sketsa perjalanan

Monday, October 24, 2011

politik dan keluarga


tidak dinafikan pengaruh politik mmemang menhantui sesiapa saja.Tidak kira apa peringkat pemikiran usia.kecual mereka yang mengambil sikap 'malas'dan 'bosan' dengan rentak yang yang hilang irama tarinya itu.Tidak kira menyebelahi sesiapa politik itu tetap bermain diminda dan menjadi sebahagian dari apa yang difikirkan seharian.

Dikampung kampung ramai yang buang buang masa bercakap mengenainya.Sinonim kedai kopi tidak lari dari mencaci pemimpin yang bukan berpihak kepadanya.Malah surau dan masjid juga sudah sebati dengan aktiviti "tak sayang mulut"ni.tanpa memikirkan dosa pahala yang telah tertulis.Sia sia sahaja amalnya menunduk diri kepada Allah sedangkan sesama manusia tidak dijaga hubungan baiknya.

Dalam keluarga seorang ayah biasanya mampu menundukkan hati keluarganya dengan berpihak kepada siapa.Namun pemerhatian agak ketara kiranya ia menyokong kepada pembangkang.seluruh ahli keluarga bangun dengan semangat dan menyuarakan pendapat mereka dimedia media sosial dengan beraninya.Tanpa memperdulikan asas kesenangan pendidikan dan nikmat yang mereka kecapi tanpa menyusahkan ibubapamereka.Begitulah anak muda sekarang.pemikiran ikut ikutan dari bara kemarahan seorang yang lama mengecapi hidup damai ditanah air sendiri.

Agak sedih kerana percanggahan politik ini membuat hubungan kekeluargaan menjadi dingin.Adek dan abang bergaduh asalkan berjumpa.Tak hairan suami dan isteri juga terseret kepada perceraian kerana mempertahankan ideologi masing masing.Kawan juga tidak ketinggalan.Hanya yang matang sahaja perkara ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Saya tertanya diri sendiri.menyokong pihak tertentu yang jelas ingin menghuruharakan suasana yang aman damai sebelum ini.apa yang kita dapat.Mereka tetap diatas.Kita tetap terguling guling dibawah.suatu masa yang ditentukan anda pergilah mengundi.sokongan ditangan anda.

Saya setuju dengan kata kata keras suami saya"kalau nak cakap pasal politik,jangan datang kerumah atau balek"

bershukur..
freda...

No comments:

Post a Comment