sketsa perjalanan

Monday, May 9, 2011

Terfikir.....

(1)
Kalau ini datang nya dari doa seseorang yang dimakbulkan .Aku ingin berterima kasih,teramat sangat.Tidak kira siapa dia,yang pasti doanya adalah iklas.Seperti mana aku juga turut berdoa untuk mereka mereka yang dikasihi.Seminggu ini aku seperti berada didunia yang lain.Dunia yang sebenar hanya sekadar menjejaki kewajiban yang wajib sahaja.Tak perlu diuraikan kewajiban itu kerana ianya adalah tanggungjawab.Tanggungjawab yang hanya Tuhan saja boleh memberi nilaiannya.
(2)
Didunia yang lain aku seperti berlari seakan terbang dengan mata burung mencari sesuatu yang bercahaya namun tersorok jauh .Dunia yang Nampak pelangi tapi hanya untuk dikagumi.Selainya kembali pada hitam putih kehidupan.Hampir 10 tahun rupanya ,aku cuba mencari diri sendiri dalam dunia yang lebih aku utamakan ini.10 tahun aku memejam mata dan melarikan diri dari dunia yang sebenarnya.Hari ini dan aku dapat jawapannya dan hari ini aku pasti bahawa dua dunia yang aku ingin realitikan hasilnya ialah kesakitan.

(3)
Aku sakit.dan aku hanya tidur.Dalam tidur aku mendapat jawapanya,alangkah bershukurnya kalau aku boleh bangun dan berjalan dan berlari dengan pasti.Aku sudah mengenali ujian demi ujian yang aku hadapi dan seakan ini jawapan yang sebenarnya kepada pelarian aku selama ini.
Hati yang luka.Jiwa yang bergelora.Jasad yang hina,hanya kembali kepada aturan Nya.Harus redha,harus tawakal.harus yakin .

(4)
Aku ingin berterma kasih kerana dalam kesakitan ini aku temui penawarnya yang pasti ia adalah penyembuh untuk segalanya.Kepala yang sarat dengan bebanan dua dunia ,amat meninsafkan.
aku harus berada dalam keadaan nuetral untuk melangkah kehadapan.

(5)
melepaskan sesuatu untuk sesuatu yang lain,adalah pengorbanan yang maha agung dalam sejarah kehidupan diri sendiri.Seperti ia seharusnya seperti baru bermula......
Bukankah setiap hari kita berhak mendapat yang lebih baik dari sebelumnya...
Dan kita bukan termasuk golongan yang mencelakakan dirinya sendiri.....

(6)
Semuga aku cepat sembuh dari kesakitan ini.Semuga "sakitkepala" ini hilang tanpa penawar panadol."Tuhan, aku semut yang hilang dalam barisan,Tuhan,sikecil ini,menderita kerana ingin nampak besar didepanMU.Tuhan,Sejahteralah kesihatan ibuku yang yangtak pernah putus doanya untuk ku.Amin.

(7)
Ini jawapan yang sekian lama aku tangguh.Berlari mendada angin.terhumban juga akhirnya.
Dunia yang lain menunggu kita..dan kita dalam perjalanan menuju kearahnya.Terima kasih untuk kamu.Yang memberi jawapan ini.


Freda

2 comments:

  1. berehat lah sekektika dari kesakitan ini..kesakitan yang di luar norma norma akal kita..jadilah kamu yang kuat kuat jiwa..yeah..doaku untuk kamu dalam setiap sujudku yang 5

    ReplyDelete
  2. berhentilah berlari dan mulakan dengan merawat hatimu sahabat...

    ReplyDelete