sketsa perjalanan

Saturday, January 15, 2011

DI maideen

siapa yang tak tahu maideen atau pasaraya maideen.Memang dia ketinggalan keretapi lah.....maideen....satu satunya peniaga islam yang begitu berjaya mencipta nama dalam perniaggaan runcit.kalau tak silap saya pasaraya pertamanya di bandar kuala lumpur.Jalan masjid india.Kenapa India.Kenapa masjid india....adatak masjid melayu?...tak adakan...apapun jangan ambik kisah sangat.itu kan nama.apa ada pada nama.Kita kan satu malaysiakan......

Disubang jaya.USJ 1.maideen berdiri tegap dengan maideen Mallnya.bersebelahan Giant.Dulu dulu saya menyorong troli disitu.tak nafikan barangnya agak mahal.namun saya pakai dua troli setiap kali saya pergi shoping.Kenapa..?sebab satu troli saya letak anak anak yang kecil.Yang jadi mangsa menyorong ialah anak yang besar..tapi mereka suka ,sebab boleh dapat upah.semestinya choklat yang besar.

Itu cerita Giant.Itu cerita dulu dulu sebelum berdirinya Maideen mall.sekarang setiap kali melintas didepan Giant terdetik dalam hati saya.KESIHANNNNN.Dulunya tempat parking penuh.Saya terpaksa menunggu
untuk dapat tempat.Sekarang macam padang jarak padang terkukur.rumput rumput mula memberanikan diri membiak.jalannya terkopak sana sini..KASIHAN...saya katakan pada anak anak saya mesti toke Giant disini dah bunuh diri...Anak anak saya berkata KASIHANNNNNN........

Melalut pula saya.yang saya nak ceritakan ialah ,sewaktu saya shopping.tiba tiba perut saya memberi isyarat.saya baru perasan yang saya belum makan apa apa kecuali minum secangkir kopi.saya tak pandai nak agak secangkir kopi itu adakah bersamaan dengan satu mug.kalau tak...mungkin saya perlu minum tiga cangkir kopi.minum kopi biar puas.puas dengan pahitnya dan maknanya sekali.puas dengan manis dan puas bayangkan yang indah indah.itu baru kopi namanya.mcm sedut ganja juga.biar kepala sampai kebulan.nampak bradpitt.shah rukh khan atau hero cina yang saya lupa namanya....ITU dulu....

hmmm melalut lagi.saya nak beritau.di maiden.tiga pusingan saya ronda kat village rasa(tempat makan)saya cari kiost yang jual nasi ala ala kampung.tiga round.kira kira 2 km.tak ada satupun yang mampu membangkitkan selera saya.semuanya berupa lauk pauk ayam,daging dan ikan...juga kuah lemak.saya jadi hampa.saya suka makan sayur dan ulam ulaman.selera makcik makcik gitu...akhirnya sya mengikut langkah kaki..pelan pelan menujuKFC.sebenarnya bukan saya gemar sangat makan KFC ni...tapi sesekali tak apalah...saya pujuk diri sendiri dan berpura pura lupa timbangan berat saya...

disini saya dapat menerjah pemakanan orang melayu masih ditahap membimbangkan.dulu dulu orang kita makan nasi lemak sebab mereka berladang,bersawah,dan banyak ber....lagi..sekarang lepas makan nasi lemak bersidai disofa empuk atau kerusi berpusing dan mengetuk huruf huruf.Maka lemak lemak pun bertepu disana sini.Sebab tu ada pepatah"awak ni dah naik lemak ni..   tapi pepatah ni tak ada kena menenan dengan nasi lemak pun......heheheh.pepatah ni untuk yang over degil.dah tahap kepala batu bata dah...

pesanan untuk saya sendiri,abang abang,adek adek.puan puan tuan tuan.datuk datin....ambiklah nasi lemak sekali sebulan sahaja.sekadar lepas gian kata orang.banyakkan ulaman dan sayur sayuran.dan kurangkan daging merah.setelah saya kaji...sebenarnya kueh KARIPAP itu menepati kandungan vitaminnya.tepung,marjerin/lemak sayur,daging dan kentang...dan mineral.juga bahan bahan rempah...
Nak order silakan....

ni catatan.lepas geram atau apa.saya sendiri tak pasti...nanti saya ceritakan lagi pasal MAIden ni..kenapa orang ramai berpusu kesana dan apa tarikannya.adakah barangnya betul2 murah.....doakan saya panjang umur hehehhe

salam hormat dari saya

4 comments:

  1. anwar suka karipap bila dia nak... .. hehehe

    ReplyDelete
  2. dia mencipta sejarah KARIPAP ....menjadi laris dipasaran heheheh.memang betullah dia patut dilantek menteri ekonomi...jual kueh pun boleh kaya.....

    ReplyDelete
  3. Boleh jadi Perdana Menteri karipap

    ReplyDelete
  4. anon..kalalu awak dapat jawatan tu..macamana?tak lepas peluang juga kan.....

    ReplyDelete