sketsa perjalanan

Wednesday, February 23, 2011

tulis lagi.........

(panggilan dari seorang kawan.
urusan perniagaan.kami ditautkan dalam jalinan kawan.lama lama mesra.Mudah aje anggap saudara.sedangkan dia banyak mengaut modal tanpa sedar.kerana dia kawan,dia juga melihat aku sebagai kawan.akhirnya dia dapat mengemggam projek ribu ribu.rezeki menyebelahinya kerana aku pelanggannya.setelah sedar ada yang tidak kena.Bukan maknanya ditipu.tetapi kerana kenal sikap ambil mudah.sikap tak ape.akhirnya amarah terpendam.bagaimana nak luahkan tentang tidak puas hati ,yang memungkinkan akan jadi renggang atau pecah hati.belum ada jawapan.namun kena berdepan juga.......(pendaman 1)

mesej dari teman
sengaja diamkan mesej dari dia.kerana ragu dengan keputusanku nanti.mahu masuk atau tidak.Dia yang mula menceburkan diri dalam business beria ia mengajak aku menyertainya.Aku akui apapun produk kesihatan adalah baik.Tidak dinafikan.soalnya perlukah aku masuk untuk mengambil hatinya atau aku akan salahkan atas nama persahabatan .SeSeorang berpesan jangan membuat urusan perniagaan dengan kawan baik atau adek beradek.Kerana susah untuk mengawal rentak tarinya nanti.
duit boleh cari .namun ikatan berkerat rotan tidak akan menggembirakan untuk sepanjang hayat..
(pendaman 2)

persimpangan akal
senyum makin kurang .mata makin tajam.cakap sekadar amaran.Ini satu signal yang aku kena faham.Masa aku semakin tidak terbatas kepada kehendak peribadi dan atas nama perniagaan.Akad perjanjian senyap semasa bergelar'kepunyaannya'makin berkurang .Kerana terlalu ikutkan 'makan hati,'aku lalui dengan kecik hati.Walaupun tak terkurang amanah .dan pikul beban bersama.Hakikatnya makan dalam adalah jurang yang menjauhkan hubungan yang sepatutnya semakin mendekatkan disaat saat saling memerlukan.aku  mesti bertindak kembalikan kegembiraan .besarkan hati untuk mendapat hatinya kembali.membenihkan rasa cinta atas rasa kecintaan pada yang Esa.Dan JANGAN harap dia yang membalasnya.muga tidak terlambat.
(Pendaman 3)

Hukum karma
jangan salahkan sesiapa bila sesuatu terkena pada diri sendiri.melihat diri jauh jauh dan baru boleh simpulkan ia dugaan atau hukuman.kita tidak sedar selagi tidak disedarkan.makna pada perbuatan lampau akan terang maksudnya bila kita faham hadirnya kesukaran.didekkan pada anak anak remaja masa kini mesti juga dilhat
bagaimana situasi remaja kita dulu.walaupun tidak boleh disamakan dengan yang dulu dulu...adakah kita boleh katakan yang "aku tidak pernah melukai hati ibu,atau aku telah menggembirakan hatinya selama aku masih bergelar anaknya.Bagaiman luka yang disembunyika?
Pendaman 4)

restu
doa itu kata kata.yang lahir secara tenang atau marah.terasa aku telah didoakan dalam kemarahan.oleh sindiran berbisa,oleh hati yang kecewa.dan bagaimana mahu mengubah doa itu berada dalam situasi redha.seiklas hati...
(pendaman 5)

kita hanya boleh maju kalau kita menumpukan kepada sesuatu perkara yang kita berhajat.
bolehke membuat pengorbanan kepada perkara lain yang kita suka.....

No comments:

Post a Comment