi malu nak menyatakannya.......sekurangnya kaum hawa tahu apa yang tidak tahu komen yang paling ganas akan ditapis....

Tuesday, January 4, 2011

sajak seorang makcik

dia melihat senja.dan senja melihat dia
kepulangan yang lemah.namun dia adalah dia
tidak takut kegelapan berlampu atau gelap terkurung dibumi
bersahaja dengan apajua sketsa
selamanya hidup dalam drama
dia sebenarnya pelakun
untuk sesekian drama kehidupan
usia bukan mengukur
untuk mendapat bintang

                                        aku kenal dia waktu dikampung dulu.dikenali sebagai da  tinsardin.makcik dayah namanya.

                                          ini juga makcik sabrina...dia suruh panggil kakna.je..tak boleh terima hakikat
                                                     anak anakku panggil dia makcik
                                        sebelum kawin aku panggilnya makcik.tapi kini dia ibu mertuaku kini dan  selamanya

Monday, January 3, 2011

menantu da bonda....

 bonda sudah kirimkan pesan.sebelum memijak  kealam perkahwinan.dia ankda bonda.menjadi pendamping kamu.Dia bonda lepaskan ketangan kamu.Dia akan menjaga kamu.Namun kamu juga harus menjagai dia.mengikut sunnah.mengikut pengangan.
 bonda katakan.perkahwinan itu seperti menjaga anak burung dalam genggaman.digemgam kuat ia akan mati.dilonggarkan dia terbang lari.
kemanisan tak semestinya tidak ada kepahitan.lalui keduanya dengan saksama.generasi terjaga dengan perbanyakkan doa.semuga anakda berdua berbahagia.bonda juga melihat dengan cerianya.

Sunday, January 2, 2011

satu ketika.......

dalam pertarungan fitrah melahirkan anak yang keempat,dengan dokter berpangkat datuk.dr ct.semua org kenal dia.dia hanya mengambil beberapa saat untuk aku melahirkan....berjaya.dokter rasa lega.sambil menyanyi kecil dia meneruskan untuk menjahit luka luka tanpa menyedari ,uri masih lagi tertinggal.

dia bangun menanggalkan baju uniformnya dan pergi menguruskan baby pula.aku ditinggalkan.tiba tiba dia menjerit memanggil nurse dan menyerahkan baby ,sementara dia meluru kearah aku dan berbisek.Puan,pls push.uri masih kat dalam.aku masih dalam keadaan lemah.dan mengangguk faham.namun aku cuba sedya upaya. tenyata aku kehabisan tenaga.aku terdengar.dokter berkata ..for the last time.pls push .or operate..

aku tedengar sayup sayup suara dokter yang kecemasan.badan ku terasa ringan.terasa terbang.tinggi dan tinggi.
kelilingku gelap dan hanya kelihatan kilauan cahaya.aku betul betul menyaksikan aku tidak lagi berada dibumi.
gelap dengan kilauan cahaya..seperti diruang angkasa.

namun bila ku buka mata,aku melihat mata ibuku merah.dan baby diletakkan didadaku.aku disorong kedalam wad selesa .terdengar dokter berkata.shukur.nasib baik.sebenarnya aku tidak ambil kira apa yang berlakupunsebelum melahirkan pun aku sudah terima apapun kemungkinan.
sekarang sudah 15 tahun berlalu.namun ingatan itu masih kuat ku ingat.bukan kelahiran tapi kematian

.ye,kematian.aku selalu diingatkan tentang ini.bila bila dan ada masanya rasanya mati itu lebih baik,namun sebetulnya adakah aku bersedia?kini aku melihat didepanku yang ada ialah penamat.
semua orang akan hadapinya.

 kuat makan juga budak ni.....
 peminat david achutleta..(tak tahu nak eja..penyanyi masa kini)

 manja dengan abangnya juga
apapun aku gembira dengan kehadiran baby itu.jelas ia manja.ceria.dan comel.sekarang.....?inilah dia..

Saturday, January 1, 2011

bagaimana nak tau karipap tu sedap atau tidak?

 kueh karipap terkenal sejak pembukaan melaka lagi.hasil pertemuan mamak kari dengan pertugis.Puff.
puff tu ialah tepung diuli dengan lemak marjerin dan dijadikan pastri...tapi kini nama karipap telah diotak kuningkan oleh pengemar karipap tu sendiri...isi karipap ikut suka nak letak apa...ayam sarden daging.malah sekarang serba meknenek disumbatkan dalamnya.karipap yang paling besar aku pernah beli(sebesar tapak tangan lelaki dewasa)di dalamnya ada sebijik telur ayam,sayur dan  kentang kari.Sebijik karipap boleh dimakan untuk 3 sessi.pagi ,tghari dan petang(nak tau kalori untuk sebijik karipap ialah sama dengan sepinggan nasi berserta laukpauknya..).

nak tau dia sedap macamana.pertamanya kalau isi dalamnya sedap sedaplah....bila beli kat kedai pastikan kulitnya licin dan ada gelembung sikit2.itu pasti ranggup.kedua,kalau kulitnya mcm kedut kedut itu tandanya ia liat.atau goreng sekejap....
apapun buat sendiri lagi bagus.puas hati.puas jiwa raga..

kalau nak suruh saya buat karipap.kena tunggu 3 hari...sebab sekali saya buat 2 kilo..
  • hari pertama potong dadu kentang,bawang,dan daging,masak intinya....simpan beku
  • hari kedua uli tepung dengan marjerin dan masukkan isi kentang....siap simpan dingin bekukan
  • hari ketiga baru goreng....dan boleh lincin dalam masa 3 jam juga....sbb apa?
saya ada 8 orangdalam keluarga.4 orang lelaki jenis ngaga je.....selalu on je mulut tu,kalau seorang ngap 8 biji bayangkan kalau lapan orang.pendek kata boleh juling mata tengok karipap kita hilang sekelip mata.....apapun asal hati gembira sudahla...